Kem Kecemerlangan UPSR ( KEMERCU ) merupakan program tahunan Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR yang telah dirancang. Program telah diadakan di Angullia Beach House  Resort, Marang selama 3 hari 2 malam pada 16 – 18 April 2013 yang lalu. Dalam program ini para pelajar telah didedahkan dengan ceramah teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan bagi semua subjek UPSR dalam 2 kumpulan mengikut aras pencapaian mereka.

            Para fasilitator terdiri daripada 8 orang guru-guru Akram dan pemeriksa kertas subjek UPSR negeri Terengganu. Bagi BM - Puan Salwa Zaharin dan Encik Mohd Faudzi Abdullah, BI - Encik Khyrul Anwar Mohamad dan Encik Adnan Harun, MT - Encik Alias Abdullah dan Puan Dahlia Embong, SN - Encik Mohd Fazli Othman dan Puan Tun Azlina Lokman. Manakala, Motivasi oleh Encik Baharim Ramli dan Puan Zaimah Yusoff, Kerohanian oleh Ustazah Hajjah Ruhani Isemail dan Tazkirah oleh Ustaz Wan Md. Shahrulmizam Wan Abdullah.

            Syukur Alhamdulilah, program ini berjalan dengan lancar dan baik cuma sedikit kecederaan kepada seorang pelajar perempuan sewaktu Aktiviti Riadah. Walau bagaimana pun, rawatan telah diberikan dan pelajar berkenaan dapat mengikuti program hingga akhir.Terima kasih kepada Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan dan semua guru kerana telah memberi kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan program ini. Sedikit gambar semasa aktiviti ini boleh dilihat pada foto galeri blog sekolah.
Hit: 12 Laman Asal