Just The Way I'm

Just The Way I'm

Wednesday 28 December 2011

Sejauh mana lelaki setia terhadap komitmen terhadap hubungan jarak jauh ??





ATAS nama cinta, semua cabaran sanggup diharungi semata-mata mahu membuktikan kesetiaan kepada pasangan. Hingga satu tahap, andai takdir menentukan, faktor jarak bukan lagi halangan untuk teruna dan dara menyemai kasih.
Biarpun dipisahkan beribu kilometer, perasaan kasih yang mendalam seolah-olah menutupi kekurangan dan permasalahan yang timbul dalam perhubungan jarak jauh. Sabar dan sanggup berkorban mungkin sesuai menjadi kata kunci bagi pasangan yang bercinta jarak jauh.

Namun, biar situasi apa sekalipun, soal kesetiaan sentiasa menjadi perkiraan dan percaturan penting bagi pasangan bercinta jarak jauh. Tidak kira lelaki mahupun wanita, kesetiaan dalam menjalinkan perhubungan jarak jauh boleh bertukar menjadi duri dalam daging jika dinodai hingga mengikis kepercayaan dan kesetiaan yang disimpan selama ini.

Lama tidak bersua muka, mendengar suara dan sekadar melepas rindu di alam siber - apakah ini mampu dihadapi pasangan bercinta? Apakah hati mampu bertahan andai saban hari hati gundah gulana dan diburu pelbagai kemusykilan dan kegusaran mengenai si dia?

Semua faktor ini sedikit sebanyak pasti menimbulkan ketegangan dan pergeseran dalam hubungan jarak jauh. Apatah lagi, andai si dia jarang menghubungi jauh sekali mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti lazimnya. Akhirnya, hati mula dilanda cuak dan pelbagai persoalan mula menerjah minda.

Sehubungan itu, tidak mustahil soal kesetiaan menjadi persoalan hingga hati mula dikuasai fikiran negatif mengenai si dia yang berubah sikap.

Dalam memperkatakan isu hubungan jarak jauh, bagaimana jejaka menghadapinya? Apakah lelaki boleh menjadi pencinta yang setia dan komited dalam menjalin hubungan bersama si dia walaupun tidak bertentang mata?

Apakah lelaki cenderung tewas dalam permainan jiwa hingga diam-diam curang terhadap pasangan biarpun pada mulanya sekadar berseronok mengisi kesunyian?

Mengulas mengenai hubungan jarak jauh dan perilaku lelaki, Pengarah Institut Sosial Malaysia, Prof. Madya Dr Fadzil Che Din, berkata secara psikologi lelaki mampu mengharungi perhubungan jarak jauh dengan baik berdasarkan kesan pemikiran mereka.

Dr Fadzil berkata, umumnya seseorang lelaki dapat menguasai teknik dinamakan sebagai helah bela diri di mana ia mampu mengharungi ego lelaki dalam berdepan dengan risiko serta keadaan yang mengganggu pemikiran mereka sama ada sedih, rindu dan sunyi.

“Sebab itu, jika kita lihat, lelaki cuba mengalih perhatian mereka daripada terganggu perasaannya dengan mengisi pelbagai aktiviti seperti memancing, bermain bola sepak dan sebagainya.

“Lelaki mampu mengharungi dengan baik kerana pengaruh oleh otak kiri yang memandu pemikiran untuk menjadi lebih rasional,” katanya kepada XY - Ikon Lelaki.

Berbanding wanita, kata Dr Fadzil, golongan itu lebih cenderung mengekspresi diri dengan membiarkan rasa sedih, rindu dan sebagainya kesan daripada pengaruh kedua-dua belah otak. Ia secara tidak langsung menjadikan mereka lebih sensitif, beremosi dan romantik.

Mengenai kemungkinan lelaki berlaku curang, beliau berkata, secara dasarnya lelaki berdepan dengan tiga fasa dalam kehidupannya bermula daripada proses awal akil baligh sekitar usia 14 dan 15 tahun sebelum beralih kepada fasa matang seawal usia 24 tahun.

Apabila mencapai usia 40-an, lelaki akan memasuki gelombang penurunan.

“Begitu juga dengan wanita, mereka turut melalui fasa dalam putaran kehidupannya di mana bermula daripada fasa datang bulan hinggalah kepada usia ranum sekitar 21 tahun.

“Berbalik pada kemungkinan lelaki berlaku curang, ia bergantung kepada cara lelaki mengurus dirinya dalam berdepan dengan pelbagai cabaran yang berkemungkinan untuk berlaku curang.

“Apabila mencecah fasa ketiga dalam kitaran hidupan itulah menentukan sejauh mana lelaki mampu berdepan dengan risiko kecurangan,” katanya yang beranggapan tiada sebab untuk menggagalkan hubungan jarak jauh berikutan adanya kemudahan teknologi maklumat (IT) yang semakin maju.

Mengumpamakan pepatah ‘jauh di mata, dekat di hati’, Dr Fadzil berkata, komunikasi yang tiada batasan secara logiknya mendekatkan hubungan walaupun tiada bentuk hubungan fizikal yang dapat terjalin. Penting untuk menanamkan kepercayaan dalam hati untuk memastikan hubungan jarak jauh berkesan untuk satu tempoh masa yang panjang.

Dr Fadzil berkata, adalah berbaloi untuk meneruskan hubungan jarak jauh asalkan masing-masing sanggup bekerja keras dan tidak sesekali cuba membangkitkan perkara yang boleh mencetuskan provokasi hingga akhirnya boleh menggugat kepercayaan dan kebahagiaan.

“Dengan hubungan sebegini, kita sepatutnya rasa gembira kerana ia sebenarnya menguji sejauh mana kita mampu mengharungi cabaran hidup berjauhan. Malah, apabila sudah berdepan cabaran sejauh ini, tiada masalah untuk kita berdepan cabaran lebih besar.

“Cuma pastikan, sentiasa memelihara hubungan dan tidak membangkitkan beberapa persoalan hingga boleh mencetuskan pertelingkahan. Apabila bertelingkah, bimbang pula ia boleh membawa kepada konflik lebih besar sehingga boleh berpisah,” katanya. 
 



Hakikat Sebenar Wanita Yang Cantik

Wanita diciptakan oleh Allah dengan rupas paras yang cantik. Seeloknya kita tidak menggunakan rupa paras dan tubuh badan untuk tujuan yang tidak baik. Lihat di bawah tentang Hakikat Sebenar Wanita.
Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,
Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,
Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling ‘cute’,
Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat,
Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN WANITA ialah:
Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,
Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,
Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,
Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,
Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,
Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi ‘kumbang’,
Kecantikan wanita tidak bererti andai tiada iman, taqwa dan ilmu padanya. Tariklah perhatian Allah, bukan menarik perhatian lelaki yang tidak halal bagi kamu.. ♥ ♥
********************************************
Wahai GADIS, apabila KAMU BERKAWAN dengan INSAN bergelar LELAKI, Ingatlah! Ada dua pilihanyang terbentang, iaitu:
Pertama ~> Kamu menjadi seperti kelapa. Mudah diperoleh, diparut, diperah, diambil santannya. Selepas itu? Hampasnya di buang.
Kedua ~> Kamu menjadi seperti mutiara. Berada di dasar lautan. Tersimpan rapi. Dilindungi kulit. Bukan senang dilihat, apatah lagi mendapatkannya. Hanya orang terpilih yang bertuah dapat memilikinya.

Tuesday 27 December 2011

SEBAIK-BAIK JIN ADALAH SEJAHAT-JAHAT MANUSIA (PENIPUAN FAKTA)

Oleh : Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al Hafiz {1}

Seringkali dicanang dan dimomokkan di dalam cerita seram yang ditayangkan di television bahawa sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. {2} Kenyataan ini meragukan kerana tidak pernah dinyatakan asas sandarannya daripada Al-Quran dan hadis. Bagaimanapun, ia seolah-olah sudah menjadi fakta yang diterima ramai sehingga penerbit filem seram berani menggunakan kenyataan di atas sebagai dialog yang digunakan di dalam filem mereka.

Asas pertama yang perlu dipegang apabila membicarakan perihal jin dan malaikat ialah keimanan kepada perkara ghaib. Oleh kerana alam jin adalah alam ghaib yang terhalang daripada alam nyata. Manusia tidak boleh berbicara tentang jin kecuali mengikut neraca Al-Quran dan Al-Sunnah.

Firman Allah SWT :
يَا بَنِي آدَمَ لا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ

Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. (Al-Araf :27) 

Hanya kedua-dua sumber itu mampu menelah dan menembusi alam jin. Sesiapa sahaja yang ingin mengutarakan buah fikiran mengenai alam jin perlu terlebih dahulu merujuk Al-Quran dan Al-Sunnah supaya umat Islam tidak berpegang kepada asas yang rapuh, tidak berasas atau disuap dengan fakta karut dan khurafat yang tidak banyak membina iman dan minda.

Kenyataan yang terlalu umum sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia ini secara tidak langsung akan menzalimi sebahagian jin Islam yang dipuji Allah SWT dan disebut kisah mereka di dalam Al-Quran. Mereka ialah generasi awal jin Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada makhluk jin kerana jin dan manusia mempunyai tanggungjawab agama dan akan dihisab di akhirat kelak (Al-Rahman [55:31-36]).

Generasi awal jin Islam yang disebut kisah mereka dalam Al-Quran ini selayaknya digelar sahabat nabi kerana memenuhi ciri serta takrifan para ulama hadis iaitu sesiapa sahaja yang bertemu dan beriman dengan Nabi Muhammad SAW.

Sekiranya kenyataan sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia ini terus dipegang, kita secara tidak langsung akan menghukum para sahabat Nabi Muhammad SAW jauh lebih jahat daripada manusia, sedangkan para ulama sepakat mengatakan para sahabat adalah adil dan baik.

Generasi awal jin ini juga diiktiraf sebagai rasul atau utusan pendakwah dalam kalangan mereka.

Firman Allah SWT :

يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالإنْسِ أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِي وَيُنْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا شَهِدْنَا عَلَى أَنْفُسِنَا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَشَهِدُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَنَّهُمْ كَانُوا كَافِرِينَ

"Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu rasul-rasul daripada kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini?"(Al-An'am : 130)

Hakikatnya, para rasul hanya diutus dalam kalangan manusia. Namun begitu, rasul dari kalangan jin dalam ayat ini adalah wakil kepada rasul atau pendakwah dari kalangan jin yang mendengar bacaan Al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad SAW(Tafsir al-Razi). Kisah mereka ini boleh didapati di dalam Al-Quran.

Sebuah hadis turut merekodkan baginda Rasulullah SAW pernah memuji para sahabatnya dari golongan jin yang begitu sensitif terhadap Al-Quran. Baginda pernah membacakan surah Al-Rahman dari awal sehingga akhir kepada para sahabat. Selain itu, para ulama hadis seperti Imam Ibn Hajar Al-Asqalani tidak ketinggalan menyenaraikan nama golongan awal jin bersama nama para sahabat nabi yang lain. Antara nama yang disebut adalah Zawba'ah, Al-Adras, Hasir, Khasir dan sebagainya (Al-Isabah fi Ma'rifat aAl-Sahabah).

Mungkin ada segelintir pihak cuba mempertahankan kenyataan meragukan tersebut dengan mengatakan bukti harian jelas menunjukkan jin banyak melakukan kerosakan dan kebiadapan terhadap manusia. Banyak sekali hasutan dan rasukan berlaku yang memporak perandakan hidup manusia. Sebenarnya kejahatan serta kebiadapan itu tidak hanya berpunca daripada jin, bahkan ia juga berpunca daripada kejahatan manusia.

Firman Allah SWT :
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (٤١)قُلْ سِيرُوا فِي الأرْضِ (٤٢)فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلُ كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُشْرِكِينَ

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah SWT hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi ini, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan). Kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik." (Al-Rum : 41-42)

Oleh itu, pihak yang selalu menggunakan kenyataan tersebut perlu terlebih dahulu merujuk kepada sumber Islam bagi mengelakkan kejadian sebegini terus berlaku.

_______________________________________
1.Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz ialah Pensyarah Jabatan Tilawah Al-Quran, Pusat Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 
2.Filem lakonan Fara Fauzana dan Mawi bertajuk Jin Notti terbukti menggunakan dialog "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia" menerusi watak yang dibawakan oleh Fara Fauzana. Secara tidak langsung, kenyataan itu semakin kuat dipegang oleh kebanyakan penonton kini.

THE KEY TO KINGDOM OF HEAVEN - DUA RAHSIA SULIT TERBESAR KRISTIAN






The Keys To Kingdom Of Heaven

Dua Rahsia Sulit Terbesar Dua Kunci Rahsia

Lambang di atas adalah tanda kebesaran dan lencana bagi Pope Vatican sebagai Ketua Kristian Katolik dan pemerintah negara Vatican. Ia terdiri daripada tiga mahkota kecil yang disebut 'Triple Tiara', salib emas di atasnya dan 'Crossed Key' iaitu lambang dua kunci bersilang Satu berwarna emas dan satu berwarna perak. Ini adalah lambang kemegahan rasmi bagi siapa yang menduduki kerusi Pope Vatican. Bagi penganut Kristian yang tidak mengkaji, tiada yang istimewa dari lencana Pope ini. Tapi bagi para pengikut Illuminati peringkat tertinggi, lambang ini mengandungi rahsia yang amat berbahaya dan perlu dijaga. Rahsia yang telah terpendam beribu tahun. Rahsia yang hanya dapat dibaca dalam manuskrip-manuskrip asli dan kuno berasal dari catatan-catatan para pengikut awal Hawariyyun (The Twelve Apostles) yang berkelana keluar dari Galilee, Antokiah (Antioch) dan kawasan-kawasan sekitar Palestin ke arah Eropah dan Afrika. Manuskrip-manuskrip ini ada yang dibakar dan rahsia yang terkandung di dalamnya disembunyikan oleh para Paderi beribu-ribu tahun, namun demikian ada di antara mereka yang dibukakan hatinya oleh Allah untuk menyebarkan rahsia ini dari mulut ke mulut, menulisnya dalam tulisan-tulisan, melakarkannya dalam lukisan-lukisan, mengukirnya pada ukiran-lukisan, mereka menyembunyikannya dalam kod-kod rahsia, petunjuk-petunjuk dan kata kunci yang dibuat khusus untuk mereka yang dapat memahaminya.



Dua orang budak kecil melambangkan kunci dan menjunjung tiara/ mahkota.
Ini adalah antara kod-kod rahsia yang ditinggalkan
 

Rahsia ini sememangnya tidak diketahui oleh penganut Kristian khususnya aliran Katolik yang menjadi mangsa 'pendoktrinan palsu' oleh para Elit dalam 'secret societies' yang mengawal dunia Kristian seluruhnya. Mereka sebenarnya hanya mengikut saja apa jua telunjuk kelompok rahsia ini dalam menentukan imej yang bagaimana harus dihiaskan kepada Kristian. Sehingga para Pope sendiri tidak terlepas dari kawalan kelompok rahsia ini. Sebab itu ada yang mati diracun atau digulingkan dari takhta Pope kerana berdegil tidak mematuhi perintah para Mason.Para Bishop dan Kardinal yang menjadi pemakan rasuah atau diugut adalah perkara biasa dalam politik Vatican. APAKAH YANG INGIN ANDA LAKUKAN JIKA ANDA DAPAT MENGAWAL SATU INSTITUSI YANG MEMPUNYAI PENGIKUT BERBILION MANUSIA? Ini adalah kuasa yang amat hebat,dan inilah yang terjadi kepada dunia Kristian hari ini.Amat bodohlah The AntiChrist/ Dajal jika mengabaikan institusi Katolik dalam merangka pelbagai pelan dalam menakluk dunia. KRISTIAN ADALAH MANGSANYA YANG UTAMA UNTUK MENGHADAPI PARA PENGIKUT MUHAMMAD S.A.W YANG DIGERUNINYA.

Petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang


“Every great truth begins as a blasphemy.”
|Bernard Shaw|
 

Dunia Kristian harus dikawal sebaiknya. Jika tidak, dikhuatiri mereka akan mengetahui dan terbaca ajaran-ajaran suci yang sebenar dari Jesus (Isa a.s). Jika perkara ini berlaku, mereka beramai-ramai akan mencari agama yang diredhai oleh Allah s.w.t iaitu ISLAM. Oleh itu sesiapa yang menjadi Kardinal dan Pope adalah penting bagi “AntiChrist”. Sepenting mencari siapakah Imam Mahadi. Ini adalah lanjutan dari Dua Rahsia Sulit Terbesar. Rahsia sulit yang hanya diketahui oleh Pope dan paderi-paderi yang terpilih atau rahib-rahib Katolik yang menjadi hamba peringkat tertinggi Illumination of AntiChrist & Azazel.

Ini adalah dua kunci rahsia yang memimpin kita kepada Dua Rahsia Sulit Terbesar. Dua kunci ini adalah kunci-kunci yang dipegang erat oleh Pope atas arahan Church of Lucifer agar ia tidak diketahui oleh para pengikut Kristian. Sudah tentu anda ingin mengetahui dan ingin melihat kunci-kunci rahsia ini. Apakah petunjuk - petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang. The Papal Crossed Key yang penuh rahsia. Jika anda dapat memegang kunci-kunci bersilang ini, saya akan membawa anda ke Pintu Sebelah Timur Sistine Chapel of Blessed Azazel, untuk membuka ruang khalwat Iblis Laknatullah The Watcher Lucifer. Pada ketika-ketika tertentu Sang Iblis pasti mengalirkan airmatanya mengenangkan masa-masa dia terbang bebas di dalam kerajaan Tuhan, KINGDOM OF HEAVEN dan bergurau senda dengan para Malaikat 'Angels' yang amat cantik diperbuat dari cahaya yang indah.

Untuk menjejak rahsia The Crossed Key, mari kita sama-sama telusuri apakah yang dimaksudkan dengan di sebalik Dua Kunci Bersilang ini.

The Secret Beyond The Crossed Key

Lambang ini berasal dari kata-kata yang diucapkan oleh Jesus (Isa a.s) kepada Saint Peter atau Peter of Fisherman atau nama asalnya Simon Bar Jonadah (Petros dlm bahasa Greek,Cephas dalam bahasa Aramaik Kuno, Bithrus dalam bahasa Arab juga dikenali sebagai Ben Yonah, Simon Peter, Simon atau Simeon atau dalam sebutan Arab Syam'un). Seorang Yahudi Galilee (arab, al-Jaleel) yang berasal dari Bet'shayid (Bethsaida) sebuah kota di timur sungai Jordan. Beliau bertutur dalam bahasa Aramaik Kuno (satu rumpun dgn bahasa Semitik seperti Arab dan Ibrani). Bahasa yang sama digunakan oleh Isa a.s dan kitab Injil yang asli. Saint Peter (atau Petrus) inilah yang diabadikan namanya pada ibu pejabat Pope Vatican, St. Peter Basilica yang terkenal itu. Beliau termasuk dlam 12 sahabat Nabi Isa a.s (Twelve Apostles of Jesus) atau lebih dikenali sebagai Hawariyyun di dalam AlQuran.




St. Peter Basilica

"Maka tatkala ‘Isa mengetahui keingkaran mereka berkatalah dia,’Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah? Al Hawariyyun menjawab,’Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah ; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri"
|Surah Ali Imran 3:52|

"Dan (ingtlah) ketika awhaiytu (Aku wahyukan/ilhamkan) kepada AlHawariyyun,’ Berimanlah kamu kepada-Ku dan kepada rasul-Ku’. Mereka menjawab,’Kami telah beriman dan saksikanlah (wahai rasul) bahwa sesungguhnya kami adalah orang2 yang patuh (kepada seruanmu)"
|Al-Maidah 5:111|

Sudah pasti St. Peter (St.adalah singkatan dari kata Saint yang berasal dari kata Santos iaitu orang suci dalam bahasa Latin) berada bersama-sama para sahabat Nabi Isa a.s yang lain di dalam situasi yang disebutkan dalam AlQuran itu. Selain Peter,terdapat 11 lagi sahabat Nabi Isa a.s:




The Twelve Apostles

|Peter|
|Andrew|
|James|
|John|
|Philip|
|Bartholomew|
|Matthew|
|Thomas|
|James|
|Thaddeus|
|Simon the Zealot|
|Judas Iscariot|

St. Peter juga dianggap oleh orang Kristian sebagai ketua Bishop pertama. Beliau dikatakan telah datang ke Rom untuk menyebarkan ajaran-ajaran Nasrani dan ini menimbulkan situasi tegang di antara para pemerintah Rom yang beragama pagan ketika itu. Ketika era pemburuan ke atas golongan Nasrani, St. Peter telah ditangkap oleh Nero, Maharaja Rom ketika itu dan menyalibnya secara songsang atas permintaan Peter sendiri yang merasa tidak layak disalib pada posisi yang sama dengan Nabi Isa a.s (Nabi Isa tidak disalib mengikut kepercayaan dalam Islam) di lapangan Nero (Nero's Circus) berdekatan Obelisk Vatican yang kemudiannya diletakkan di hadapan St. Peter Basilica pada hari ini.





Obelisk Of Vatican City

Crossed Key di dalam lencana Pope adalah perlambangan kepada KUNCI-KUNCI KERAJAAN TUHAN 'KINGDOM OF HEAVEN' yang disebut oleh Nabi Isa a.s kepada sahabatnya itu (Peter)

"And I will give unto thee the keys of the Kingdom of Heaven. And whatsoever thou shalt bind on earth shall be bound in Heaven, and whatsoever thou shalt loose on earth shall be loosed in Heaven."
- Matthew 16:18-19 |21st Century King James Version|

Maksud dalam Bahasa Melayu, saya terjemahkan.
"Kepadamu akan Kuberikan kunci Kerajaan Syurga. Apa yang kau ikat di dunia ini akan terikat di syurga dan apa yang kau lepaskan di dunia ini akan terlepas di syurga."

Kata kunci di sini adalah KINGDOM OF HEAVEN. Ini adalah kod rahsia yang disembunyikan di dalam The Crossed Key.

Apakah dia kunci utuk membuka Kingdom of Heaven itu? Adakah Jesus (Isa a.s) telah membukakan rahsianya kepada Peter? Apakah kunci Syurga itu?

Ini adalah persoalan paling penting dan mencapai tahap kritikal sehingga ia dijadikan lambang dalam lencana kebesaran Pope.Amat penting sehingga ramai paderi diracun dan para Bishop dan Kardinal diugut.Rahsia yang amat penting sehingga beribu-ribu orang mati dan cedera dan banyak peperangan yang sia-sia dilancarkan kerana DUA KUNCI RAHSIA BERSILANG INI. Apakah rahsia yang disebut oleh Nabi Isa a.s kepada Peter? Mengapa kunci-kunci syurga tidak tertulis di dalam Bible? Bagaimana dengan beribu-ribu manuskrip asli yang dibakar setelah Persidangan Nicea?

APAKAH DIA KUNCI-KUNCI SYURGA ITU?

Untuk menjawab persoalan Ini, saya ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan sorang paderi Katolik. Kisah ni menyimpan banyak rahsia besar. Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatican. Dan apakah fungsi Al Quran di dalam altar khas di Perpustakaan Vatican. Kisah ni saya petik dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah.

Paderi & Kunci Syurga.

Ada seorang pemuda Arab yang baru sahaja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. Memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja.Pada mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu dia ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat para hadirin dan berkata, "Di kalangan kita Ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi itu ingin memanfaatkan keberadaan pemuda dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya adalah untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "

Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."
|Al-Isra': 12|

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur Dan al-Qur'an.

-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat|Al-Mulk: 3|

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka."
|Al-Haqah: 17|

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat."
|Al-An'am: 160|

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air."
|Al-Baqarah: 60|

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. "
|At-Takwir: 18|

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, "tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
|Yusuf:98|

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai."
|Luqman: 19|

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim."
|Al-Anbiya': 69|

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar."
|Yusuf: 28|

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"

mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: ASHHADU ALLA ILAHA ILLALLAH, WA ASHHADU ANNA MUHAMMADAR-RASULULLAH. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

Saudara islamku sekalian!

Inilah rahsia yang tersembunyi pada The Crossed Key.

Orang-orang yang sesat di kalangan Kristian langsung tidak tahu rahsia ini,kerana rahsia asal telah dimusnahkan semasa era Paulus dan lepas persidangan Nicea yang menyaksikan kitab Injil diseleweng secara besar-besaran dan sejumlah besar manuskrip-manuskrip asli para pengikut Hawariyyun dibakar atau ditanam.

DUA KUNCI SYURGA YANG SELALU UMAT ISLAM UCAPKAN DI DALAM SOLAT MEREKA.

Miftahul Jannah. Inilah dia rahsia yang diucapkan oleh Jesus Christ kepada Peter The Fisherman pada hari yang bertuah itu. Dua baris ayat yang dipadam dengan penuh dengki dan khianat para Yahudi Mason dan Illuminist-Christian yangg tidak dapat menerima kehadiran sorang Rasul penutup para Nabi dari kalangan orang-orang Arab. Junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.

Sedikit rujukan 'Miftahul Jannah' dari sumber Islam:

Muaz bin Jabal Radiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La Ilaha Illallah
|Riwayat Al-Imam Ahmad|

Rasulullah bersabda :
"Barangsiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan "La ilaaha illallah" maka ia dimasukkan kedalam surga"
|HR. Hakim|

Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dalam Sahihnya, bahawa seorang pernah bertanya kepada Imam Wahab Ibn Munabbih: “ Bukankah Laa ilaaha illallah itu kunci syurga?”

Wahab menjawab: “ Benar, akan tetapi tidaklah bagi setiap kunci itu melainkan ia mempunyai gigi. Jika engkau membawa kunci yang bergigi, maka pintu syurga akan di bukakan untukmu, jika tidak maka pintu tak akan di bukakan untukmu”

'Gigi' yang dimaksudkan ialah bukan sekadar menyebut kalimah syahadah tetapi memahaminya serta melaksanakan apa yang dimaksudkan darinya.

Dari Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Zikir yang paling mulia ialah La Ilaha Illallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.
|Riwayat Al-Imam Ibnu Majah|

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu, ia berkata: Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah dengan hati yang ikhlas”.
|Riwayat Al-Imam Al-Bukhari|

Dari Zaid bin Arqam Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang mengucapkan La Ilaha Illallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanyakan kepada baginda: “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”.
|Riwayat Al-Imam At-Thabrani|

Dari Umar Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya neraka jahanam. Kalimah itu ialah “La Ilaha Illallah”.
|Riwayat Al-Imam Al-Hakim|

Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Demi yang diriku ditangannya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah La Ilaha Illallah disebelah yang lain, maka dacing kalimah (La Ilaha Illallah) itulah yang lebih berat”.
|Riwayat Al-Imam At-Thabrani|

ketika Nabi Isa a.s berkata kepada Peter, tidaklah baginda bertutur dalam bahasa Arab atau dalam bentuk 100% kalimah syahadah dalam bahasa Arab, tetapi di dalam bahasa Aramaik Kuno yang konsepnya tetap satu iaitu Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Dan Nabi Isa sudah tentu maklum tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w sesudahnya.

Dan (ingatlah) ketika Isa Putera Maryam berkata:
"Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, yaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)." Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata".
|Al-Saff 61:6|

Juga di dalam kisah Nabi Isa:

Telah sekian lamanya Nabi Isa as melakukan perjalanan untuk menjalankan ibadah. Pada suatu saat, dalam perjalanan beliau melihat sebuah gunung yang tinggi. Kemudian beliau mendaki gunung itu. Sesampainya di puncak gunung, Nabi Isa as melihat batu besar berwarna putih seperti air susu yang sangat indah. Beliau pun menyaksikan batu itu dari dekat dan mengagumi keindahannya.

Ketika sedang mengamati batu indah itu, Allah swt menurunkan wahyu kepada nabi Isa as: “Wahai Isa, senangkah bila Aku menampakkan kapadamu sesuatu yang menakjubkan bila engkau melihatnya?”

“Ya” jawab Isa.

Tiba-tiba batu itu terbuka dengan sendirinya dan membuat nabi Isa terkejut. Di dalam batu itu terdapat seorang syekh yang sudah tua, di tangannya memegang tongkat biru dan di hadapannya ada anggur yang masih segar. Ketika itu ia sedang melakukan solat.

Dengan hairan nabi Isa bertanya, “Ya syekh! Bagaimana anda dapat hidup di dalam batu ini?”
“Tidakkah anda lihat anggur segar di depan mataku ini? Ini merupakan rezekiku sepanjang hari” sahut syekh itu. “Sejak bilakah anda beribadah pada Allah di dalam batu ini?” Tanya Nabi Isa lagi. “Sejak empat ratus tahun lalu” jawab syekh.“Ya Allah. Sungguh aku tidak dapat membayangkan bila ada di antara makhlukMu yang lebih mulia dari orang ini.” Kata Nabi Isa dengan suara agak halus.

Kemudian Allah mewahyukan lagi kepada nabi Isa:
“Sesungguhnya akan datang suatu umat, iaitu umat Muhammad saw. Jika mereka beribadah kepadaKu dengan sungguh-sungguh, maka kedudukan mereka lebih mulia bagiKu daripada orang yang beribadah selama empat ratus tahun ini.”

“Ya Allah, betapa beruntungnya umat Muhammad, dan betapa bahagianya aku jika Engkau jadikan aku umat Muhammad” kata Nabi Isa as.

Terdapat banyak lagi sumber-sumber yang menceritakan seperti perkara-perkara di atas dan sememangnya Nabi Isa a.s (Jesus) adalah rasul yang diutuskan Allah s.w.t untuk membawa agama-Nya.Tetapi setelah Nabi Muhammad s.a.w diutuskan,syariat ajaran Nabi Isa a.s dan lain2 rasul atau nabi (syariat,bukannya akidah atau konsep agama Allah) adalah automatik terbatal (di mana jika kaum Nasrani benar-benar mengikut ajaran Isa a.s/Jesus mereka hendaklah memasuki agama Islam) dan hanya Islamlah sahaja agama yang benar.

Sabda Rasullah s.a.w:
Ertinya: Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya.
|Riwayat Bukhari|

Firman Allah:
Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi Allah ialah Islam.
|Ali Imran ayat 19|

Emosi kamu... sila kawal sedikit!!

Emosi kamu... sila kawal sedikit!!
Ya... kawallah sedikit. Jangan terlalu mengikut emosi kamu sehingga menguris hati orang lain.



Firman Allah S.W.T. bermaksud:

"Mereka menafkahkan harta benda mereka ketika senang ataupun susah.
Mereka juga mampu mengawal perasaan marah dan mereka juga
memaafkan kesalahan orang lain"

( Ali Imran: 134 )




Maksud ayat di atas menggambarkan pujian Allah S.W.T. terhadap orang yang bertakwa dan di antara sifat mereka yang disebut dalam ayat di atas ialah berjaya mengawal emosi marah. Rasulullah s.a.w. pernah menimbulkan persoalan kepada para sahabat tentang siapakah manusia yang gagah?.




Lantas dijawab oleh sahabat bahawa manusia yang gagah ialah mereka yang mampu menumbangkan lawannya. Mendengarkan jawapan tersebut, Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa orang yang gagah ialah mereka yang
 mampu mengawal perasaan marah dalam dirinya.


(mafhum Hadis)




Bila kamu marah, pernahkah kamu cuba kawal marah kamu? Atau kamu salurkan perasaan marah kamu pada seseorang yang tidak sepatutnya kamu marah. Salah dia tiada pada kamu. Tapi kamu marah dia, seakan dia berbuat dosa besar pada kamu.




Pernah kamu fikir perasaan dia? Cuba kamu fikir perasaan kamu kalau orang lain marah kamu tanpa sebab yang munasabah. Kamu marah bukan? Kamu sakit hati bukan?


Begitu juga dia...




Bila kamu marah, mengapa kamu tidak cuba untuk diam sebentar dan tenggelamkan diri kamu dengan zikrullah? Kenapa kamu tidak beristighfar? Kenapa kamu tidak melakukan sunnah Rasullullah?

Apabila Rasulullah s.a.w. marah dan ketika itu Baginda sedang berdiri, maka Baginda akan duduk. Apabila Baginda sedang duduk, maka Baginda akan berbaring. Maka hilanglah perasaan marahnya.


(mafhum Hadis)


Cuba bayangkan wajah dan tindakan kamu ketika marah. Tentu hodoh dan buruk sekali wajah kamu ketika itu.


Imam al-Ghazali pernah berkata;



" Orang yang marah, keadaannya sama dengan binatang buas. Sebaliknya orang yang tenang keadaannya adalah seumpama nabi-nabi, wali-wali dan ahli hikmat. Oleh itu seseorang yang sedang marah boleh memilih untuk menyerupai binatang buas atau manusia yang terpuji”

Jadi, kenapa kamu memilih untuk marah? Terlalu sukarkah untuk bertenang dan berfikir sebentar. Fikir sebentar dan bertindaklah secara rasional. Jangan kamu marah orang sebarangan. Jangan kamu ungkit-ungkit sebarangan.


Kenapalah kamu memilih untuk marah????


Imam Muhammad bin Ka’ab berkata : Sesiapa yang memiliki tiga perkara, maka sempurnalah keimanannya iaitu :


*Apabila mendapat kesenangan, ia tidak terjebak dalam kebatilan
*Apabila dia marah, kemarahannya tidak menggelincirkannya dari landasa kebenaran
*Apabila dia berkuasa, dia tidak mengambil harta yang bukan haknya


Jadi kamu bagaimana? Bagaimana penanda aras keimanan kamu. Bukan bermakna kamu tak boleh marah. Marahlah... tapi biar marah bersyariat. Jangan marah sebarangan. Jangan hanya ikut kata hati kamu, ikut emosi kamu kala itu.



Emosi kamu... tolonglah kawal sedikit!

Perbezaan Suka, Sayang dan Cinta


Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.


Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"
Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...


SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."
SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "


SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."
SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."


Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu,maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,"Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan."


Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...


SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.


SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.





25 Perkara Yang Lelaki Suka Tentang Wanita

1. Bentuk tubuh yang menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.


2. Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.


3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda ‘tidak sihat’ pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.


4. Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.


5. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.


6. Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.


7. Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.


8. Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran ‘manja’ yang anda miliki.


9. Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.


10. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.


11. Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.


12. Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.


13. Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.


14. Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.


15. Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.


16. Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.


17. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.


18. Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.


19. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.


20. Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.


21. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.


22. Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.


23. Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.


24. Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.


25. Berpendidikan. Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. Paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah.