Keratan akhbar The Star 30/6/2012
Keratan akhbar Sinar Harian 30/6/2012
Berikut di bawah adalah beberapa usul yang telah dicadangkan kepada Jabatan Agama Islam seluruh Negara:
Demi masa
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan
nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan
nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran
Demi Zat Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, Selawat dan Salam keatas Rasulullah SAW, dengan ini Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) Malaysia menghantarkan Memorandum ini adalah bertujuan menegakan Amar Makruf, Nahi Mungkar – Kearah Zero Maksiat dengan mengemukakan kesan-kesan negatif terhadap kegiatan berbagai jenis maksiat yang berleluasa di Negara ini.
Keadaan ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin agar kesucian Islam yang kita banggakan terpelihara sebagaimana yang diamanahkan oleh Allah SWT serta akhlak masyarakat terpelihara sebagaimana yang disaran oleh Rasulullah SAW dapat dikekalkan mengikut lunas-lunas Islam yang sebenarnya.
Siapa lagi yang boleh diharapkan untuk membela Islam…. kalau tidak orang-orang Islam itu sendiri.
Apakah kita perlu menunggu murka Allah (bala) baru hendak bertindak…..
Jangan biarkan masyarakat yang akan datang menyalahi kita kerana membiarkan gejala keruntuhan iman dan akhlak yang akan mereka warisi nanti, telah menjadi sebati dijiwa-jiwa mereka.
Kita perlu bertanggungjawab sepenuhnya keatas apa yang sedang berlaku sekarang demi agama, bangsa dan tanah air. Allah Maha Melihat akan gelagat-gelagat kita.
Disamping itu Pertiga Malaysia juga mengemukakan usul-usul untuk menangani kesan-kesan yang dimaksudkan. Oleh itu Pertiga Malaysia memohon kerjasama sepenuhnya dari semua Jabatan Agama Islam diseluruh Malaysia bertindak tegas mencegah dan membenteraskan berbagai-bagai jenis maksiat yang berleluasa yang berlaku disegenap ceruk rantau di Negara ini berlandaskan undang-undang sedia- ada yang telah diperuntukan oleh Kerajaan.
USUL
Usul yang dicadangkan adalah berasaskan “mencegah dan menguatkuasa undang-undang yang diperuntukan dengan tegas dan secara menyeluruh”. Diantaranya adalah :
1. Kiosk khas (pondok) Di Kawasan Hitam Diseluruh Negara
Bagi menangani gelaja maksiat ini, suatu kiosk atau pondok khas perlu dibina dikawasan hitam diseluruh Negara bertujuan memantau aktiviti remaja terutamanya dimalam hari. Petugas khas perlu diletakkan bagi pemantauan tersebut.
2. Kempen “Jabatan Agama - Mesra Rakyat”
Suatu kempen “Jabatan Agama - Mesra Rakyat” perlu dilancarkan bagi memberi kesedaran dan kewajipan kepada semua masyarakat untuk mengambil bahagian dalam menangani masalah maksiat ini.
3. Talian Bebas Tol
Semua Jabatan Agama perlu mengadakan Talian Bebas Tol untuk memberi kemudahan kepada masyarakat membuat laporan tentang maksiat yang berlaku dipersekitaran mereka.
4. Tubuhkan “Rakan – Jabatan Agama”
Semua Jabatan Agama disaran menubuhkan Rakan – Jabatan Agama bagi memberi peluang kepada masyarakat mengambil bahagian dalam apa jua program yang bakal diadakan oleh semua Jabatan Agama Islam diseluruh Malaysia.
Tersebut di atas adalah cadangan usul yang telah dinyatakan di dalam memorandum kepada Jabatan Agama Islam seluruh Negara dismaying usul-usul yang lain untuk tatapan serta pengetahuan orang ramai.
Jadikan masalah Agama adalah masalah bersama. Sama-sama kita berganding bahu bagi mencegah dan membenteraskan masalah maksiat ini secara lebih serius. Demi agama, bangsa dan tanah air kita cuba sedaya mungkin agar “Amar makruf, Nahi Mungkar – Kearah Zero Maksiat” ini dapat dicapai terutamanya menjelang bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini.
Pertiga Malaysia sentiasa terbuka untuk berkerjasama dengan semua Jabatan Agama Islam diseluruh Malaysia dalam membenteraskan isu yang dibangkitkan… Insyaallah
Sekiranya kita mahu… insyaallah… Allah akan sentiasa memberi ruang untuk kita bertindak….
Hendak seribu daya… tak hendak seribu dalih…
Semoga Allah memberkati niat dan usaha kita…Insyaallah.
Hidup bersendi adat,
Adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah...
Adat bersaudara, saudara dipertahankan;
Adat berkampung, kampung dijaga;
Adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan...
- Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang -
-IMN-
- Posted using BlogPress from my iPad-