Assalamualaikum wbt
Petang Sabtu 2 minggu yang lepas, kami sekeluarga bersama Yang bertandang ke rumah kawan lama Farizal, Roy di Alam Budiman, Shah Alam. Roy dan isteri menjemput kami datang meraikan majlis hari jadi putera tunggalnya, Zhafran yang genap berusia 4 tahun. Happy Birthday Zhafran!
Birthday Zhafran tau bkn Bryson ^__^
Sampai agak lewat sebab 4.30 petang baru bertolak dari rumah. Tengahari busy dengan tugas-tugas khas sempena projek mega. Tiba di rumah Roy setengah jam kemudian. Senang sangat nak cari rumah Roy ni. Maklumlah... invitation lengkap peta lokasi, siapa tak jumpa rumah memang ba wau ta alif. Sampai je hujung lorong dah nampak kanopi putih tersergam indah. Confirm rumah Roy! Farizal masih tak pasti, sibuk2 nak call Roy tanya rumah. Hello... itu je satu2nya rumah yang ada kanopi kat Alam Budiman ni, kita berada pada lorong yang betul ok! Dari jauh nampak Roy segak berbaju Melayu melambai2 tangan menggamit kami datang ke rumah. Hehe...
Walaupun kami tiba lewat namun makanan masih banyak, kek je yang dah abis. Menu utama adalah nasi beriani eh betul ke? Entahlah tapi rasanya memang sedap lagi pedas. Kuih-muih pun masih ada, sedap bangat! Usai makan lepak2 dengan Izz dan Hasanah dalam rumah Roy yang cantik  menawan qalbu. Tak ambil gambar pun sebab tak bawak kamera. Nak snap dengan handphone malu sebab handphone cokia. Lepak2 dalam setengah jam dalam rumah, lepak bawah khemah pulak. Orang paling gembira tentulah Farizal sebab dapat jumpa kawan lama.
Jam hampir 6.30 petang. Kami mula beransur. Plan seterusnya ke rumah Kak Ngah di Rawang. Sebelum tu, jom tengok gambar rumah Roy di Alam Budiman (psstt... ini bukan rumah Roy tapi aku cilok gambar ni dari internet, taip je perkataan Alam Budiman berlambak2 gambar yang keluar. Tapi aku pilih 2 keping je untuk tatapan korang.


Cantik kan? Aku suka binaan batu-batan merah tu, nampak macam rumah dekat luar negara walaupun suhu 38 darjah celcius :) Yang paling aku suka rumah ni sebab............... My BFF, Ina pun beli rumah dekat sini jugak. Yeay... aku suka rumah Ina dekat rumah Roy. Jadi peluang aku untuk bertandang ke rumah Ina selepas ini adalah SANGAT CERAH sebab bila pergi rumah Ina, boleh pergi rumah Roy. Pergi rumah Roy boleh pergi rumah Ina, yeay!!! Btw kalau korang nak tahu, rumah Ina dan rumah Roy adalah selang selorong *pitam* (gile dekat rumah dorang wei....)
Ina belum pindah lagi ke rumah baru, masih menghabiskan sisa-sisa hidup di bumi Pasir Gudang (hehe), mengumpul duit banyak2 untuk renovate rumah baru katanya. Aduiiiiii... tak sabar tunggu Ina pindah ke sini agar persahabatan kami yang rapat sebelum ini bertambah2 rapat dan mudah2an suami dan anak2 kami juga bakal bersahabat baik seperti kami ^_____^ *kawan since 1988 taw!
Tiba2 rindu kat Ina T..T (padahal baru bercakap dalam phone tadi) Ok memang gedik! :p 
Sampai rumah Kak Ngah betul2 waktu Maghrib. Lepak2 macam biasa menonton dvd beramai2. Pilihan dvd malam itu adalah Karak dan Scream (filem seram Thailand). 

 Pandai gak budak2 ni berlakon

Scream yang memang buat aku scream dalam mood menyampah
Filem Karak bolehlah.. filem Scream rasa nak pecah2kan je dvd tu, tak seram langsung! Filem low budget la katakan... Pertama kali kami tidak bermalam di rumah Kak Ngah sebab 4 beranak sehelai sepinggang! Pukul 11 malam mula bergerak pulang ke rumah Jalan Kebun. Yang tinggal di rumah Kak Ngah. Sepanjang perjalanan Izz dok sebut "hantu.. hantu.." pengaruh 2 filem seram tadi. Isk! Sabor jelah. Apapun sedar2 je dah sampai depan pagar rumah. Hehehe...
Pagi Ahad bangun tidur dapat berita tragis! (will update next entry)

Hit: 10 Laman Asal