Thursday, October 29, 2009

Jamuan Terakhir

Adik Sarah yang manis

Antara juadah di rumah Amalina



Terima kasih kepada En. Nik Nashron kerana sudi belanja kami di restoran Syam.

Tuesday, October 27, 2009

Malam Imbauan Bersama Rasulullah (MIMBAR) 2009

Backdrop yang terhasil dan diedit oleh Ustaz Manis

Majlis penutupan

Kumpulan Rabbani

Kumpulan Far East

Dato' Ustazah Siti Nurbahyah

p/s : Terima kasih kepada musimkemusim atas kesudian memberi gambar diatas.

Wednesday, October 21, 2009

Ayat al-Quran Pada Kulit Bayi

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.
"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

Monday, October 19, 2009

Sayembara Puisi Dewan Bahasa dan Pustaka 2009

Alhamdulillah, 18 Oktober 2009 berlangsung satu program iaitu Sayembara Puisi Dewan Bahasa dan Pustaka 2009 yang berlangsung di Gelanggang Seni Kota Bharu. Apa yang membuatkan saya tertarik dengan program ini, ianya melibatkan pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan terbuka. Pelbagai gelagat adik-adik dari sekolah rendah membuatkan saya terpesona seketika. Tahniah kepada pemenang.

Ayah bersama anak didiknya

Pemenang kedua peringkat sekolah menengah

Antara pemenang peringkat sekolah menengah

Anak didik ayah dari sekolah aliran cina mendendangkan puisi beliau bertajuk Keris Melayu karya A. Aziz Deraman

Salah seorang peserta sekolah rendah

Suasana di dewan pertandingan

Peserta mendaftar

Sunday, October 18, 2009

Aktiviti Di Hujung Syawal

Dihujung Syawal begini, rumah dan pejabat terbuka menjadi-jadi. Di pejabat saya bekerja, jabatan-jabatan banyak sponsor bajet makanan di hujung Syawal ini. Almaklumlah, raya setahun sekali. Besar-besaran mereka adakan jamuan, ala hotel. Lihat jadual saya pun penuh dengan jamuan sana-sini. Aktiviti dirumah seperti biasa, mengemas rumah, berkebun dilaman dan membasuh pakaian yang bertimbun membuatkan diri saya rebah kepenatan seketika.

Makanan sesi petang di hujung minggu bersama keluarga sebelum berkebun

Backdrop yang nak disiapkan secepat mungkin

Thursday, October 15, 2009

Berdoa Sebelum Terlambat

Klik untuk view lebih besar

Doa anak kepada kedua ibu bapa
Doa menuntut ilmuDoa menjauhi azab api neraka

Wednesday, October 14, 2009

Jamuan Hari Raya USM Kelantan

Sewaktu memberi ucapan

Masih menikmati hidangan jamuan hari raya

Nasi impit dan roti menjadi kegemaran ramai

Biskut dan kek antara juadah tersedia

Staf dan pelajar menjamu selera. Sate antara juadah paling ramai diminati

Perlancaran di Dewan Utama Universiti Sains Malaysia

Monday, October 12, 2009

Beraya di Rumah Akhi Amin

Bersama akhi Amin Inteam pada 10hb Oktober 2009

Sahabat saya bersama akhi Amin Inteam serta anak sulung akhi Amin, adik Afnan AlAmin (berbaju oren).

p/s : Terima kasih kepada akhi Amin Inteam kerada sudi melayan kami
sehingga lewat malam dengan keadaan demam dan penat. Sedap masakan malam tu. InsyaAllah kami akan datang lagi.

Dari Kelantan Ke Kuala Lumpur

Penulis, Hafiz dan Wan di food court, Sogo

Pertunjukan drummer di Sunway Pyramid

Bersama teman

Wednesday, October 7, 2009

Khat Diwani Dari Sahabat

Tertulis QAF QAYYUM dikeratan kertas itu...

...lagi dan lagi.

Tahniah Diucapkan

Tahniah kepada adik bongsu saya kerana berjaya menjadi pengawas sekolah bagi sesi 2010. Jadilah pemimpin sekolah yang beriman, berdisiplin dan ingat pada Allah SWT selalu.

Tahniah Pada Krew Komuniti Teman Inteam (KTI)
Konvoi Raya 2009

Komuniti Teman Inteam (versi lelaki)

Komuniti Teman Inteam (versi wanita)
Sumber rujukan : ainiamin

Tuesday, October 6, 2009

Tahniah Sahabat, Hani Insyirah Di Hari Pertunangannya



Majlis berlangsung pada 25 September 2009 di rumah beliau di Terengganu.

Monday, October 5, 2009

Datuk A. Samad Said

A. Samad Said dilahirkan pada 9 April 1935 di Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura, sebelum melanjutkan pelajaran tingginya ke Victoria Institution, juga di Singapura. Atas jasa dan khidmat bakti beliau dalam bidang kesusasteraan Melayu Malaysia, beliau dianugerahkan pelbagai hadiah dan penghargaan seperti Anugerah Pejuang Sastera (1976), S.E.A. Write Award (1979) dan Anugerah Sastera Negara (1985). Pada tahun 2003, beliau menerima Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Kesusasteraan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris.

p/s : Sungguh rindu pada beliau. Sebelum sedekad dahulu, saya bersama ayah pernah bertemu dengannya, sewaktu kecilku. Dia bagaikan ayahku yang kedua.