Beginilah dengan kemuncak tatacara pendakwaan terhadap pertuduhan kes jenayah kolar putih dan jenayah berat ala Malaysia.


Bekas pengarah urusan Perwaja Steel Sdn Bhd, Tan Sri Eric Chia Eng Hock, dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan pecah amanah melibatkan RM76.4 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini tanpa dipanggil membuat pembelaan.
Hakim Akhtar Tahir berkata pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti yang cukup bagi satu kes prima facie terhadap Chia.
Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Yusof Zainal Abiden menutup kesnya pada 4 Mei lepas setelah memanggil 29 saksi.
Pada 10 Feb 2004, Chia, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan asal melakukan pecah amanah melibatkan jumlah wang yang sama dengan, secara tidak jujurnya, mengarahkan pembayaran wang itu kepada akaun Frilsham Enterprise Incorporated di American Express Bank Ltd di Hong Kong bagi kerja teknikal di kilang syarikat itu Gurun, padahal pembayaran itu tidak perlu dibuat.
Enam bulan kemudian, beliau didakwa terhadap tuduhan dipinda iaitu meluluskan secara tidak jujur wang itu dengan mengadakan perjanjian dengan NKK Corporation dari Jepun, dan mengarahkan pembayaran wang itu tanpa kelulusan lembaga pengarah atau jawatankuasa tender Perwaja Rolling Mill and Development Sdn Bhd.
Chia, 74, didakwa melakukan kesalahan itu sebagai pengarah urusan Perwaja Rolling Mill and Development Sdn Bhd di pejabatnya di Menara UBN di Jalan P Ramlee di sini antara 4 Nov 1993, dan 22 Feb 22 Kedua-dua pertuduhan adalah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara dua tahun dan 20 tahun, dan rotan, serta denda.
Chia, yang diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah, duduk di belakang pasukan pembelaannya kerana beliau uzur.
Pihak pendakwaan telah mendapatkan keterangan daripada saksi termasuk dari Hong Kong, Jepun dan Switzerland.
Hit: 11 Laman Asal