Wednesday, March 12, 2008

Peringatan daripada Naib Presiden PAS !!!

Sesiapa Berunding Dengan BN Mengkhianati Rakyat Malaysia!

March 11, 2008 · No Comments

Naib Presiden PAS, Dato’ Haji Husam Musa hari ini berkata dia tidak sanggup melihat ahli-ahli PAS mengadakan rundingan dengan BN dengan tujuan mengheret PAS menjadi Parti komponen BN. “Sesiapa yang berunding dengan BN (dengan tujuan mengheret PAS menyertai BN) akan dipecat!”, tegas Husam.

Jawapan yang diberi ini timbul kerana ada desas desus yang mengatakan PAS sedang berunding dengan BNkerana BN memerlukan bantuan PAS untuk mengembalikan pengaruhnya di Malasyia. Sebaliknya, rakyat tidak rela melihat PAS mengkhianati rakyat Malaysia yang telah memberi sebegitu banyak kepercayaan kepada PAS. Adalah dilihat bahawa tanggungjawab PAS bukan sahaja kepada penyokongnya tetapi juga kepada penyokong-penyokong BN dan rakyat jelata yang telah mengundi PAS di dalam usaha membersihkan BN.

Sehingga ke hari ini, BN ternyata belum dibersihkan sepenuhnya. Walaupun usaha itu telah mencapai kejayaan dengan tersingkirnya Samy Vellu, Zainuddin Maidin dan ramai lagi pemimpin yang telah mengkhianati rakyat Malaysia, tetapi matlamat utama rakyat Malaysia belum tercapai. Khairy Jamaluddin dan Abdullah Ahmad Badawi adalah ancaman paling merbahaya kepada rakyat Malaysia dan mereka sehingga ke saat ini masih tunggak kepada BN.

Adalah dinasihatkan, BN membersihkan dahulu diri mereka dari anasir-anasir subversif di dalamnya dahulu dan kemudian selepas BN tidak lagi diterajui oleh mereka ini, barulah pintu rundingan dengan rakyat akan dibuka.

Namun begitu walaupun pintu rundingan itu dibuka, ia bukan dibuka untuk rundingan PAS menyertai BN tetapi dibuka untuk Wakil-Wakil Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri BN menyertai Barisan Rakyat secara en masse. Namun begitu demi menjaga kepentingan rakyat, adalah disarankan mereka yang ingin menyertai Barisan Rakyat perlulah mendapat persetujuan teraju kepimpinan PKR-DAP-PAS dan disahkan oleh rakyat.

Jika rakyat tidak menerima mereka kerana pengkhianatan mereka yang tidak boleh dimaafkan rakyat, maka mereka seharusnya diharamkan dari menyertai Barisan Rakyat sebaliknya mereka harus dihadapkan ke Mahkamah di atas pelbagai kesalahan yang akan dapat dibuktikan oleh Rakyat.

Barisan Rakyat adalah satu Barisan yang seharusnya taat kepada Rakyat dan bukan Barisan yang Taat kepada pemimpinnya. Jika Barisan Rakyat hanya tahu taat kepada pemimpinnya, maka Barisan Rakyat ini samalah dengan BN. Oleh yang demikian, tanggungjawab setiap wakil rakyat dan ahli DUN yang menang pilihanraya umum 2008 yang baru lalu bukanlah membabi buta kepada kepimpinan parti-parti mereka. Mereka sebaliknya harus lebih bertanggungjawab terhadap rakyat. Mereka harus bersedia mengutamakan perjuangan hak kesamaan dan keadilan bagi rakyat yang telah membawa mereka ke peringkat ini.

Sebagai tanda awal komitmen kepada Rakyat, Husam mengharapkan kerajaan negeri Kedah, Perak, Selangor dan Penang tidak seharusnya dikenali dengan nama parti yang menerajui negeri-negeri tersebut, sebaliknya dikenali sebagai Barisan Alternatif atau Kerajaan Rakyat atau Barisan Rakyat.

Husam juga menjamin bahawa kerajaan Negeri Kedah tidak akan meniru 100 peratus model Kerajaan Kelantan kerana kedua-dua negeri ini berbeza. Tiada perubahan ketara terhadap perundangan negeri Kedah, sebaliknya dasar-dasar yang berat sebelah dan yang tidak menguntungkan rakyat akan diubah. Polisi yang mesra pelabur, mesra rakyat dan mengutamakan keadilan dan kesaksamaan rakyat akan diutamakan.

Berdasarkan huraiannya bolehlah disimpulkan bahawa adalah menjadi harapan besar bahawa negeri-negeri yang ditadbir oleh Rakyat ini akan mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

No comments: