Ass@L@mu@la!kuM...

Friday, December 9, 2011

Sajak Aminah Qutbi Buat Bakal Suami

Sekiranya kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya, 

Sekiranya kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang 
melabuhkan cintanya kepada Allah juga,

Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
Campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
Cinta kepadaku adalah kerana-Mu,

Namun,
Andainya dia bukannlah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
Yang KAU berikan kepadaku..
Amin Ya Rabbal 'Alamin...

petikan dr Novel "Pemilik Cintaku setelah Allah Dan Rasul" :))

Saturday, December 3, 2011

~UlangTahun Kelahiran My little Sister~

Hepy birthday to you
Hepy birthday to you
Happy Birthday to Nadiah Hasyimah
Hapy Birthday to you...(clap ur hand)hehe

Tarikh hari ni 3 Dec 2011 dan pada hari ini merupakan ulgthun klhiran adik kesygn aku..Nadiah Hasyimah..yg ke-19..dah makin besar adik aku ni..hehe..Hepy birthday syima bucuk..sebagai meraikan hari kelahirannye ni aku dgn murah hati (angkat bakul skjp) mmbeli kek..kek biasa2 je..aku beli kek tu smlm siap tulis kat ats kek tu "Happy Birthday syima ke-19"..hehehe..comel keknye..smgt je beli kek smlm pdhal birthdaynye ari ni..kui3x..xpela la dsbabkn ptg smlm alang2 dh kuar bli brang singgahlah sekali beli kek..alang2..hihihi..potg kek mlm td..suke2 je aku ni..tp sygnye lupe nk amik gmbr kek tu smlm..klau x boleh upload msuk dlm blog no..hehe..memg 1st time ni la baru nk smbut dgn beli kek..sblum2 ni memg xpenah smbut pn..kire kek ni alang2 smbut brthday ak skali awal bulan 11 aritu..hahaha..xpe thun dpn ade lagi boleh smbut brthdy lg..InsyaAllah kalau pnjg umur lagi..aminn..



Gambar Hiasan



Wednesday, November 30, 2011

"Dengan Siapa Kita Kawan"

Tajuk entry pada kali ini adalah berkaintan KAWAN..cube kita renungi sama ada kwn yg kita ada skrg adalah btul2 KAWAN ataupun LAWAN..Oleh yang demikian, kita hendaklah pandai dan bijak memilih kawan yakni mana kawan yg btul2 bleh membwa kita kpd kbaikan atau pn sbliknya..berhubung persoaln mana kwn yg baik dan mana yg yg tidak baik, Imam Ghazali ada menerangkan berkenaan mana kwn ygn baik dan mana kwn yg tidak baik...







Kucing ditengah kate:" Smoga hbgn prshbtan kite berkekalan slamenye..;)"
Kucing di kanan dan dikiri kate: "Aminn Ya Rabbal'alamin..:)

Speech about fren in english versy..


and the last words for this entry;



aminn...ya Allah..

Tuesday, November 29, 2011

Manfaat Solat Subuh

Tahukah anda bahawa waktu subuh adalah tempoh yang begitu istimewa bukan sahaja untuk kepentingan dunia malah diakhirat jua. Keistimewaan itu dibuktikan sendiri dengan sumpah Allah yang bermaksud: " Dan demi Subuh apabila fajarnya mulai menyinsing" (Surah at-Takwir 81:18)

Antara manfaat solat Subuh bagi mereka yang mendirikannya:


* Disaksikan secara langsung oleh para malaikat

* Lambang kemenangan melawan godaan syaitan

* Bebas daripada terkena air kencing syaitan

* Mendapat pahala seperti mengerjakan solat satu malam

* Mendapat kilauan cahaya yang terang pada hari kiamat


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"Syaitan mengikat leher kalian ketika sedang tidur dengan tiga ikatan. Pada setiap ikatan syaitan memnbisikkan, "Tidurlah, malam masih panjang!". Apabila kalian bangun lalu berzikir kepada Allah, ikatan pertama terlepas. Apabila kalian berwuduk, ikatan kedua terlerai. Kemudian apabila kalian solat, ikatan ketiga terlepas dan seterusnya terus bersemangat pada pada pagi itu. Tetapi sekiranya kalian tidak bangun, pagi itu jiwa kalian menjadi malas",- Hadith Riwayat Bukhari.








"Sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangkan.."




Tuesday, January 11, 2011

GHARAR...= PeNiPuaN

Gharar tidak dapat dijelaskan secara terperinci kerana skop dan maksud gharar itu sendiri terlalu meluas.Walau bagaimanapun secara yang sederhana, boleh dijelaskan konsep ini seperti berikut iaitu asas hukum kepada kedudukan pengharaman gharar adalah hadis Nabi yang bermaksud “sesungguhnya Nabi S.A.W melarang daripada jual beli gharar”. (riwayat Imam Muslim)

Isu hukum yang timbul daripada hadis berkenaan ialah tentang definisi atau maksud gharar yang dilarang dalam hadis berkenaan. Justeru jika dikaji karya- karya fiqh klasik tentang makna gharar, boleh dikatakan terdapat pelbagai definisi daripada para fuqaha‘ tentang konsep gharar. Antaranya ialah gharar yang bermaksud jahalah (tidak maklum) tentang barangan yang ditransaksikan. Antara alim ulama yang berpendapat sedemikian ialah al-Sarakhsi di dalam karyanya al-Mabsut dan al-Zaila‘ie di dalam karyanya Tabyiin al-Haqa‘iq. Al-Sarakhsi misalnya telah mendefinisikan gharar sebagai sesuatu yang tidak diketahui akibatnya.

Terdapat juga mereka yang menyatakan bahawa gharar bermaksud syak atau keraguan. Maksud gharar yang sedemikian didukung oleh beberapa fuqaha‘ antaranya ialah al-Kasani di dalam kitabnya Bada‘ie’ al-Sana‘ie’, Ibn ‘Abidin di dalam kitabnya Hasyiah Ibn ‘Abidin dan al-Dusuqi. Al-Kasani misalnya telah menghuraikan makna gharar sebagai suatu keadaan risiko seimbang yang akan ditempuhi oleh seseorang berkenaan dengan sesuatu barangan yang dikehendaki itu akan wujud atau tidak dalam sesuatu transaksi.

Terdapat juga para fuqaha’ yang melakukan sintesis antara kedua-dua makna gharar di atas. Misalnya al-Syarqawi dan al-Qalyubi menyatakan bahawa gharar bermaksud sesuatu yang tidak diketahui akibatnya dan mempunyai dua kemungkinan; sama ada kemungkinan positif ataupun negatif tetapi kemungkinan akibat negatif adalah lebih kuat.

Berdasarkan definisi-definisi klasik di atas, boleh dikatakan bahawa konsep gharar berkisar kepada makna ketidaktentuan dan ketidak jelasan sesuatu transaksi yang dilaksanakan. Ketidaktentuan dan ketidakjelasan berkenaan timbul khususnya daripada aspek-aspek berikut:
* sama ada sesuatu barangan yang ditransaksikan itu wujud atau tidak;
* sama ada sesuatu barangan yang ditransaksikan itu mampu diserahkan ataupun tidak;
* kaedah transaksi itu dilaksanakan secara yang tidak jelas tetapi menarik perhatian sehinggakan mungkin wujud elemen penipuan bagi menarik pihak-pihak untuk bertransaksi;
* akad atau kontrak yang mendasari sesuatu transaksi itu sendiri sifatnya tidak jelas.

