Muzik Interaktif Anda
Total Pageviews
About Me
jam
Search This Blog
iklan
Like Fan Page
Radio RCFM
Chat Box
CHAT BOX RCFM
Ruangan Chat (RCFM)
KAMPUNGCHAT - ( #RCFM )
Mibbit Chat From mIRC
/nick NEWNICK [untuk tukar nickname] /ns register PASSWORD EMAIL [untuk register nickname] /msg nickserv identify PASSWORD [untuk user yg dah register] /join #rcfm [untuk join channel lain] /server irc.kampungchat.org [type jika Disconnected untuk sambung semula]
Sunday 18 August 2013
Thursday 18 July 2013
‘Jangan Bicara Tentang Payung Emas’ – Betul Ke Luahan Hati Isteri Pertama Ashraf?
Sejak berita pernikahan kali kedua
Ashraf Muslim terbongkar, isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman tidak
pernah lagi tampil memberi kenyataan kepada mana-mana pihak media.
Terbaru, menerusi laman Facebook Noor
Dayana, dia KONONNYA berkongsi luahan hatinya dengan menulis sebuah nota
yang agak panjang menceritakan mengenai perasaannya berkaitan
perkahwinan kedua suaminya itu.
Dalam luahan itu, Dayana seakan perit
menerima berita tersebut dan menurutnya bapanya, Lokman Abdul Hamid,
anaknya itu tidak pernah redha atau memberi sebarang keizinan untuk
dimadukan oleh aktor tersebut.
Ashraf Muslim selamat bernikah buat kali kedua di Bangkok, Thailand dengan bekas krew televisyen, Wan Sakinah pada 7 Julai lalu.
Menurut sumber juga, Ashraf dan Sakinah
sudah berhubung sejak sekian lama iaitu selepas sembilan bulan pelakon
itu mendirikan rumahtangga dengan Dayana pada Ogos 2011.
Di bawah, penulis kongsikan bait-bait kata daripada Dayana buat tatapan pembaca semua.
Entah benar entahkan tidak ia luahan
hati Dayana…apapun jom kita tengok apa yang heboh sangat dalam internet
mengenai ‘luahan’ tersebut.
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah..
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…
Subscribe to:
Posts (Atom)