Petikan ini saya ambil dari bicara sufi untuk renungan bersama..:)
Umum tahu bahawa Syeikh Abdul Qadir Jailani adalah Sultan Auliya' yang telah banyak meninggalkan wasiat, nasihat, pengajaran yg sangat berguna kepada murid-muridnya dan mukmin seluruhnya untuk membersihkan jiwa, bathin dan hati nurani, supaya menjadi mukmin sejati yang sentiasa bersama Allah.
Bagi ahli yg mempunyai koleksi wasiat Syeikh ini eloklah dipaparkan di sini supaya sama-sama kita menghayatinya.
Untuk permulaan saya paparkan salah satu daripada wasiat beliau:
"Makhluk dan Khaliq tidak berkumpul. Dunia dan akhirat tidaklah berkumpul dalam satu hati. Tidak terbayang dan tidak benar sesuatupun daripadanya, ada kalanya makhluk dan ada kalanya Khaliq.
Ada kalanya dunia dan ada kalanya akhirat. Ada kalanya terbayang bahawa makhluk ada di lahirmu, sedangkan Khaliq di hatimu. Adapun di dalam hati, keduanya tidak berkumpul.
Lihatlah pada jiwamu dan pilihlah untuknya, jika ia menghendaki dunia, maka keluarkanlah akhirat daripada hatimu. Jika ia menghendaki akhirat maka keluarkan dunia daripada hatimu. Jika ia menghendaki Tuhan maka keluarkanlah dunia, akhirat dan apa yang selainNya daripada hatimu.
Selama di dalam hatimu masih ada sebesar semut kecil dari apa yang selain Allah, maka kamu tidak melihat dekatnya Allah di sisimu, dan tidak bangkit kejinakan dan ketenangan kepadaNya.
Selama di dalam hatimu masih ada dunia sebesar semut kecil, maka kamu tidak melihat akhirat di hadapanmu. Dan selama di dalam hatimu terdapat akhirat sebesar semut kecil, maka kamu tidak melihat dekat kepada Allah".