Friday, May 24, 2013

Kawal BERAT Badan Anak-Anak


Assalamualaikum & salam 1 Malaysia semua.. Apa khabar?? Harap2 sihat la yer.. Sebelum ni saya asyik share tentang kesihatan majoriti untuk dewasa kan... TAPi kali ni sya baca majalah iSIHAT APRIL 2013 tentang fakta DIET untuk "bantu anak2 mengawal diet" . So, nak jgk share untuk jaga ksihatan anak2 or kanak2. Terutamanya kanak2 sekarang cepat sgt obesiti kan? 
JOM sya nak share tips untuk kawal berat badan anak2 or kanak2.. Yang dah ada anak 2 ok la... Follow this tips yer... hehehe.. 


Makanan ringan
1) Kurang Ambil Makanan Ringan 
- Kajian mengatakan kanak2 yang lebih berat badan akan makan 34% lebih kalori makanan ringan. So, tugas kita sebagai ibu bapa perlu halang mereka ambil makanan ringan yang lebih lemak & gula.

2) Benarkan Mereka Bermain
- Main permainan yang keluar peluh. Kalau bawak mereka jalan2 kat taman pon dah tentu mereka berkejaran bermain. Mesti keluar peluh kan. Ibu bapa yang selalu bagi mainan video kat anak2  tu, elakkan lah. Permainan mcm tu hanya duduk ja, xda pon keluarkan peluh. Bagi mereka aktif di kawasan luar rumah.



Contoh Susu Rendah Lemak
  
JANGAN Berlapar Sebelum Tidur
- TAHUKAH ANDA?? meninggalkan makan malam bukan cara yang betol untuk berDIET, tapi akan bantutkan usaha kawan2 nak kurangkan berat badan saja. Jangan la kawan2 bimbang, usaha nak turunkan berat badan xkan terjejas kalau makan malam. TAPI kena juga buat pilihan yang bijak. Apa pilihan bijak tu?? Haa, elakkan ambil karbohidrat pada lewat malam ya, TAPI ambil makanan dari sumber protein. Susu Rendah Lemak adalah TERBAIK diambil sebelum tidur. 



Buah Delima
Buah Delima Bakar Kalori
- DELIMA bantu bakat lemak , juga bantu kurang radang dalam tubuh kita. Selain itu juga kawan2, delima ini juga bantu kurangkn penyakit lain seperti risiko jantung & kanser. Kajian pon ada kata yang delima nie kalau selalu makan delima, dapat cegah obesiti & diabetes. Yala, kalau kita pikir balik, buah delima ni kan manis original, ok laa untuk badan. xpayah tmbah gula lgi. Gula banyak2 bahaya pada kesihatan.




 Cuba2 la yer. Kita Hanya Merancang. Allah akan Tentukan,.. :)



Sunday, May 19, 2013

Ouuchhh ULSER MULUT


Jumpa lagi saya di laman blog Lets Care Our Body. Apa kamu semua dapat lepas baca semua info2 dalm blog saya nie?? Dah try apa yang saya kongsikan?? Banyakkan info2 yang kwan2 dapat?? Bagus2.
Kali ni saya nak kongsi lagi pasal kesihatan. Tapi yang ni mugkin penyakit mudah sangat kita dapat.. Ce teka ap?? Yang warna putih dalam mulut tu. Apa ye??
ULSER MULUT... Penah dengar & pernah alaminya?? Sakit x?? Pedih kan? Memandangkan saya selalu sangat kena Ulser Mulut.  Jom jelajah blog saya, nak kongsi tentang ulser. 


 
Apa Ulser Mulut??
- Sejenis ulser yang jadi dalam rongga mulut, warna putih.

Punca berlaku Ulser Mulut??
- Ia selalu disebabkan cuaca & suhu badan yang panas. Dan juga tergigit ketika makan pon boleh jadi Ulser Mulut. Luka sikit pon cepat ja bakteria & kuman datang berkampung, cepatlah jadi Ulser Mulut.


Garam

Macam Mana Rawat Ulser Mulut??
- Tempekkan asam jawa kat tempat ulser. Pedih sikit lah, tapi boleh kecutkan ulser dengan cepat. Boleh juga pakai asam keping @ asam gelugor. Ni petua orang dulu2 bagi. Mak saya suruh cuba.
heheeh.
- Letak garam halus sikit kat tempat ulser.  Saya dah pernah try. Pedih yaaa amaaatt… hahahaha. Tapi mak saya cakap cepat sembuh, memang pon btoi, tpi kena bertahan la masa letak garam tu. 

Selain tu boleh amalkan;
  • Kemam ais dalam mulut, terutamanya ditempat ulser tu.
  • Banyakkan makan betik yang disejukkan terlebih dahulu.
  • Banyakkan minum air kosong.
  • Minum air barli suam.
  • Minum air gula batu.

 
Ubat Ulser Mulut
Kalau ulser tu degil juga lagi, pergi ja lah klinik…biasa doktor akan suggest oral aid atau bonjela. Lepas pedih kali pertama try letak garam, xbuat dah. Terus g jumpa doktor. Memang doktor bagi ubat bonjela macam krim letak kat tempat ulser.

Ok selamat mencuba!!


Saturday, May 18, 2013

Sakitnya MIGRAIN


Migrain?? Sakit kepala?? sama x yer antara migrain dengan sakit kepala?? conpius2.. Saya pernah alami sakit kepala, tapi biasa saja. Kalau migraine rasanya lebih sakit dikepala. Btul x?? Jom saya kongsikan info2 tentang migrain.

