Bukan nak mengata. Berita terkini Timbalan Menteri Besar Pahang Dato Tan Aminuddin Ishak , kini menghadapi masalah kesihatan yang kritikal dan serius. Menurut sumber yang tidak rasmi dari pemberi maklumat kesihatan beliau cukup serius. Dato Tan adalah mewakili UMNO bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Chenor. Beliau sudah menjadi wakil rakyat masuk penggal yang kelima.

Dalam PRU 12 beliau telah mengalahkan calon PAS Ust Mujiburahman Ishak dengan majoriti undi sebanyak 2000. Kawasan berkenaan adalah mewakili kawasan kampung tradisional masyarakat Melayu Pahang.

Pola pengundi Melayu Pahang begini bolehlah dijadikan sebagai medan ujikaji sokongan rakyat Melayu Pahang terhadap kerajaan alternatif iaitu kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Justeru, sekali lagi para pengundi setia PAS dan seluruh jentera pilihanraya PAS Kawasan Maran minta bersiap sedia lebih awal. Bagi menghadapi sebarang kemungkinan.


Hit: 24 Laman Asal