Selamat Tahun Baru......2011

Posted by rumahno5 | 7:25 AM | 0 comments »





Semoga tahun 2011 ini menjadi lebih bermakna buat semua rakan-rakan di Rumahno5 serta rakan-rakan yang lain.

FEBUARI 2010

Posted by rumahno5 | 9:01 PM | 0 comments »

Berita Terkini

****Warga rumahno5 yang terkini adalah 7 orang iaitu Emi, Amat, Alan, Pati, Mel, Mazan n Gashi.

###Status masing2 : -
Single : Emi, Amat
Not Available : Mel
Sukar dipahami : Mazan, Pati
It's Complicated : Alan
Nak bertunang : Gashi

""""Berita Semasa
Sepanjang tahun baru ni, sudah 2 kali Rumahno5 mengalami kecurian barang. Antara barang2 yg terkorban ialah kasut2, handphone, dan duit. Warga Rumahno5 telah bersepakat sekiranya dapat menangkap sang penyamun itu, pasti Penyamun itu akan menangis dan meraung tanpa henti... Itu yg pasti. Namun begitu, warga Rumahno5 masih lagi trauma dan berjaga-jaga semenjak kejadian itu.

***** Hobi masing2 buat masa ni :

Emi : main game mobile, dengar lagu, tengok TV, keje part time.

Amat : dengar lagu2 retro sinar dan lagu2 menyayat hati, tengok TV, balik kampung, studi PJJ di UKM.

Pati : g Keje lambat, balik kejap waktu maghrib, mandi, pastu keluar lagi. lewat malam baru balik. (a.k.a. batman)

Mel : g keje dgn penuh dedikasi, balik keje, tido kejap, x pun layan TV, pastu ajak housemates makan sama2 naik kereta, balik layan TV kejap, and lastly tido.

Mazan : wat keje lab dgn penuh daya usaha, weekend selalu join member2nya jadi photographer untuk majlis2 perkahwinan. Aweks??? hmmm...

Gashi : paling gila main bola kat komputer. mesti power giler. selalu beraktiviti bersama rakan2nya yang datang dari segenap aspek...

Alan : bangun tido,keje,balik keje,tengok tV,makan,tido balik..... repeat 5 kali seminggu. Weekend makan,tido,makan,tido...

Akhir kata, Salam 1Rumah, Family didahulukan, member diutamakan......... ("_)

Sekian......

Posted by rumahno5 | 12:19 AM | 0 comments »


Rumah Terbuka Rumahno5

Dengan segala hormatnya, merujuk perkara diatas, warga Rumahno5 menjemput semua rakan-rakan untuk hadir ke rumah terbuka kami. Butiran lanjut adalah seperti berikut :

Tarikh : 10/10/2009

Masa : 8.00 malam – 10.00 malam

Tempat : Rumahno5, Jalan 4/9G, Seksyen 4 tambahan, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Sila maklumkan kehadiran anda kepada mana-mana ahli Rumahno5 bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Semoga majlis ini dapat berjalan lancar dan dirahmati Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.



Ucapan Tahniah dan Selamat........

Posted by rumahno5 | 10:45 PM | 0 comments »




Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada En. Syafiq yang baru sahaja memulakan kerjaya barunya sebagai pegawai sains di hospital Mersing (agak dekat dengan Kluang....hmmm). Semoga dapat menempuhi liku-liku yang mendatang dengan jayanya..


Tidak lupa juga Tahniah kepada salah seorang warga rumahno5 iaitu Mr. Gashi. Beliau telah mendapat 'baby' baru iaitu Persona JLS 5991 (betul la ni kot...). Semoga 'baby' baru ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya demi masa depan... Dengar kata nak kahwin x lama lagi... Betul ker????

Kiranya masih belum terlambat untuk hamba selaku wakil rumahno5 untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi Yang ke-24 kepada Asrul (6 Ogos 2009) dan Mel (10 Ogos 2009) yang lepas... Tak sangka pulak hari jadi korang agak dekat antara satu sama lain... Semoga Asrul dapat menyiapkan diri secukupnya bagi menghadapi saat-saat getir ke jinjang pelamin pada pertengahan tahun depan. Kepada Mel pula, semoga cepat dapat mendirikan masjid.




Pelik tetapi benar. Selamat Hari Jadi juga untuk Fathi yang bakal menjadi tua (24 Tahun) pada 26 Ogos ini. Mungkin orang Perak ni suka lahir bulan Ogos kot.... Semoga Pati bahagia bersama-sama kakaknya itu... Cepat habis studi, cepat kumpul duit, cepat-cepatlah mendirikan masjid yer En. Pati....

Anyway, Ramadhan yang bakal menjelma diharap lebih memberi makna pada kita semua..
Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa serta melakukan ibadah-ibadah sunat seperti solat terawih dengan gigih.
InsyaAllah...

BERITA TERKINI

Posted by rumahno5 | 12:25 AM | 0 comments »

BULETIN RUMAH NO5


  • Rumah No5 merupakan adaptasi daripada Rumah18.
  • Laman web terkini iaitu http://rumahno5.blogspot.com/ secara rasminya akan menggantikan laman web terdahulu iaitu http://rumah18.blogspot.com/ .
  • Namun begitu, http://rumah18.blogspot.com/ akan tetap menjadi arkib dan sejarah untuk masa depan.
  • Diharapkan laman blog ini akan menjadi wadah terbaik untuk mengeratkan hubungan sesama warga rumah no5 serta rakan2 yang lain termasuklah alumni rumah18 dan alumni rumah no5.
  • Berita terbaru adalah Syafiq telah pun meninggalkan rumah no5 demi masa depannya yang lebih gemilang di Mersing. Terdapat sumber yang tidak boleh dipercayai menyatakan Syafiq akan menamatkan zaman bujangnya menjelang penghujung tahun 2011.hehe.
  • Dengan ini, warga rumah no5 terdiri daripada 8 orang iaitu Pati, Asrul, Mel, Mahzan, Gashi, Amat, Emi dan Nalza(bukan nama sebenar). Sesungguhnya setiap orang memainkan peranan yang penting demi menjana keharmonian bersama. Sedangkan lidah boleh digigit, inikan pula ayam goreng.
  • Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, diharap seluruh warga rumah no5 dan juga rakan2 yang lain akan dapat bersama-sama menjalani ibadah puasa dengan baik dan sempurna. Semoga dapat menunaikan solat terawih di masjid dengan gigih dan bersemangat waja. Dilarang ponteng puasa sama sekali, kecuali mendapat izin daripada ibu bapa masing-masing... Harap maklum.
  • Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi balai polis berhampiran..... Sekian, terima kasih.


“Selangkah... demi selangkah... setahun sudah pun berlalu....


"SePaKaT MeMBaWa BeRKaT "



Al - Fatihah untuk Arwah Prof Dr Mahadir

Posted by rumahno5 | 11:22 PM | 0 comments »

Al-fatihah kepada Prof Dr Mahadir yang merupakan jiran kami . Arwah sempat menjemput kami warga rumah no5 untuk menghadiri jamuan makan tengahari seminggu sebelum beliau disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung/strok. Kami mendoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat. Beberapa wakil warga rumah no5 juga ada menghadiri majlis tahlil yang diadakan selama 3 hari.


Berikut merupakan beberapa gambar kenangan yang diambil ketika jamuan makan di rumah tersebut. Gambar tersebut diambil oleh jurufoto profesional rumah no5 iaitu Encik Mahzan..



Antara warga rumah no5 yang turut hadir...


Sumber : Mahzan
Editor : Nalza