Random photo nieyl ni ikut suka aje hari apa..so, minggu ni random photo nieyl hari jumaat seperti biasalah semuanya gambar makanan cuma ceritanya sahaja berbeza. Jom tengok gambar makanan apa yang nieyl nak share pagi ni. 

Hari Jumaat rehatnya lama , nieyl memang jarang sangat keluar melainkan ada benda nak beli ataupun ada urusan baru nieyl akan keluar lunch time. Kalau tak, nieyl akan beli makanan dan tengok movie..hehehe..

Sejak mak nieyl buat kuih hantar dekat kedai abg nieyl, setiap pagi mak akan bekalkan kuih untuk nieyl bawa pergi pejabat untuk breakfast..Tq mak♥

Last week balik kerja singgah rumah biras, nak balik tu dia bekalkan wadeh untuk nieyl makan masa dalam perjalanan balik ke rumah..(jarak rumah nieyl dengan biras hanya 5 minit je pun).

Perkara yang nieyl paling tak suka bila sakit tekak, korang pun mesti sama kan bila sakit tekak ni nak telan air liur pun rasa perit. Bila nieyl dah rasa sakit tekak, nieyl akan cari aiskrim vanila secepat yang mungkin,gambar ni masa hari isnin nak pergi pejabat singgah 7E beli 3 batang aiskrim . Alhamdulillah,esok hari ni tekak dah sembuh sepenuhnya... 

Sesekali tu nak buah selera breakfast, nieyl bangun pagi awal sikit untuk masak macaroni goreng sosej. Ini yang paling mudah dan sedap, nieyl suka buat pedas-pedas letak teluar hancur..kalau ada oregano pun sedap tapi nieyl punya stok dah habis,tak beli lagi..
Jumpa next entry ♥
Hit: 9 Laman Asal