Yang Indah Itu Bahasa
Sayangi Bahasa Kita. Bahasa Jiwa Bangsa.
Selamat Datang
SELAMAT DATANG KE RIEZERZ.BLOGSPOT.COM. SEMOGA ILMU YANG DIPEROLEHI DAPAT DIMANFAAT BERSAMA.....
Jumaat, 31 Ogos 2012
Jumaat, 24 Ogos 2012
Hubungan Makna
Melihat hubungan makna antara satu
perkataan dengan perkataan lain.
Kajian semantik tradisional:
i. Sinonim
ii. Antonim
iii. Homonim
iv. Hiponim
v. Polisemi
SINONIM:
Dua perkataan atau lebih yang
maknanya hampir sama atau maknanya seolah-olah sama.
Contoh:
cantik boleh disinonimkan dengan indah
indah boleh disinonimkan dengan cantik
Isnin, 20 Ogos 2012
Ahad, 19 Ogos 2012
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1433H
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1433H daripada saya sekeluarga buat semua umat Islam di Malaysia. Maaf zahir dan batin.
Sabtu, 18 Ogos 2012
Jumaat, 17 Ogos 2012
Kenali Nazam
Nazam
Nazam merupakan
sebuah puisi klasik Melayu pengaruh Arab. Pada zaman dahulu,
pedagang -pedagang dari Asia Barat atau Timur Tengah iaitu Arab dan Parsi telah
datang ke Melaka untuk berdagang. Selain berniaga. mereka juga mengajar agama
Islam kepada penduduk tempatan. Selain kitab suci AI-Quran. kitab-kitab Hadis.
Kitab Tauhid, Fekah, Tasauf dan Tajwid juga diperkenalkan. Selain itu, mereka juga
memperkenalkan Kitab Berzanji yang di dalamnya mengandungi pelbagai puisi Arab
seperti Ratib. Berzanji. Syair, Burdah, Qasidah, Nasyid. Thamsil, Rubai. Kithah,
Masnawi, Marhaban, Ghazal, Bayt dan Nazam.
pedagang -pedagang dari Asia Barat atau Timur Tengah iaitu Arab dan Parsi telah
datang ke Melaka untuk berdagang. Selain berniaga. mereka juga mengajar agama
Islam kepada penduduk tempatan. Selain kitab suci AI-Quran. kitab-kitab Hadis.
Kitab Tauhid, Fekah, Tasauf dan Tajwid juga diperkenalkan. Selain itu, mereka juga
memperkenalkan Kitab Berzanji yang di dalamnya mengandungi pelbagai puisi Arab
seperti Ratib. Berzanji. Syair, Burdah, Qasidah, Nasyid. Thamsil, Rubai. Kithah,
Masnawi, Marhaban, Ghazal, Bayt dan Nazam.
Nazam merupakan
salah satu jenis puisi lama yang telah wujud lebih 100 tahun yang lalu. Nazam
yang seakan-akan menyerupai nasyid tetapi ia boleh didendangkan secara
perseorangan atau berkumpulan secara sponton oleh kaum wanita ketika menganyam
tikar, membuat ketupat,
menidurkan anak dan sebagainya.
menidurkan anak dan sebagainya.
Khamis, 16 Ogos 2012
Tatabahasa - Kata Ganti Nama
Kata Ganti Nama
Perkataan Ganti Nama ialah perkataan
yang menggantikan perkataan NAMA.
Perkataan Gantinama ini dibahagikan
kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama
Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang
digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
Kata ganti diri terdiri daripada:
(a)kata ganti diri (pertama, kedua,
dan ketiga);
(b)kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.
Rabu, 15 Ogos 2012
Tatabahasa - Kata Bantu
Kata Bantu
Kata bantu ialah kata yang digunakan
untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan
perbuatan.
Contoh
Akan
|
Belum
|
Masih
|
Telah
|
Sudah
|
Harus
|
Boleh
|
Dapat
|
Hendak
|
Mesti
|
1. Kereta
api dari utara telah sampai.
2. Awak
patut menyiapkan tugas ini dengan segera.
3. Adik
Rahimah belum tahu berjalan.
4. Ayah
dapat menyiapkan tugas ini dengan segera.
5. Encik
Borhan hendak pergi memancing esok.
Selasa, 14 Ogos 2012
Kenali Talibun
Talibun
Definisi umum bagi talibun menurut Kamus Dewan (2005) ialah sejenis puisi lama yang
terdiri daripada empat baris, enam baris, atau dua puluh baris yang bersajak di
hujungnya. Talibun disebut juga dengan nama seromba dan mempunyai bentuk
yang hampir sama dengan prosa lirik
atau prosa
berirama. Walau bagaimanapun, talibun berbeza dengan prosa lirik dan
prosa berirama kerana talibun merupakan sebahagian sahaja daripada cerita yang
diambil prosa lirik.
Talibun mengungkap persoalan yang berbagai bergantung
kepada konteks cerita induknya. Lazim isi talibun, fenomena
alam, perasaan,
dan tradisi yang terdapat dalam sesebuah cerita lipur lara berkisar kepada
pelbagai perkara dan objek; seperti senjata, pakaian, kenderaan, negeri, perlakuan
manusia.
Isnin, 13 Ogos 2012
Tatabahasa - Kata Adjektif
Kata Adjektif (Kata Sifat)
Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau
keadaan sesuatu
kata nama seperti hitam, besar,
kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang,
tempat, binatang, dan sebagainya.
Kata adjektif juga dikenal sebagai kata
sifat.
A. Jenis-jenis kata Adjektif
Kata adjektif boleh disertai kata
keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.
Contohnya; sangat cantik, amat
rajin, paling tinggi, dan sebagainya.
1. Adjektif Jati
Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.
Contoh
Buku itu berwarna biru.
Budak kurus itu kawan saya.
Langgan:
Catatan (Atom)