Latar Belakang PPK Simpang Renggam


LATAR BELAKANG

ž PPK Simpang Renggam telah didaftarkan pada 21 November 1975 di bawah Akta Peladang 1975 (109) dengan no pendaftaran ialah PPK 095. Kedudukan bersempadanan dengan daerah Kluang dan Kulai.
ž Berikut serba sedikit keterangan terkini PPK Simpang Renggam sehingga Julai 2010:
1.      Jumlah Ahli                     :  3306
2.      Mukim                             :  4 Mukim (Ulu Benut,Machap,Renggam,Layang-                                                  Layang)
3.      Kawasan Pengendalian :  110 KM Persegi
4.      Unit Peladang                 : 21 Unit
5.      Unit Ahli                          :  Tiada

Alamat PPK Simpang Renggam
      Pertubuhan Peladang Kawasan Simpang Renggam
      No 14, Jalan Sinar, Taman Sinar, 86200 Simpang Renggam,
      Kluang, Johor


JENIS-JENIS PERNIAGAAN

Antara jenis perniagaan yang dijalankan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Simpang Renggam adalah:-

1.      Peniagaan Bekalan Ladang
Meliputi penjualan input pertanian seperti baja dan racun kepada ahli serta bukan ahli peladang.

2.      Pemasaran Kelapa Sawit
Meliputi memasarkan hasil pengeluaran kelapa sawit yang diraih dari ahli peladang dan bukan ahli peladang.

3.      Skim Payung Ayam Daging (SPAD)
Meliputi pembekalan ayam proses/mentah kepada agensi-agensi yang terlibat

4.      Kebun Mini Estet Bukit Nyamuk
Meliputi projek Kebun Mini Estet seluas 20 ekar di Kampung Bukit Nyamuk ini dilaksanakan bagi mengeluarkan hasil kelapa sawit PPK

5.      Laluan Inden Kontrak
Laluan Inden kontrak adalah kepada ahli-ahli peladang serta kontraktor untuk membuat laluan bayaran ke PPK Simpang Renggam





No comments:

Post a Comment