Assalamualaikum dan salam santai,

Alhamdulillah, malam semalam penulis baru sampai rumah balik dari Kem Malanggang, Kiulu, Tuaran sempena Kursus Peningkatan Kemahiran Untuk Aktiviti Pendidikan Luar Jurulatih Pusat Kokurikulum Peringkat Negeri Sabah Tahun 2011....punya la penat dan sakit seluruh badan, tapi penulis tetap enjoy dan santai menikmati/melalui hari-hari tersebut.

Banyak sangat pengalaman baru dan kenangan terindah semasa di kem tersebut, biasala...bila datang jer surat dari pusat ko (Pusat Kokurikulum Negeri Sabah) hati punulis sentiasa berbunga-bunga gembira...hahaha....sebab pastinya penulis akan melalui pengalaman baru lagi....

Kursus kali ni juga agak berbeza dengan kursus biasa yang penulis lalui kerana ia bukan sahaja memberi pengalaman melalui aktiviti yang dirancang, tetapi ia juga mengajar "cara mengajar" dan SOP (Standart Operation Prosedure) yang betul dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Maklumlah bilah menjalakan aktiviti pendidikan luar ni banyak yang melibatkan aktiviti berisiko dan merbahaya yang memang amat perlu berhati-hati untuk mengelakkan kemalangan..... Walaupun memang kita semua tahu kemalangan memang tak dapat dielak tetapi jika dilakukan dengan SOP dan cara yang betul kemalangan dapat dicegah dan sekiranya berlaku juga insyaAllah kecederaan minima atau seseorang jurulatih itu dapat dilindungi kerana mengikut kaedah pengajaran dan SOP yang betul....gitulah kiranya lebih kurang.....

Aktiviti

Dari segi aktiviti pulak memang aktiviti yang biasa dijalankan, cuma biasanya sebagai jurulatih kita mengajar dan meyuruh pelajar melakukan aktiviti tetapi kali ni selepas selesai SOP maka giliran jurulatih la pulak menjadi pelajarnya...hahaha...baru tau....!!! tapi jurulatih-jurulatih pusat ko bukan alang-alang orangnya...otai-otai belaka-laka.....!!!

Tak sempat nak ambil banyak gambar terutama aktiviti air...huiii...kalau bawak kamera masa aktiviti air alamat jahannam la kamera penulis terkena air....tapi memang pengalaman yang menyeronokkan.....jap...nanti penulis upload mana-mana aktiviti yang sempat di gambar....


Haha...ni gambar sewaktu kumpulan kami buat aktiviti orienteering / pandu arah.
Sepatutnya buat pandu arah kena lukis peta dsb,
dalam masa tu jugak belajar la
guna kompas jugak....
aktiviti 2 dalam 1

Pemandangan yang sangat indah dan tenang...
orang kampung baru tanam padi....

Ni plak masa aktiviti Iktiar Hidup...biasalah macam-macam idea timbul
bila kena suruh masak dengan barang yang terhad...
bantai jer la...semua 9 resipi termasuk 4 resipi
guna telur seperti diminta....nak tau...?
kena kursus sini la...
hahaha

Santai menikmati resipi restoran rimba....
Dari kiri : Penulis santai, Tuan Nash, Puan Rahmi, Tuan Amsani, Tuan Jeff,
Tuan Syam dan Puan Asrina

Ni plak masa buat taklimat SOP aktiviti aras tinggi...kerubung terbang / flying fox

Ha....yang ini lagi special...ada pulak orang yang sudi menjadi tukang gambar kepada penulis. Terima kasih Pn Asrina, ni dah kali kedua dia mabil gambar untuk penulis....syiok gak bila ada gambar...buleh buat kenangan....saksikan la....kerubung berat terbang....hahaha...


Special Edition

Majlis Penutupan

Ni gambar ambil sendiri semasa penutupan....

Penulis bersama rakan-rakan jurulatih

Kenangan sebelum berpisah

Gambar oleh Puan Erna Slyvester

Memang satu kenangan indah apabila dapat bersama dengan teman-teman jurulatih. Banyak pengalaman yang dikutip dibawa pulang untuk dicurahkan pulak kepada anak-anak didik penulis tersayang. Semoga ukhuwah yang terjalin kekal selamanya...

Salam santai dari Malanggang....!!!




Hit: 14 Laman Asal