..kepada semua dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa, semoga ibadah kita tahun ini diterima oleh Allah S.W.T. dengan penuh keberkatan dan rahmat.
Pada tahun ini, SERI Al-Ummah akan menganjurkan IFTAR RAMADHAN 1432H bertempat di SERI Al-Ummah pada 16 Ogos 2011 - 16 Ramadhan 1432H. Majlis akan bermula jam 6.30 petang.
Seramai lebih kurang 500 hadirin terdiri daripada keluarga waris murid SERI Al-Ummah dijemput memeriahkan lagi IFTAR kali ini.
Oleh itu, sekiranya ada penderma yang budiman yang ingin menyumbangkan derma untuk IFTAR SERI, anda amatlah dialu-alukan. Anda bolehlah menyumbang kepada pihak sekolah melalui akaun sekolah seperti yang tertera di sebelah kanan blog ini ataupun terus kepada pihak sekolah. Semoga sumbangan anda dapat memeriahkan lagi majlis ini dan diberi keberkatan di dunia dan di akhirat.




Hit: 17 Laman Asal