Thursday, March 19, 2009

Antara propanganda dan agenda ?

Sungguh memalukan, laporan media hari kelmarin berbunyi......Brunei gugurkan tuntutan ke atas Limbang. Tetapi hari ini Menteri Luar Brunei mengeluarkan kenyataan media menafikan terus laporan berita berkenaan.

Kita tidak faham, samada provokasi media sempena lawatan Sultan Brunei ke atau apa-apa aje. Ini menggambarkan Malaysia cuba menjadi hero, terutama kerajaan yang diterajui UMNO bagi menggambarkan UMNo hebat, Tentunya menjelang peralihan kuasa dan pemilihan UMNO Mac ini.

Antara propaganda dan agenda , kita sendiri sukar memahaminya. Apa pun berita ini sungguh memalukan PM Pak Lah. Sebelum beliau berhenti ada usaha-usaha memperbodoh-podohkan Pak Lah dengan tindakan yang bodoh ini.

Pak Lah ada maruah , negara kita pun ada maruah...



Tuntutan ke atas Limbang tak dibincang - Menteri Brunei

MIRI 19 Mac — Menteri Luar dan Perdagangan kedua Brunei, Datuk Seri Lim Jock Seng menafikan bahawa isu tuntutan ke atas Limbang telah dibincangkan semasa mesyuarat antara Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Isnin lepas.

Berucap pada sidang Dewan Perundangan Brunei pada Selasa, beliau berkata perbincangan yang membawa kepada penandatanganan Surat Pertukaran (LoE) di Bandar Seri Begawan itu adalah mengenai penandaaan sempadan daratan secara keseluruhannya.

“Laporan akhbar tertentu semalam (Isnin) mendakwa Brunei telah menggugurkan tuntutan ke atas Limbang. Sebenarnya, tuntutan ke atas Limbang tidak pernah dibincangkan,” kata beliau dalam laporan dalam sebuah harian tempatan Brunei, Borneo Bulletin semalam.

Beliau menegaskan satu kenyataan akhbar bersama telah dikeluarkan selepas mesyuarat itu yang menyebut mengenai penandaan sempadan daratan antara kedua-dua negara akan diselesaikan berdasarkan perjanjian sejarah yang wujud antara Kerajaan Brunei dengan Negeri Sarawak, dan, sebagaimana sewajarnya, berdasarkan prinsip watershed.

“Selepas itu satu kumpulan kerja terdiri daripada jurukur am kedua-dua negara akan melaksanakan aspek-aspek teknikal bagi menyelesaikan isu sempadan tanah,” ujar Lim. - Bernama

No comments: