Bahan :-
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam 2 sudu tepung gandum
1 cawan air ikut kelembutan  Cara :-
Satukan semua tepung dan bancuhkn dengan air sedikit2 hingga mnjadi adunan yang lembut.. 
Bahan Inti :-
Sebiji kelapa parut muda
1 cawan gula merah   1 cawan air daun pandan - masakan - tapis
2 sudu gula pasir
Sedikit garam
Sedikit tepung jagung  Cara :-
Campurkn semua bahan kecuali tepung jagung. Masak inti hingga agak kering n masukan tepung jagung kacau hingga inti kering.
Bahan Santan :-
2 cawan santan dari sebiji kelapa
3 sudu tepung beras
1 helai daun pandan Secubit garam Cara:
Campur semua bahan dan kacau atas api hingga pekat.
Cara membuat kuih koci :-
Ambil adunan agak2 dalam anggaran 20gm leperkan dan masukkan inti buat sampai habis..
Panaskn air dalam periuk hingga mendidih masukan kuih tadi dan biar hingga kuih koci timbul macam buat buah melaka. angkat n masukan kuih koci ke dalam santan tadi dan golek2 kan dengan santan.
Ambil daun pisang n sapu minyak masukan kuih koci tadi n sudukan sedikit santan ke atas kuih koci n bungkus kemas kukus 5 minit untuk mendapatkn aroma daun pisang n kuih koci lebih tahan lama..


Selamat Mencuba







Hit: 3 Laman Asal