Dalam memahami makna gharar dan kaitannya dengan aspek-aspek yang disebutkan di atas, perlu juga dinyatakan bahawa terdapat kategori-kategori gharar yang perlu diketahui iaitu gharar fahish (ketidakjelasan yang keterlaluan); gharar yasir (ketidakjelasan yang minimum) dan gharar mutawassit (ketidakjelasan yang sifatnya sederhana). Dari segi hukum, pemahaman tentang kategori ini sangat penting kerana sekiranya sesuatu transaksi itu mempunyai elemen gharar fahish maka transaksi berkenaan adalah dilarang. Sebaliknya sekiranya sesuatu transaksi itu hanya mengandung elemen gharar yasir, maka transaksi itu dibenarkan kerana elemen gharar yang wujud adalah dimaafkan. Sekiranya elemen gharar mutawassit wujud, maka biasanya wujud khilaf dikalangan fuqaha’ dalam memberi penilaian dan status hukum khususnya jika transaksi berkenaan melibatkan perkara yang sangat diperlukan oleh masyarakat dan gharar tersebut adalah daripada jenis yang tidak mampu dielakkan melainkan dengan cara yang sangat menyusahkan.

Perlu juga dinyatakan di sini bahawa perbincangan tentang gharar sebenarnya bukanlah perbincangan yang bersifat statik serta dogmatik. Kenyataan ini bermaksud sesuatu penghukuman haram atau tidak diharuskan tentang transaksi yang mengandungi gharar khususnya gharar fahish tidak bermakna bahawa akad atau transaksi berkenaan akan selama-lamanya haram atau tidak diharuskan. Hal ini disebabkan oleh, perkaitan gharar dengan arus perkembangan sains dan teknologi adalah sangat rapat dan perlu diambil kira dari semasa ke semasa. Secara yang lebih lanjut hal ini bermaksud elemen gharar dan ketidakjelasan serta ketidaktentuan boleh berubah sehingga menjadi perkara yang tidak lagi mengandungi unsur ketidakpastian akibat daripada wujudnya pelbagai alatan,instrumen dan teknologi canggih yang boleh mengurangkan atau menghapuskan elemen ketidakpastian berkenaan.

Dalam konteks yang tertentu, syarat transparensi dan ketelusan sesuatu kontrak moden dalam transaksi-transaksi yang tertentu umpamanya adalah antara perkara yang mungkin sesuatu dijadikan contoh. Begitu juga dalam menjalankan transaksi e-dagang dan seumpamanya, hal perkaitan gharar dan perkembangan teknologi semasa boleh dijadikan sampel.wallahuallam..

Monday, January 10, 2011

Lupa,Lalai..Leka..

Ramai yang terlupa di akhirat sana, nikmat yang maha besar sedang menunggu bagi sesiapa yang bersedia dan sentiasa menambah persediaan dan bekalannya. Nikmat Syurga tidak mampu sama sekali digambar, sebagaimana pereka cipta kereta Ford di awal rekaannya tidak akan mampu sama sekali terbayang kereta Ferrari di zaman ini. Jika diandaikan seorang dari kita tiba-tiba melayang ke masa silam dan cuba menerangkan perihal bentuk dan enjin Ferrari, bentuk dan fungsi i-phone dan i-pad ,tentunya tiada siapa yang berada di zaman itu boleh membayangkannya.
Begitulah kenikmatan akhirat yang disebut oleh Nabi dari Allah ta'ala :

أعددت لعبادي الصالحين ما لا عين رأت ، ولا أذن سمعت ، ولا خَطَرَ على قلب بشر


Ertinya : Aku menyediakan bagi hambaku yang soleh (syurga) yang tiada mata yang telah pernah melihatnya (tidak mampu tergambar), dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Manakala dalam catatan Imam Ahmad

إنه من يدخل الجنة ينعم ولا يبأس، لا تبلى ثيابه، ولا يفنى شبابه، في الجنة ما لا عين رأت

، ولا أذن سمعت، ولا خطر على قلب بشر

Ertinya: Sesungguhnya sesiapa yang memasuki Syurga Allah akan dikurniakan nikmat yang tidak akan jemu, tidak binasa pakaiannya, tidak hilang kepemudaan/pemudiannya, apa yang di dalam Syurga, sesuatu yang mata tidak mampu tergambarnya, dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. (Riwayat Ahmad)


Para ulama menghuraikan, perihal Nabi Adam yang pernah mendiami Syurga tidak sama sekali bertembung dengan hadis ini kerana syurga itu sentiasa berubah-ubah nikmatnya dan tidak akan sama sekali membosankan. Luasnya tidak tercapai oleh bayangan aqal manusia. Menurut hadis, individu yang menerima syurga paling terbawah pun besarnya adalah beberapa kali ganda dunia hari ini, apatah lagi yang lainnya. Justeru itu, apa yang dilihat oleh nabi Adam, dengan mudah sekali bagi Allah mengubahkan kepada apa yang dikehendakiNya.

