Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam semoga sentiasa tercurahkan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga, sahabat-sahabat baginda serta mereka yang sentiasa mengikuti sunnahnya.Amin

Pada kesempatan ini saya bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala limpahan rahmat serta kurnia-Nya blog ini dapat dihasilkan. Dengan wujudnya blog ini saya berharap wadah ini dapat dimanfaatkan oleh anak-anakku Muhammad Azzamudien, Muhammad Aizat dan Nur Aina Mursyidah , kaum muslimin,muslimat,rakan-rakan guru,anak-anak didik dan seterusnya sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.

Banyak bahan-bahan yang saya peroleh daripada laman-laman blog lain. Kepada penulis laman saya pohon halalkan ilmu tuan puan . Budi baik semua pihak saya ucapkan terima kasih dan balasannya saya serahkan pada Allah yang akan membalasnya.
Segala kesilapan dan kekurangan adalah kelemahan daripada saya. Lantaran itu. saya mohon kemaafan. Manakala yang baik itu adalah datangnya daripada Allah juga dan kepadanya juga kita panjatkan segala pujian.

Akhirnya saya memohon keredaan-Nya semata-mata.
Hit: 16 Laman Asal