Emmmm, kali ni nak cerita pasal aktiviti 'meronggeng' di bandar buang duit cahaya iaitu iCITY..
Sebenarnya nak pergi hujung minggu ni tapi masing-masing ada aktiviti lain, makanya, pergilah awal~~
Bertolak dari rumah pukul 9.30malam (cara cakap macam nak pergi tempat yang jauh je), rumah aku dengan tempat ni pun takdelah jauh sangat..
Dalam 20minit sampailah (selepas dikira menggunakan jam randik).. Dulu pernah datang sini, masa mula-mula buka dan FREE lagi tapi sekarang bila dah macam-macam permainan ada nak masuk pun kena bayar, maka jaranglah datang..hikhikhik
Pasal perbelanjaan kat sini, kita cerita hujung-hujung nanti..
Dah sampai sana, misi mencari parking!! Ingat nak parking kat luar je tapi takut tak selamat sebab kereta kat luar pun tak banyak.. Jadi parkinglah kat dalam.. Lama jugaklah nak cari parking.. Bila dah dapat parking, mulalah aktiviti 'tergedik-gedik'nya..
Sebenarnya misi kali ni nak pergi TRICK ART MUSEUM dengan naik BUAIAN PUSING-PUSING (tak reti nama omputehnya) tapi hanya berkesempatan untuk masuk Trick Art Museum tu je..
Bila menjelajah iCity tu, rupanya banyak permainan yang ada (nampak sangat dah lama tak pergi, sakai).. Nak try masuk PREHISTORIC ADVENTURE, CINEMA 5D, main MEMANAH tapi bila tengok dompet dengan harga nak masuk, MERAUNG MENANGIS aku dibuatnya.. Mungkin lain kali.. APO NAK DI KATO!!
-entri kali ni tatap gambar jelaa.. malas nak taip panjang-panjang-
PERHATIAN : Kalau gambar tak dapat dibesarkan harap maaf.. Kalau tak jelas ambil mikroskop ataupun kanta :P (macamlah cantik sangat gambarnya,kannn)
# Keadaan Di Dalam & Di Luar Muzium
# Aksi Kurang Kesopanan & Kesusilaan
# 4 Gaya Dengan Penuh Mutu & Keunggulan
# Asal Muka Aku Lain Niii.. Freaky Wednesday
# Bini Tengah Merajuk, Bagi Air Pun Muka Tak Ikhlas
# Sama Tapi Tak Serupa.. Dasar Monyet!!
# Menceroboh Kawasan Firaun
# Aku Di Bunuh Di Medan Perang
# Tolongggg, Ada Buaya.. Tatutnyewwww!!
# Suka Hati Kau Je Nak Main Jirus Air Kat Kitaorang
# Tangan Kebal.. Siap Senyum Tumbuk Cermin Tu
# Hantu Keluar Dari TV.. Kita Takut Sangat Tau!!!
# Akulah Wartawan Pertama Tangkap Gambar Spenderman Spiderman
# Aksi Yang Agak Cool Bagi Aku Setakat Ni
** Aksi Rock Climber Yang Macho
# Sangat Relaks Bermain Gigi Gorila Yang Mengamuk
# Cinta Luar Biasa.. Cinta Itu Mampu Membutakan Sesiapa Saja
** Sorang Tu Bercinta Dengan Makhluk Asing Dari Marikh ,
Sorang Lagi Bercinta Dengan Awek Gomok
Selesai bergambar dalam Trick Art Museum, bergambar kat luar pula..
# Tak Dapat Main, Tengok & Ketip Gambar Pun Jadilahhhh..
# mood GONG XI FA CAI
# KRISMAS ???
Okay, sekarang aku nak cerita tentang iCity ni yang agak kurang enak untuk diperkatakan..
** Caj untuk parking kereta RM10.. Apasal mahal sangat?? Masuk situ pun paling lama 2jam.. Kenapa tak nak guna sistem bayaran macam shopping complex?? (SERIUS CEKIK TENGKUK)
** Dah laa bayar caj parking mahal, mesin nak bayarnya pulak ada 4ketol je.. Itu pun lokasinya entah mana-mana.. Terpaksalah aku beratur panjang macam aku nak mintak tandatangan Siti Nurhaliza.. (SERIUS PENAT)
** Nak cerita pasal tiket masuk setiap permainan.. Perghhhh, memang boleh rabaklah dompet tu.. Paling minimum harga tiket, RM3 itu pun untuk sesi karaoke syok sendiri sebab disiapkan pentas dengan kerusi untuk penonton (KELAS KAU MAK JEMAH).. Kebanyakkan harga tiket mesti atas RM5.. Siapa yang ada anak tu, siapkanlah duit yang banyak.. Kalau tak cukup, pergi pecahkan tabung ayam.. (SERIUS MELAMPAU)
Apa lagi aku nak cerita pasal KEMELAMPAUAN (betul ke bahasa aku ni??) pengurusan iCity ni.. Rasanya cukuplah itu je.. hahaha, bunyinya macam banyak je kemelampauannya.. Dan waktu nak balik tu, ada aunty cina ni nak bayar parking kat mesin pembayar tapi kena reject, teru dia naik angin lalu melepaskan
Sebab tu la tajuk entri ni macam yang tertulis kat atas.. Memang JIWA MERACAU laa tengok harga tiketnya.. Baik main fun fair, lagi best (tiba-tiba rindu nak pergi fun fair macam zaman budak-budak dulu.. emmmm..)
Kalau sesiapa nak datang sini, agak-agak kewangan mengalami kemerosotan, datang santai-santai tengok lampu je la.. Tenung-tenung pokok yang bercahaya tu, kot-kot bila tengah tenung tu, ada duit gugur dari pokok tu.. kikikikik..
Okaylah, itu je nak cerita pasal 'PERCUTIAN' Satu Malam kat iCity..
WELCOME TO iCITY SHAH ALAM.. :P
WELCOME TO iCITY SHAH ALAM.. :P