Bahan-bahan ( 5-6 ORANG MAKAN )

1 biji jantung pisang saiz sederhana ( kalau kat pasar tani boleh dapat dengan harga RM1 )
6 biji bawang merah kecil. ( kalau guna b.merah besar 1 biji )
2 ulas bawang putih
2 sudu cili boh atau cili giling
hati ayam, pedal, leher, dan kepak ayam dipotong kecil sebagai rencah.
garam, gula, asam keping dan serbuk perasa jika suka

Cara-cara :

1. Jantung pisang dibelah 2. Potong melintang dalam 1cm. Rendam di dalam air garam untuk membuang getahnya lebih kurang setengah jam. setelah itu diramas-ramas dan toskan airnya. ulang beberapa kali.
2. Kisar atau tumbuk bawang putih dan bawang merah.
3. Tumis bahan kisar bersama cili boh hingga sedikit garing. Masukkan rencah ayam tadi bersama asam keping.
4. Masukkan jantung pisang, gula dan garam secukup rasa.
5. Sangat menyelerakan jika dihidang bersama singgang atau gulai. 

Cubalah.
Hit: 30 Laman Asal