Tuesday, January 8, 2013

BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA


Tamadun Indus

(a) Ciri-ciri bandar terancang

  • Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dikelilingi oleh tembok
  • Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan serta tempat penyimpanan hasil pertanian
  • Bahagian kedua ialah kawasan perumahan
  • Perancangan bandarnya dibantu oleh oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan
  • Bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat
  • Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain
  • Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang
  • Selain jalanraya, bandar-bandar ini juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan

(b) Organisasi Sosial

  • Jumpaan arkeologi membayangkan masyarakat di Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan atasan dan bawahan
  • Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang
  • Kelas atasan yang utama ialah pendeta
  • Mereka mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan kegiatan keagamaan
  • Golongan bawahan memberi ketaatan kepada golongan pendeta
  • Sejarawan berpendapat tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta
  • Golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruh
  • Golongan petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalirkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa
  • Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina tembok di benteng dan membina terusan

(c) Pengkhususan pekerjaan

  • Masyarakat Indus menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan
  • Aktiviti perdagangan secara khusus membabitkan perdagangan luar termasuklah dengan Mesopotamia
  • Dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia
  • Hasil perdagangan yang penting seperti emas, gading gajah, manik, dan hasil pertanian
  • Petani menanam barli, kacang dan sebagainya
  • Terdapat juga penduduk yang menjadi artisan dan terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar