Majlis Tadarus Belia Warisan Batu Menunggol  

Posted by: PERSATUAN BELIA WARISAN BATU MENUNGGOL

Pada 30.08.2009 Persatuan Belia Warisan Batu Menunggol mengadakan tadarus bersama dengan wanita Batu Menunggol Dalam dan Selatan. Majlis ini bermula pada pukul 9.00pagi hingga pukul 1.00ptg.Para perserta pada hari itu seramai 35 orang .

 

Posted by: PERSATUAN BELIA WARISAN BATU MENUNGGOL


Nama ‘Pendang’ dikatakan berasal daripada nama ‘Pendiat’ yang bermakna parit atau lubang yang digali khas untuk menangkap dan menjinakkan gajah.Gajah-gajah yang telah dijinakkan dimandikan di telaga sejarah yang terdapat berhampiran Balai Polis Daerah Pendang. Menurut sejarah, telaga ini adalah telaga asal dan tidak pernah kering walaupun di musim kemarau panjang.Anak-anak gajah dipelihara di sebuah kampung yang bernama Kubang Anak Gajah dan gajah-gajah yang mati pula akan ditanam di satu tempat bernama Kampung Gajah Mati.Pada zaman tersebut, Pendang adalah tempat pembiakan gajah yang terbesar dan terkenal di Negeri Kedah selain dari Mukim Naga di Daerah Kubang Pasu. Gajah menjadi kenderaan utama pada masa itu terutama sebagai kenderaan darat untuk menghantar ‘ufti’ ( Bunga Emas ) ke Negeri Siam.Pendang merupakan sebuah daerah dalam Negeri Kedah Darul Aman yang diwartakan pada 1 Februari 1975 dan disempadani oleh Daerah Kota Setar di bahagian Utara, Daerah Yan di Barat, Daerah Padang Terap dan Sik di sebelah Timur dan Daerah Kuala Muda di bahagian selatan. Keluasan bagi Daerah Pendang ialah 62,929 hektar atau 629.29 kilometer persegi dan terbahagi kepada lapan mukim iaitu Mukim Tobiar, Mukim Padang Pusing, Mukim Guar Kepayang, Mukim Padang Peliang, Mukim Rambai, Mukim Bukit Raya, Mukim Padang Kerbau dan Mukim Air Puteh.Sebanyak 27,639 hektar tanah di Daerah Pendang digunakan untuk tanaman getah manakala 18,462 hektar tanah digunakan untuk tanaman padi. Antara tanaman yang semakin pesat diusahakan di Daerah Pendang ialah rambutan, durian, cempedak, mangga, dokong, limau bali, nangka dan manggis. Sektor perniagaan yang terdapat di Daerah Pendang dibahagikan kepada dua kategori iaitu perniagaan formal (barang runcit dan perkhidmatan) dan perniagaan tidak formal (gerai dan penjaja). Aktiviti perniagaan di Daerah Pendang tertumpu pada kawasan penempatan utama seperti Pekan Pendang, Tanah Merah, Tokai, Kubur Panjang, Bukit Jenun, Kilang Kechik, Kokbah dan Kampung Baru

Carta Organisasi Persatuan Belia Warisan  

Posted by: PERSATUAN BELIA WARISAN BATU MENUNGGOL

PENAUNG
AKROM BIN HAJI ABD HAMID
PENGERUSI
MOHAMAD AZARUDIN BIN ISMAIL
TIMBALAN PENGERUSI
ROSMAWATI BINTI ABD HALIM
SETIAUSAHA
NOOR ZAIHANA AHMAD ZANI
BENDAHARI
BADRI BIN ABU BAKAR
AHLI JAWATANKUASA
  • HARTINI BINTI HAMZAH
  • MARZIANA BINTI MAD NOH
  • ROSLIANA BINTI ISHAK
  • HAID MAID MAJID
  • MOHAMAD NASIR BIN ABD RAZAK
  • MOHAMAD ASROL BIN AHMAD SOBRI
  • MOHD FIKRI BIN AYOB
  • MOHAMAD MUNIR BIN RAMLI
  • SITI HAIDA BINTI MAD ISA
  • NOR ZAWIYAH BINTI NOOR AZIZAN

 

Posted by: PERSATUAN BELIA WARISAN BATU MENUNGGOL

Visi

Ke arah mewujudkan masyarakat belia yang memiliki keperibadian yang bersepadu dari segi rohani, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab dan bersemangat sukarela dan patriotik untuk menjadi pengerak kepada kemajuan dan kemakmuran negara.

Misi

Menyediakan program pembangunan Belia dan Sukan supaya dapat memberi sumbangan terbaik ke arah pembinaan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dalam pelbagai bidang, khususnya bagi :-

meningkatkan pembangunan genarasi muda ke arah mewarisi dan mengangkat peradaban bangsa dan negara.

pembangunan sukan untuk individu dan masyarakat

Sejarah Awal Kementerian

Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya

Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah di beri tanggngjawab mengenai belia. Seterusnya ada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan di bawah bahagian Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpersatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk seta memantau perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan selain itu di bawah Kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.

Kementerian Belia dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada pada tahun tersebut. Pada tahun1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah menjadi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan di bawah Kementerian, Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan bahagian kebudayaan tersebut, nama Kementerian, Belia dan Sukan telah kembali pada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan sehingga sekarang.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.

SELAMAT DATANG BELIA WARISAN BATU MENUNGGOL  

Posted by: PERSATUAN BELIA WARISAN BATU MENUNGGOL

Asalamualaikum ,salam sejahtera,dan salam satu Malaysia.