Pihak Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Taman Raja Tun Uda Semenyih mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan Selamat Hari raya Aidilfitri buat semua penduduk Taman Raja Tun Uda khasnya dan seluruh warga kerja KRT Zon Semenyih amnya...

Sesungguhnya manusia itu difitrahkan mempunyai kekurangan begitu jugalah dengan kami selaku AJK KRT Taman ini seringkali tersilap seringkali terlalai dan seringkali terlupa akan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada kami...

Seandainya ada kesilapan tutur kata, kekasaran tatabahasa serta keceluparan suara maka izinkan kami menghulur tangan berjabat tangan dengan anda semua... Semoga maaf yang dihulur mampu meringankan kembali penderitaan yang dialami oleh pihak yang berkenaan.

Sekian dahulu... Wassalam.



Hit: 22 Laman Asal