Jumaat, 26 Jun 2009

PROGRAM GALAKAN MEMBACA

Program galakan membaca diterapkan kepada murid-murid bagi melahirkan minat  membaca yang tinggi. Berbagai  program dilaksanakan oleh PSS seperti bersajak, bercerita, syair ,story telling, . di samping itu , PSS juga menekan program Nilam seperti laluan iqra', khemah membaca, ulasan buku cerita dan sebagainya.

Pengawas PSS sedang mengemas kotak pinjaman pukal setelah digunakan oleh murid-murid ketika Laluan Iqra'

Murid-murid membaca buku di Dataran Ilmu sementara menunggu loceng berbunyi.

Si celik dari tahun dua menyampaikan sajak dengan penuh perasaan.

Penyampaian cerita kisah-kisah  nabi oleh murid tahun enam.


Aktiviti "story -telling" murid tahun lima.

BENGKEL MEMBUAT LABEL

            Bengkel membuat label telah dijalankan bagi memberi pendedahan kepada guru-guru bagaimana hendak membuat label dengan menggunakan "polycarbonat board"... bukan apa.. PSS banyak nak pakai label... kalau dah pandai buat sendiri .. jimat la sikit.

          PSS jemput En. Abdullah Jurjani untuk memberikan tunjuk ajar kepada guru-guru.. nampaknya dia orang ni cepat dapat ..maklumlah cikgu... eh.. GB pun turut serta , dapat siapkan satu label ... kalau sorang satu nampaknya banyak juga yang PSS dapat ... itulah strategi....







Khamis, 25 Jun 2009

NAIK TARAF BILIK-BILIK KHAS PSS

Bagi menyahut cabaran PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2009,
fokus utama ialah  naik taraf bilik-bilik khas... apa lagi ...buat gotong-royong ...JOM la...


Sapu bersih-bersih tau .. (makmal ICT)

Cantik kertas bunga tu .. kalau dah siap nanti tentu  cantik bilik ni ( Bilik Muzik )

Dah cantik tapi nak lagi cantik ( Bilik Seni )

Sabtu, 2 Mei 2009

GOTONG - ROYONG 2009




Gotong- royong Program Lestari sekolah... ramai guru yang main peranan. Bukan main seronok membuat landskap taman masing-masing.. cantik juga . Ada yang menghias Wakaf Bacaan ..ehem.. boleh tahan cikgu-cikgu ni mengecat ... mudah - mudahan cantik dan bermaklumat.

BULAN PSS



Bulan PSS ... dah buat dah pada 6 hingga 30 April 2009. macam-macam pertandingan , bengkel , gotong-royong dan kuiz. Semua panitia terlibat Panitia BM kena buat pertandingan pidato , syair , sajak dan mengarang. Panitia BI buat Story Telling , Pan. PAI jalankan pertandingan bercerita Kisah nabi, Pan. KT buat Buku Skrap ..Pan. PSV buat Pertandingan Melukis Poster , Pan. Math pertandingan Bijak Sifir.... pendek kata  semua panitia main peranan. Alhamdulillah ... KP semua beri kerjasama ...susun jadual aktiviti .. pilih hakim ... dan lain-lain sampai berjaya melaksanakan aktiviti yang diberi. Terima kasih la...

Aktiviti lain  yang dijalankan seperti bengkel .... EDUWEBTV dah buat , automasi  kat Pengawas PSS , Menjilid majalah dengan murid tahun 5A, bengkel keratan akhbar dengan murid 5C ... cikgu pula kena buat label dengan menggunakan policarbonat board... susah tapi dapat ilmu... Bagi guru-guru baru ada In-House e-markah dan Head Count... 

So.. Bulan April ni penuh dengan aktiviti yang nak dibuat dokumentasi untuk persiapan penggredan nanti.... dah boleh markah penuh dah...

Selasa, 28 April 2009

PROGRAM KHEMAH MEMBACA


Program Khemah Membaca telah dijalankan pada 27 April 2009 . Peserta terdiri daripada murid-murid Rakan Pembaca. Seramai 132 orang murid telah mengambil bahagian. Berbagai aktiviti Nilam tahap Rakan Pembaca dijalankan iatu ulasan buku , membaca bersama , berlakon , bercerita , membuat promosi buku dan lain-lain. 

PERLANTIKAN PENGAWAS


Ucapan penyelaras PSS : Pn. Hamidah bt. Othman

Bacaan ikrar diketuai oleh ketua pengawas PSS: Muhammad Affiq b. Abdullah

Penyampaian watikah perlantikan oleh guru besar : En Jamaludin b. Jaapar

Barisan pengawas PSS  2009.       

      Perlantikan Pengawas PSS telah dijalankan pada bulan April 2009.   Seramai 60 orang murid telah menerima  watikah perlantikan pengawas PSS daripada En. Jamaludin b. Jaapar Guru Besar SK. Senawang. Majlis berlangsung di Dataran Ilmu SK. Senawang.