Alhamdulillah pilihanraya telah selesai. Banyakkanlah istighfar, kerana selama ini banyak amanah yang kita abaikan, masjid dan surau lama kita dah tak buat gotong royong, jarang-jarang dapat solat jemaah penuh di masjid.
Bagi yang kalah, doalah , mohonlah kepada Allah agar kempen kita semasa pilihanraya jika ada kesilapan, kelemahan diampunkan dosa kita. Kalau ada kebaikan semasa kempen kita, diterima Allah sebagai ganjaran pahala.
Bagi yang menang, ingatlah ini adalah amanah yang perlu kita jawab di hadapan Allah satu demi satu di akhirat nanti.
Kemenangan yang hakiki ialah bila kita berjaya menawan DUN dan Parlimen di akhirat nanti.
Tautkanlah balik persaudaraan kita dalam jemaah, dalam Islam , walaupun kita berlainan parti.
Tahniah kepada yang kalah kerana anda tidak dipikulkan dengan amanat untuk menjaga solat beribu-ribu pengundi Islam di DUN dan Parlimen anda. Takziah kepada yang menang kerana anda akan ditanya di akhirat nanti akan nasib dan kebajikan penduduk di DUN dan Parlimen anda , walaupun mereka bukan Islam.
Semoga Allah mengampuni dosa kita.
Hit: 21 Laman Asal