Akhirnya sekali, ingatlah pesan dan teguran Imam Hasan Al-basri:

ما رأيت يقينًا لا شك فيه أشبه من شك لا يقين فيه من الموت


Ertinya : Tidaklah aku melihat satu perkara yang amat pasti (yakin) serta tiada keraguan padanya akan datang tetapi diperlakukan seperti suatu perkara yang tidak pasti hadirnya, (seolah tidak yakin kewujudannya) lebih dari perihal kematian.

Sama-samalah kita berdoa agar sewaktu nyawa kita ditarik kita berada di dalam keadaan yang baik di sisi manusia, amat baik di sisi Allah. Janganlah dimatikan kita sewaktu terlanjur melakukan maksiat.


Sunday, January 9, 2011

Bagaimana menenangkan hati & jiwa

Selagi kte brgelar manusia dan hamba Allah memg xakan lari dari ujian dugaan dan segala cubaan...jiwa yg kuat dan ksbaran yg tggi amat perlu apbila diri ditimpa masalah..pelbgai cara untuk menenangkan sang hati dan jiwa ini yg pnuh dgn brbgai konflik di dlm diri. Di dalam ajaran Islam semua masalah, ada jalan penyelesaiannya atau jalan keluar untuk mengatasi masalah, faham atau tidak sahaja atau mahu atau tidak kerana Islam itu agama keselamatan dunia akhirat, penyelesai semua masalah. Al Quran ada menyatakan;

FIRMAN ALLAH:

“Dan kami menurunkan daripada Al Quran itu barang yang iaitu menjadi ubat dan rahmat kepada orang mukmin dan tidak menambah akan orang yang zalim itu melainkan orang yang zalim itu melainkan rugi”.

Allah SWT mengatakan Al Quran atau Islam itu adalah ubat untuk penyakit lahir dan batin, fizikal dan rohani, dunia dan akhirat dan juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat. Juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat bagi orang mukmin. Allah SWT menyebut orang mukmin kerana orang mukmin sahaja yang mahu tunduk dan patuh kepada Al Quran atau ajaran Islam. Kalau orang kafir atau orang Islam sahaja, tidak akan mahu menerima atau payah mahu menerimanya. Allah SWT ada menyebut dalam Al Quran bahawa orang mukmin sahaja mudah diingatkan dan mudah menerima ajaran Islam atau ajaran Allah.


FIRMAN ALLAH:

“Tidak ada ucapan orang mukmin itu apabila di ajak kepada Allah dan Rasulnya agar menghukum dikalangan mereka itu melainkan mereka berkata-kata kami dengar dan kami patuh.”

Ertinya berkira dengan orang mukmin mudah, berkira dengan orang Islam lebih-lebih lagi yang bukan Islam sangat susah. Apatah lagi hendak diajak merujuk kepada Allah SWT dan Rasulnya, lebih liat lagi. Justeru itu bagi orang mukmin untuk menenangkan jiwanya Allah SWT memberitahu di dalam satu ayat berbunyi:

“Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.”

Di sini tahulah kita ubat hati tidak tenang ialah banyak mengingati Allah SWT. Apabila banyak meningati Allah SWT, jika tidak tenang atau terasa kosong. Al Quran ada menyebut dalam sepotong ayat berbunyi;
“Barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Aku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.”

Maksudnya, orang menolak atau melupai Tuhan serta tidak faham apa yang Allah suruh dan larang serta tidak faham apa yang Allah lakukan pada dirinya maka jiwanya sentiasa sempit, tidak tenang, gelisah, resah, susah sekalipun ia kaya, berkuasa, ada nama, ada glamour.Waallahua'alam..