Friday 19 December 2014

Konvensyen Institusi Kekanda Per3 Malaysia Kali-1






Alhamdulillah...
Syukur kehadrat illahi Konvensyen Institusi Kekanda Per3 Malaysia Kali-1 bertemakan Transformasi Satu Perjuangan ini telah berjalan dan direalisasikan dengan berjaya.


Kehadiran tidak kurang dari 400 peserta barisan kepimpinan KEKANDA Per3 Malaysia dan juga dengan hadirnya Jemaah Per3 Malaysia dan juga para jemputan dari Majlis Ikhwan yang lain. Per3 Malaysia telah berjaya memenuhi Dewan Kompleks Lincah Mahaguru Omardin berkapasiti 1000 orang.

Perasmian majlis Konvensyen tersebut telah dizahirkan oleh Pendekar Negara Malaysia YM Mahaguru Tan Sri Dato Wira Hj Omardin bin Mauju, turut hadir memeriahkan suasana adalah YB Dato Senator Megat Zulkarnein Ahli Dewan Negara, Paduka Pengasas Utama Dato Sabaruddin Ahmad Presiden Per3 Malaysia, Paduka Pengasas Azhar Othman@Awie, Paduka Panglima Pengasas Ayahanda Izuddin Merican Noordin Pengerusi Institusi Ayahanda Per3 Malaysia, Paduka2 Pengasas, Ayahanda2, KEKANDA dan tetamu jemputan Khas.




Awal Bismillah pembuka bicara juga telah memanaskan majlis ucapan daripada Pengerusi Pengelola Paduka Pengasas Panglima Izuddin Merican Noordin dan disambut pula ucapan dasar oleh Presiden Per3 Malaysia.



YB Dato Senator pula telah memberikan kata2 nasihat serta menceritakan pengalaman beliau selama Ini. 

Ucapan yang dinantikan telah menaikan semangat para hadirin oleh YM Mahaguru Tan Sri seraya menzahirkan Perasmian Konvensyen Institusi Kekanda Per3 Malaysia.

Kesempatan majlis Ini juga Presiden Majlis Pendekar Malysia YM Tan Sri telah menganugerahkan Paduka Pengasas Taiyib dengan gelaran Panglima

Lembaga Pengasas Per3 Malaysia setelah bermesyuarat telah satu hati mengiktiraf YM Mahaguru Tan Sri sebagai Bapa Perjuangan Malaysia alaf Ini.

Konvensyen telah berehat sebentar memberi kalian pada azan maghrib. 

Sessi kedua Konvensyen pihak pengelola telah meletakan setiap Paduka Pengasas untuk memberi penerangan mengenai bidang tugas serta harapan Per3 Malaysia dibawah tajuk Projek Penerangan bertemakan Transformasi Satu Perjuangan.





Semoga akan ada lagi Program2 sebegini yang dapat membentuk sahsiah diri dan rasa cintakan Negara Generasi Gen-y kita sedikit sebanyak.

Aminnn aminnn ya Robb...






-mp3-



Saturday 19 July 2014

PERUTUSAN KHAS-TRAGEDI MH17

PERUTUSAN KHAS-NAHAS MH17 
OLEH YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, 



Salam Sejahtera.

1. Semalam, hari Khamis, 17 haribulan Julai 2014, dunia secara am dan khususnya kita rakyat Malaysia, telah dikejutkan dengan tragedi tidak diduga, apabila pesawat komersial Boeing 777-222 Malaysia Airlines penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah diberitakan terhempas di kawasan Timur Ukraine.

2. Penerbangan tersebut dilaporkan telah berlepas pada jam 12.15 tengahari waktu tempatan dan dijadualkan tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia. Pesawat berkenaan membawa sejumlah 298 orang yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal. 43 orang daripadanya merupakan warganegara Malaysia termasuklah 2 orang bayi.

3. Pihak Malaysian Airlines telah mengesahkan menerima makluman daripada Pusat Kawalan Trafik Udara atau ATC, Ukraine yang ia terputus hubungan dengan pesawat MH17 pada pukul 10.15 malam waktu Malaysia, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.

4. Justeru, bagi pihak Kerajaan, saya menzahirkan perasaan sangat dukacita dan pilu terhadap peristiwa tragik yang menimpa para penumpang serta anak-anak kapal tersebut.

5. Jadinya, Kerajaan ingin merakamkan ucapan takziah dan belasungkawa juga simpati yang amat mendalam kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan mangsa-mangsa tragedi. Makanya, diharapkan kepada semua, agar cekalkan semangat dan tabah menempuh dugaan amat berat ini.Rakyat Malaysia Yang Kasihi Sekalian,

6. Sekalipun pesawat MH17 itu dipercayai ditembak jatuh, namun buat masa ini, kita tidak menuding jari kepada mana-mana pihak atas perbuatan itu sehinggalah bukti benar-benar sahih dapat diabsahkan.

7. Walau apapun, kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berhati perut, tidak bertamadun, bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab itu.

8. Selanjutnya, sebagai menyatakan pendirian tegas rakyat Malaysia, maka saya selaku Perdana Menteri, memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membentangkan usul mengutuk tindakan yang tidak berperikemanusiaan tersebut.Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian, 

9. Hendaknya, dalam menghadapi situasi yang sangat mencabar ini, bersempena pula dengan keberkatan dan kelebihan hari-hari terakhir dalam bulan Ramadan yang mulia, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, terutama bagi yang beragama Islam, tidak kira latar pendirian politik, untuk mengadakan solat hajat, terus bermunajat serta berdoa kepada Allah SWT, agar Malaysia yang tercinta ini sentiasa selamat sejahtera, dijauhi daripada bala bencana, musibah atau segala ancaman yang boleh memporak-perandakan negara. 

10. Kepada rakyat Malaysia yang menganut agama-agama lain pula, digalakkan untuk mengadakan sembahyang dan upacara keagamaan mengikut kepercayaan masing-masing. 

11. Dalam perkara ini, Kerajaan telah memutuskan untuk mengisytiharkan bermula pada malam ini sehingga hari Isnin, 21 Julai 2014, bendera negara dikibarkan separuh tiang di seluruh negara. Saya juga telah menyembah maklum perkara ini kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. 

12. Perlu diketahui juga, saya difahamkan bahawa kawasan berlakunya kejadian tersebut, dikuasai serta dikawal oleh pasukan pemberontak. Oleh itu, kita sedang membuat pelbagai usaha, termasuk saluran diplomatik dan hubungan baik Malaysia dengan Negara-negara berkenaan supaya pasukan penyiasat dapat menjalankan tugasan mereka dan urusan pengurusan mangsa dapat berjalan dengan lancar. 

13. Pertama, Kerajaan Malaysia menuntut agar pihak-pihak yang terbabit, mestilah menjamin dan memastikan keselamatan pasukan penyiasat sepanjang operasi ini dijalankan. 

14. Kedua, Kerajaan Malaysia juga mendesak pihak-pihak berkenaan agar tidak mengganggu dan mencemari bukti-bukti ditempat kejadian supaya kerja-kerja penyiasatan dapat dilakukan secara telus dan berkesan. 

15. Ketiga, jika siasatan membuktikan pesawat MH17 tersebut ditembak jatuh, Malaysia menuntut agar pihak yang bertanggungjawab dibawa terus ke muka pengadilan.

16. Ketiga-tiga tuntutan ini telah saya maklumkan hari ini, kepada Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki Moon. Saya juga telah meminta Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk memberi segala kerjasama bagi mencapai hasrat tersebut. 

17. Malah, pada petang tadi, kita telah menghantar sebuah pesawat yang membawa pasukan khas, terdiri daripada pasukan SMART, kumpulan perubatan dan Jakim ke kawasan bencana. Rakyat Malaysia Yang dikasihi Sekalian, 

18. Kesimpulannya, pada detik-detik dan saat-saat yang mencarik perasaan dan sanubari serta sungguh mencabar ini, marilah kita bersatu hati, mengukuhkan semangat perpaduan sesama kita, demi menghadapi kejadian yang menyayatkan ini.

Semoga Allah memberi pertolongan-Nya kepada ikhtiar-ikhtiar kita untuk melalui semuanya.


Thursday 17 July 2014

Hackers' dunia serang laman web Israel

Dipetik dari,
Astro Awani | Kemas kini: Julai 17, 2014
(Diterbitkan pada: Julai 17, 2014 08:15 MYT)



Laman web Israel digodam;
Salah satu laman web yang digodam oleh pasukan yang dikenali sebagai 'MST-MalaysiaSecurityTester'.

KUALA LUMPUR: Kekejaman rejim Zionis Israel yang kononnya mempertahankan diri tetapi mensasarkan serangan ke atas orang awam di Gaza turut mendapat kecaman pasukan penggodam siber dunia.

Hackers dunia bersatu dalam serangan ke atas beberapa laman Web Israel melalui misi yang digelar "#OpSaveGaza".

Ribuan laman web milik Israel sudah berjaya digodam oleh Anon Ghost, sebuah pasukan siber yang menghimpunkan hackers dari seluruh dunia.

Serangan telah dimulakan sejak 1 Julai lalu dan sehingga hari ini dikatakan lebih 2,000 laman web termasuk yang dimiliki oleh Israel berjaya digodam.

Ada juga laman web yang mempunyai mesej bahawa ia telah digodam oleh pasukan yang dikenali sebagai ‘MST – MalaysiaSecurityTester’.

Menurut laman web zone-h.org, setakat ini 1,208 laman web telah digodam oleh 'MST – MalaysiaSecurityTester', 90 adalah laman web Israel.

Laman yang digodam akan diletakkan hashtag #OpSaveGaza dan lagu perjuangan Palestin sebagai latar bunyinya.

Serangan penggodam dikatakan hanya bertumpu kepada laman web dengan nama domain berakhir “.co.il”.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/hackers-dunia-serang-laman-web-israel-40002?cp


-MP3-

Kawan Baik Dedah Bukti Rozana Misbun Penipu

Thursday, July 17, 2014


Seorang pengguna Instagram yang menggunakan nama MyGothSoul telah mendedahkan beberapa bukti-bukti dan penerangan yang mendakwa isteri kepada Awie, Rozana Misbun telah menipu mengenai kecederaan yang dialaminya bagi menyembunyikan perkara sebenar.

MyGothSoul ini mendakwa dirinya merupakan kawan baik kepada Awie dan Rozana. Gara-gara tidak tahan dengan penipuan yang dilakukan oleh Rozana, dia tampil untuk membersihkan nama baik penyanyi rock terkenal.

Suara Pertiga kata terima kasih atas nukilan,
aan1.blogspot.com


-mp3-


Saturday 5 July 2014

Perginya Seorang Biduanita

KUALA LUMPUR: 


Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 akibat jangkitan pada paru-paru.

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

Namun sejak usia lapan bulan lagi, Kak Pah mula dijaga serta dibesarkan oleh neneknya, Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir serta datuknya, Syed Sahil Syed Ali Al-Jufry, di Majidee, Johor Bahru.

Datuknya seorang pemandu teksi dan kehidupan mereka keluarga bukanlah senang. Kak Pah sewaktu kecil pernah mengambil upah menggiling cili dan menjual buah nangka serta kuih.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Kak Pah menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.



Suara Pertiga : Al Fatihah


-imn-