Tora datang lagiiiiii.. haaaa, terkezut tak??
Tora hanya datang bila tora pergi berjalan-jalan dan mahu memberi pandangan pada tempat penginapan yang di duduki.. Nak buat topik lain macam takde masa (sebenarnya malas nak menaip, huuuu)..
Ok, pada 13-14 Mei 2017 yang lepas, aku sekeluarga pergi makan angin jauhhhhhhh di Utara Selangor iaitu di Sungai Besar.. Jauh kannn?? hahahaha.. 2jam perjalanan dari Shah Alam.. Niat datang sini atas permintaan mak sebab dah lama tak merasa suasana bermalam di sawah padi, tempat dia membesar.. Nak balik kampungnya, orang yang duduk sana dah tak terima kita, nak buat macam manakan..
Gigih jugalah aku nak cari homestay yang best sebab geledah kat Google, tak banyak promosi dan infomasi yang dapat.. Mungkin sudah jodoh, aku dipertemukan dengan tempat ni iaitu D'SAWAH BENDANG HOMESTAY, SUNGAI BESAR.. Lokasinya tak jauh dari pekan Sungai Besar.. Booking sebulan awal, tapi korang kena bertabah sikitlah masa nak deal dengan tuan tanah homestay ni sebab beliau lambat sikit nak reply.. Mungkin sebab linenya ala-ala siput khinzir kat sana.. Kat luar rumah linenya laju tapi kat dalam rumah, memang sesiput linenya, itu ikut pengalaman aku laaa.. Korang jangan bersangka pulak tuan tanahnya macam nak tak nak deal dengan korang..
Aku pilih rumah jenis 2bilik yang mempunyai 2buah katil jenis queen dan ada dapur pada harga RM170, 1malam.. Luas kawasan rumahnya, ada beranda nak melepak-lepak sambil layan udara segar kampung, ruang tamunya pula ada 2bahagian, 1 dihadapan, 1 lagi berdekatan dengan dapur.. Disediakan juga 2tilam jenis single sebagai tambahan.. Ikut asal, boleh muat 4-6orang tapi tengok keadaan rumah boleh masuk lagi 2orang.. Tapi janganlah ramai-ramai sangat, kang roboh pulak rumahnya sebab konsep rumahnya ala-ala terapung di atas bendang sawah.. Tak pasal-pasal karang, ada pulak papannya patah sebab ramai sangat penghuni.. Marilah saksikan keadaan rumah yang aku inap di sana.. jyeahhhh..
** bilik tidur dibahagian depan
** bilik tidur dibahagian belakang
** ruang tamu di hadapan
** ruang tamu di belakang, bahagian dapur
ada periuk nasi elektrik, ada dapur gas sebuah, kalau rajin nak masak-masak boleh laaa bawa periuk kuali belanga segala bagai (korang nak bercuti ke nak main masak-masak??).. peti sejuk tak disediakan..
** bilik air
Setiap bilik hanya disediakan kipas dinding dan hanya di bahagian ruang tamu belakang berdekatan dapur tu je disediakan pendingin hawa.. Ruang tamu hadapan pun hanya dipasang kipas siling.. Tapi jangan risau, korang pasanglah pendingin hawa tu, nanti kesejukkannya akan sampai ke hadapan.. Malam-malam pun rasa kesejukan walaupun sekadar menggunakan kipas sampai vibrate 2,3kali pundi kencing aku.. Kata nak feeling kampung, takkan nak melayan pendingin hawa kot??
Untuk makluman semua, korang boleh buat beberapa aktiviti di sini tapi kenalah beri tahu lebih awal dengan tuan tanahnya semasa membuat tempahan agar dia boleh uruskan.. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah MEMANCING ( RM5 - umpan & 2 batang pancing ), MENGGAGAU IKAN ( RM10/seorang - minimum 10orang ), MENCANTING & MEWARNA BATIK ( RM10/seorang - minimum 10orang ), BERMAIN LAYANG-LAYANG ( RM10/1 layang-layang ).. Kalau nak buat BBQ pun boleh, disediakan tempat membakar dan juga ada macam kantin untuk makan-makan semasa aktiviti BBQ dijalankan kalau dibuat secara beramai-ramai.. Kalau setakat BBQ sekeluarga je, bakar depan rumah, makan kat beranda sudahlah.. hahahaha.. Kalau nak bahan BBQ dan makanan disediakan tuan tanah, korang boleh juga bagi tahu tuan tanah awal-awal semasa tempahan dibuat..
Homestay ni juga menyediakan 4jenis rumah lain untuk didiami iaitu :
RUMAH BESAR - RM200/malam
full furnished ( 2 bilik & ruang tamu yang besar ) : 12 - 15 orang
CABIN / BILIK - RM100/malam
ada dapur : 2 - 4 orang
** korang nampak tak pintu kat bawah rumah besar ni,
itulah penginapan jenis Cabin / Bilik..
** kalau jenis rumah besar, yang belah atas ni sahaja..
serius besar bila tengok dari luar..
CHALET - RM150/malam
3 - 5 orang ( ada 2 unit )
RUMAH KECIL - RM170/malam
2 bilik tidur & dapur : 4 - 6 orang ( ada 4 unit )
Kalau nak tengok keadaan penginapan jenis Chalet, korang layanlah video kat bawah ni..
KREDIT VIDEO : NAJMI SALBI - @mattnauski
** melepak tepi bendang sambil melayan sunset.. tenang jeeeee..
** sarapan pagi..
sedihkan tapi harganya lagi mahal dari sebungkus nasi lemak, tak kenyang pulak tu.. huuu
** memancing main-main pun dapat seekor ikan haruan.. ayah pakai umpan siput gondang.. hahahaha
** suasana di pagi raya.. eh??
Secara keseluruhannya, aku amat berpuas hati dengan homestay ni, terasa memanggil-manggil untuk datang lagi.. Walaupun keadaan rumah yang kami dapat ni ada sedikit gangguan daripada bunyi lantai yang berbunyi crack-crack (bayangkan), tapi itu tidak menjejaskan percutian kami kali ni sebab bunyi itu seakan-akan lantai rumah arwah nenek di kampung.. Alah bisa tegal biasa katanya.. Mungkin masalah lantai ni tuan tanahnya dapat atasi takut pengunjung lain tak biasa.. Satu lagi, kalau nak datang sini, korang bawalah tuala mandi dan kelengkapan mandian sendiri dari rumah sebab ianya tidak disediakan..
Kalau berminat nak menginap di sini, korang boleh hubungi Encik Wan Mohd Fakhrudin di talian 012-8084818..
SELAMAT BERCUTI!!!!
#PromosiTakBerbayar #BantuPeniagaanSesamaBangsaDanAgama