Lemahnya sistem pengurusan utama pintu masuk negara. Gambaran jelas tentang keselamatan negara, sementelah mereka gagal mengesani para penumpang yang menggunakan pengangkutan udara Ai Asia dan MAS sukar dikesani kerana disyaki menjadi pembawa virus ini dari luar negera membawa masuk ke negara kita.

Jelaslah, jaminan harapan tidak menular virus selsema babi dalam lingkungan geografi dan demografi tidak terjangkau dek pengesanan dan pencegahan adalah memberi peratusan cukup tinggi. Harapan rakyat untuk meletakkan kepercayaan kepada kerajaan amnya dan agensi yang terlibat melindungi wabak terlalu amat tipis, maknanya rakyat Malaysia akan mudah terdedah dan menerima serangan daripada virus ini cukup besar.

Apatah lagi, jika kita bercakap soal keselamatan dan sebagainya. Itulah sebab kita dapat baca bilamana seseorang yang bergelar Dato tertangkap kerana mengoperasikan helah menjual dadah melalui penghantaran kuib ais di Rompin baru-baru ini terbongkar. Maknanya sudah berapa lama Dato yang berkenaan sudah memunah ranahkan anak muda bangsa negara ini hasil ketagihan dadah yang melampau ini. Kita gagal di sini lagi.









.khad1, .khad1:link, .khad1:visited, .khad1:active { color:#3366CC; text-decoration:underline; border-bottom:#3366CC 1px solid; } .khad1:hover { color:#c03; text-decoration:underline; border-bottom:#c03 1px solid; } .khad2, .khad2:link, .khad2:visited, .khad2:hover, .khad2:active, text-decoration:none; border-bottom:none; } NEGARA

Cari penumpang AirAsia, MAS

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mengesahkan telah menerima sebanyak 18 pemberitahuan jangkitan wabak Influenza A (H1N1) melalui bilik Pusat Kesiapsiagaan Krisis dan Bertindak Cepat (CPRC) Kebangsaan dan tiada kes baru dikesan sehingga semalam.

Dalam pada itu, kementerian itu juga sedang menghubungi penumpang-penumpang yang berada di dalam pesawat AirAsia AK5358 yang berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang ke Pulau Pinang pada pukul 11 pagi 13 Mei lalu iaitu pesawat yang turut dinaiki oleh pesakit kedua kes Influenza A (H1N1) yang disahkan semalam.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Ramlee Rahmat berkata, kementerian telah mendapat maklumat mengenai baki 101 penumpang dan lima krew penerbangan tersebut dan telah memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk membuat lawatan pemantauan bagi tujuan kuarantin rumah.

"Kementerian juga ingin menasihatkan para penumpang dan kakitangan penerbangan yang terbabit agar memberi kerjasama dengan menghubungi kementerian di talian 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 dan mematuhi langkah-langkah kawalan serta mematuhi nasihat yang diberikan iaitu kuarantin rumah," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dr. Ramlee berkata, mengikut prosedur, kuarantin rumah perlu dijalani selama tujuh hari dan mereka boleh keluar semula dari rumah jika tidak menunjukkan sebarang tanda wabak tersebut.

Menurut beliau, kementerian juga masih cuba mengesan baki 24 penumpang termasuk seorang warga negara Malaysia yang menaiki pesawat Penerbangan Malaysia MH091 dari New York dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 7.15 pagi 13 Mei lalu iaitu pesawat pertama yang dinaiki kedua-dua pesakit kes influenza tersebut.

Hit: 22 Laman Asal