Monday, November 23, 2009

Pertualangan Menentang Kegelapan Yang Cikai



Hujan turun mencurah-curah, dalam masa 3 hari sejak Jumaat lalu. Jalan utama di kawasan saya sudah dinaiki air. Redah hujan untuk mencari keperluan harian dan singgah kedai cari majalah dan komik. Mat-mat motor nampak kesukaan benar meredah air di atas jalan pergi dan balik dalam kumpulan mereka, jalan dua hala terpaksa di jadikan sehala. Air sungai melimpah ke kawasan rendah. Kedai-kedai servis kereta dan motor termasuk kedai perabot jati dimasuki air. Kereta-kereta diletakkan dibahu jalan, kawasan perumahan digenangi air. Makan ubi rebus sambil pekena air kopi o,sebelah tangan memegang mouse mewarna artwork cikai ini. Haha...

No comments: