Untuk makluman semua penduduk Felda Rimba Mas dan kawasan sekitarnya, kawasan Perkampungan Felda Rimba Mas telah mempunyai jaringan WiFi. Selain itu kawasan perkampungan Kg Tersusun juga dipasang satu tiang untuk kemudahan penduduk di situ. Buat masa sekarang penggunaan WiFi ini adalah percuma kepada semua ahli yang berdaftar dengan PJK.  Untuk melanggan WiFi ini anda boleh datang ke Pusat Jalur Lebar Komuniti Felda Rimba Mas untuk membuat pendaftaran. Pendaftaran ahli adalah sebanyak RM5 untuk seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Hit: 16 Laman Asal