Saturday, October 08, 2005

The Myth



Filem lakonan Jackie Chan kali ini merupakan genre aksi komedi, fantasi dan advencer mengabungkan pelakon-pelakon Hongkong dan Bollywood. Jackie memegang dua watak iaitu sebagai Jack seorang arkeologi /General Meng-yi dari Dinasti Qin abad ke 3, Hee-Seon Kim sebagai Ok-soo, Tony Leung Ka Fai sebagai William dan Mallika Sherawat sebagai Puteri Raja India di sebuah tempat bernama Dasa. Filem The Myth memakai jodol "Shen Hua" dalam bahasa Mandarin diarah oleh Stanley Tong. Cerita asalnya berdasarkan lagenda Korea "Thousand Year Romance". Filem ini diarahkan oleh beliau untuk sebuah projek yang hampir terbengkalai "The Tintanium Rain". Cerita dan lakonlayar the Myth ini ditulis sendiri oleh Stanley Tong bersama Li Hai-Shu dan Wang Hui Ling.

































Trivia: Aishwarya Rai merupakan pilihan asal untuk membawa watak Puteri Samantha puteri Raja India tetapi dia ketika itu sedang buat road show dan mempunyai jadual yang ketat serta tidak mengizinkan beliau memegang watak penting itu. (lihat)

Matharat al_Qulub

Matharat al_Qulub, satu blogspot yang cukup menarik untuk dibaca. Semoga kita semua dapat manfaat dari blogspot yang ditulis oleh sdr Izuddin Mohd Nor