Salam Ramadhan kepada warga taman yang beragama Islam. Persatuan dengan kerjasama Ustaz Zaher Rudin (Pegawai Agama Majlis Agama Islam NS) akan menyediakan kaunter  pembayaran zakat fitrah kepada warga Taman Sri Pulai dan taman-taman berhampiran.
Tempat : Pondok Kawalan 2, Jalan SP4 Tarikh   : 20/8/2011 Masa    : 11 malam Kadar Zakat seorang : RM6.50 bersamaan 2.751 kilogram harga beras semasa Amil : Ustaz Hj Zaher Rudin Bin Hj Mokhtar (amil yang dilantik oleh PZNS) seperti gambar disebelah.
Disamping itu borang untuk menyertai Program Ibadah Qurban/Aqiqah utk tahun ini juga di sediakan. Untuk Makluman semua pada tahun ini Persatuan akan menyelaraskan program ini untuk kemudahan semua. Tahun ini taman kita akan mengorbankan 3 ekor lembu bersamaan dengan 21 bahagian. Setakat hari ini  8 bahagian telah di tempah oleh warga taman  dan sekarang cuma tinggal 13 bahagian lagi.  Satu bahagian bersamaan dengan RM400.
Disamping itu borang takaful berkelompok, borang ahli dan borang yuran tahunan juga akan disediakan pada tarikh ini.   Persatuan berharap warga taman akan dapat hadir untuk membayar zakat dan mengwar war kan kepada warga taman Sri Pulai dan juga rakan-rakan di taman yang bedekatan.  
Hit: 25 Laman Asal