Selepas solat maghrib di surau, bersiap-siap untuk turun ke bandar Kuala Terengganu. Singgah di pam minyak Caltex Hassan Hussein untuk mengisi tangki minyak dan sekali gus mengambil Plaster Kuning. Terpaksa turun awal, untuk menmgelakkan jem. Sampai di perkarangan Masjid Mutakabillah Ladang, angka jam digital di Citra sudah menujukkan pukul 8.40. setelah parkir lalu turun untuk mengambil wuduk dan terus masuk untuk masbuk dengan imam, sempat satu rakaat.

Kemudian, setelah selesai solat isyak, kami ke Resort Sumai bersebelahan dengan Hotel Primula untuk cari parkir di dalam, pak guard memberitahu parkir semua sudah penuh dan hanya untuk guest sahaja. Mujur ada sebuah parkir kosong di tepi. Lama tidak buat side parking dengan cara mengundur. Agak kekoklah juga. Naik dilobi dan telefon Kromosom.

Malam tadi event Pergh n drink yang tidak dirancang dapat mengumpulkan artis komik dan animator dari Kuala Lumpur. Kromosom menghubungi Kimball dan Silent Ghecko. Cadadang untuk bertemu diwarung Pak Maidin di batu Buruk beach resort, warung itu ditutup untuk pembesaran dan alternatif kami bersembang di gerai Intai-Intai, pekena teh tarik, setelah Penber dan Bering85 sampai sementara menunggu ketibaan Kimball dan Seilent Ghecko. Setelah masing-masing menikmati minuman mereka dan sembang-sembang komik, kami menukar destinasi ke TST di belakang Astaka di Tanjung. Mujur ada lagi meja kosong dan kami terus duduk dan order makanan yang sedia dimasak. Sambil menjamu selera kami sembang sampai jam 1.00 dan menghantar kromosom pulang ke Sumai, Kimball dan Silect Ghecko di tempat parkir di Batu Buruk. Perjumpaan yang singkat sangat bermakna dan yang tidak dirancang berjalan dengan bersahaja.
Hit: 27 Laman Asal