isu ini hangat diperkatakan sekarang.memang tak dinafikan kita akan marah dengan tindakan yang keterlaluan itu.ada pihak mengatakan bahawa typical malaysian just stare.hurmm...lau ikut logik cik an,orang tengah marah dan mengamuk sambil pegang stering lock,tentulah kita takut nak dekat.silap haribulan kita plak yang kena ketuk..aduhai...apa-apapun..terdapat banyak hikmah dan pengajaran yang mungkin kita boleh ambil disebalik isu ini...pada pendapat cik an:

1)tak semua yang kita plan,akan kita dapat.misalnya dah ada kereta baru,kita memang akan rasa gembira sangat2..tapi bila terjadi insiden kena langgar,kena calar,kena toreh...kita kena terima bukan semua benda dalam kawalan kita.

2)pepatah Melayu dahulu pun sudah mengingatkan.."terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya"...jika diteliti mandalam maksud orang dulu2 dalam memberi ingatan dan pedoman...

3)hidup kita sentiasa ada yang memerhati dan melihat...kalau orang tak rakam perbuatan buruk kitapun...sebagai orang Islam, kita percaya bahawa ada malaikat di sebelah kiri dan kanan.setiap perbuatan walaupun tiada siapa yang nampak dan tahu,masih ada yang mencatat...lebih2 lagi pada yang Maha Mengetahui.

4)orang tua tak kiralah bangsa apa sekalipun,kita mesti hormat...apatah lagi jika orang berbudi bahasa dan berakhlak baik pada kita..siapa kita nak menilai dia tu bangsa apa dan seharusnya macam apa..walaupun dalam hal bangsa ni,memang tak dinafikan kita memang biasa dengar "oohhh..patutla..driver cina".."hmmmm...dah agak dah yang bawak tu india"..."melayu memang macam tu..." etc..etc..

apa2 pun cik an harap kita semua dapat ambil iktibar kes CDM 25 ni...

mohon maaf atas silap dan salah,andai ada prasangka buruk...
selamat menjalani ibadah puasa 1435H...moga amalan kita diterima olehNya..

Hit: 23 Laman Asal