Tak dinafikan la migrain ataupun sakit kepala ni selalu berlaku dikalangan pelajar jugak selain individu bekerja. Ye x kawan-kawan?? Kenapa yer pelajar selalu sakit kepala?? Mari saya bawakan kawan-kawan sedikit sebanyak maklumat migrain ni yer...

Apa iu MIGRAIN?? Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehinggakan seseorang itu xdapat nak melakukan kerja sepanjang hari. Namun, menurut kajian pakar, migraine tidak mendatangkan kesan jangka panjang yang serius. Sakitnya kepala sampaikan xdapat nak lakukan kerja harian. 



Penyebab Migrain??
- Menurut kajian, migrain boleh disebabkan beberapa faktor. Pada asasnya jika berlaku migrain, saluran darah akan berkembang & menguncup. Itu la yang sebabkan kita berasa sakit kerana berdenyut-denyut.
- Sesetengah ada yang beranggapan migrain juga berpunca dari perlakuan kita seharian seperti sebagai pelajar yang memikirkan assignment banyak dan suka bertangguh buat last minute.
- ada kalanya migrain ini disebabkan dari keturunan, jika ibu pernah alami migrain, akan diikuti oleh anaknya.



Tanda-tanda Migrain??
- Rasa sakit kepala yang berdenyut-denyut ( throbbing headache ) pada sebelah kepala dan rasa loya.
- Sakit kepala kedua belah.
- Penglihatan individu itu akan menjadi kabur sementara bila mana melihat cahaya,jadi silau mata.
- Kadang kala seseorang itu boleh rasa aura melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran cahaya didepan mata.
- Tangan, bahu & muka akan jadi kebas akan berlaku dalam 30 min sebelum sakit kepala.



Cara Merawat??
- Migraine biasanya dirawat dgn ubat tahan sakit. Ianya boleh didapati di farmasi. Namun jika ianya tidak berkesan, haruslah berjumpa dgn doktor untuk rawatan lanjut. Migraine juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan cheese, coklat dan MSG.. Tidur juga akan kurangkan sakit kepala.







DOA UNTUK KAWAN-KAWAN. KITA HANYA MERANCANG.. :)

                                            




Oh My GASTRIK


Saya syukur pada Illahi tak ada gastrik. Kawan-kawan pernah alami tak gastrik? Syukur la yang tak ada gastrik, tapi yang ada gastrik tu jangan putus asa nak mengubatinya. Belum terlambat lagi. Jangan merasa tertekan sangat. Saya tau kawan-kawan saya boleh dan banyak bersabar kan?? Alhamdulillah... 

Terlupa pula saya kali ini nak bercerita dan berkongsi dengan semua tentang gastrik. Memandangkan kawan saya ada yang gastrik, Ayuh saya kongsikan untuk semua apa yang saya selalu baca di majalah-majalah dan suratkhabar kesihatan. Jangan ambil mudah yer gastrik ni.


 
Sakit diperut
Apa itu gastrik?? Bahagian mana ia berlaku?? Ada yang xberapa kenal dengan penyakit gastrik??
Tak mengapa. Saya akan kongsikan dan menjawab persoalan kawan-kawan.

Melewatkan waktu makan sama ada disengajakan atau tidak, adalah salah satu sebab berlakunya gangguan perut. Perut akan terasa memulas dan kembung yang mana umum mengenali keadaan ini sebagai gastrik. 


- Kebiasaannya penyakit gastrik sering berlaku dikalangan pelajar atau individu yang kerap kali melalaikan pengambilan makanan pada waktu yang ditetapkan terutamanya sarapan. Jika pelajar, mereka sering mengabaikan bersarapan kerana bagi mereka bersarapan adalah perkara yang kecil. Sebagai pelajar, alasan mereka tidak bersarapan adalah kerana kesuntukan masa ke kelas. Betul x?? Pernah fikir macam ni??
                                                                                                                       

Hilang Selera Makan
- Pesakit gastrik ringan atau dispepsia biasanya mengalami gejala seperti sakit perut selalunya pada bahagian atas perut atau abdomen, perut menjadi kembung, mual dan muntah, mudah kenyang serta sendawa berlebihan. Disamping itu juga, tanda-tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut seperti kemungkinan diri hilang selera makan dan menyebabkan berat badan menurun pada peringkat teruk. Pernah alami macam ni?? Cepat-cepat lah jumpa doktor. JANGAN bertangguh !!

Bahaya !!
- Secara umumnya, faktor jangkitan gastrik adalah disebabkan oleh bakteria, virus, kulat dan protozoa. Gastrik bukan jangkitan pula berlaku akibat wujudnya elemen asing yang masuk ke dalam tubuh melalui makanan atau minuman lalu menyebabkan radang perut. Tanpa pemeriksaan dan rawatan yang betul, gastrik boleh melarat menjadi kanser perut dan akhirnya mengakibatkan kematian. Muntah darah adalah 1 kesan gastrik peringkat teruk.



Cegah gastrik dengan : 

- Kerap bersenam & hindari stres
- Banyakkan minum air kosong
- TIDAK merokok, tidak minum alkohol
- Makan makanan yang brkhasiat & berserat
- Elakkan minum kopi dan teh yang terlalu pekat
- KURANGAKAN makanan yang terlalu pedas, masam & coklat
- JANGAN ketinggalan makan 4-5 kali sehari dalam hidangan  kecil namun cukup kandungan kalorinya untuk sehari