Friday, March 27, 2009

Malaysia : Bukan milikkekal negara UMNO saja ?

Pak Lah pun pandai juga bermain politik. Hari ini akhbar arus perdana empunya UMNO memainkan rumor bahawa katanya teka teki pelan peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib. Bagi kita yang bukan ahli UMNO , sebenarnya UMNO adalah musuh kita, tidak kira samada Pak Lah atau Najib kerana dasar mereka sama kerana kapal mereka samalah juga iaitu UMNO.

Namun jika diberi pilihan, pandangan pertimbangan, tentulah kita mahu yang lebih baik daripada yang baik. Dalam hal ini, jika dibandingkan Pak Lah dan Najib maka yang lebih baik adalah Pak Lah daripada Najib. Baiknya Pak Lah banyak sudut yang antaranya ahli-ahli UMNO dan rakyat faham dan lebih tahu serta mengerti. Pertama imej bersih Pak Lah dengan imej buruk Najib sudah menjarakkan beda antara mereka berdua. Justeru, jika kita yang bukan UMNo ini tentulah mahukan sesuatu yang kita rasakan baik untuk kita miliki. Kena ingat negara ini bukannya negara UMNO. Bukan juga negara ahli UMNO tetapi negara kepada penduduk Malaysia. Oleh itu, kita yang dikira rakyat Malaysia tentulah boleh memberi pandangan, saranan serta juga kebimbangan-kebimbangan sekiranya negara ini diserahkan kepada Najib.



Abdullah terus berteka-teki tarikh peralihan kuasa

27/03/2009 9:08pm

KUALA LUMPUR 27 Mac — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus berteka-teki mengenai tarikh peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika ditemui pada perhimpunan Agung Umno 2008 di sini hari ini, Abdullah yang kelihatan ceria dalam sidang media berkata beliau akan hanya memaklumkan tarikh itu apabila beliau “suka” untuk berbuat demikian.

“Yang itu (tarikh peralihan kuasa) tak payah tanya, saya akan bagi tau bila-bila saya suka,” katanya.

Timbalannya, Najib sebelum ini dinamakan sebagai penggantinya dan peralihan kuasa itu dilaporkan sebelum ini akan diadakan pada Mac ini.

Mengulas kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa semua menteri-menteri di bawah pimpinan Abdullah secara teknikalnya turut dianggap meletak jawatan selepas beliau (Abdullah) meletak jawatan, Abdullah berkata: “Masa zaman saya dulu pun (Tan Sri) Lim Keng Yaik (bekas menteri kabinet) pun kata begitu juga, tapi tak jadi apa pun, bukan boleh paksa.”

— BERNAMA

No comments: