Just The Way I'm

Just The Way I'm

Sunday 12 February 2012

ni lg !! salah guna !!!

Seorang penulis Arab yang dikehendaki pihak berkuasa Arab Saudi kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW akan dihantar pulang ke negara itu selepas proses dokumentasi terhadapnya selesai.
Mohammad Najeeb A. Kashgari (gambar semasa, di Balai Berlepas Lapangan) atau lebih dikenali sebagai Hamza Kashgari, 23, ditahan pada pukul 9.40 pagi di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang kelmarin ketika dia mahu meninggalkan Malaysia.
Sebelum ditahan, dia yang merupakan kolumnis akhbar Al-Bilad di Arab Saudi dipercayai telah berada di negara ini sejak dua hingga tiga hari lalu selepas melarikan diri dari negaranya.
"Hamza ditahan polis negara ini atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW pada sambutan Hari Maulidur Rasul baru-baru ini," kata satu sumber di sini semalam. (IH/Kosmo)

Pemerhati hak asasi manusia mohon Hamza Kashgari tidak diserahkan kepada Arab Saudi



Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) hari ini meminta kerajaan Malaysia agar tidak menyerahkan Hamza Kashgari yang ditahan di negara ini kepada Arab Saudi kerana dia akan menghadapi pertuduhan yang boleh membawa hukuman bunuh.
"Arab Saudi telah membuat keputusan bahawa Hamza telah murtad dan akan menghadapi hukuman," menurut Christopher Wilcke, pegawai kanan penyiasat HRW di Timur Tengah. "Kerajaan Malaysia seharusnya tidak memperjudikan nasib Hamza dengan menyerahkannya kepada Arab Saudi."
Hamza dalam perjalanan ke negara lain apabila pihak keselamatan menahannya dan peguamnya Muhammad Afiq Muhammad Noor memberitahu HRW, kenalan kepada Hamza berkata dia ditahan di bahagian Kawalan Perjalanan di kawasan Bukit Aman.
Malaysia tidak mempunyai undang-undang murtad dan Hamza tidak melanggar undang-undang Malaysia, kata peguam berkenaan. Beliau turut mempersoalkan kebenaran untuk menahan Hamza dan sebarang cubaan untuk mengekstradisinya ke Arab Saudi. Malaysia dan Arab Saudi tidak mempunyai perjanjian ekstradisi, dan Hamza ditahan atas permintaan Arab Saudi.
Hamza Kashgari atau Mohammad Najeeb A Kashgari ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 9.40 pagi kelmarin selepas Arab Saudi mengeluarkan waran kerana Hamza dikatakan menghina Nabi Muhammad menggunakan akaun Twitter miliknya.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam mengesahkan penahanan kolumnis akhbar berkenaan.
Komen sebenar Hamza bagaimanapun tidak dapat diperolehi kerana dia telah memadamkannya, namun media melaporkan salah satu daripada komen yang dibuatnya mempunyai pendapat yang bertentangan terhadap Nabi Muhammad.

No comments:

Post a Comment