GAMBAR menunjukkan lukisan tertua
Eropah yang terdapat di dalam gua El Castillo di Sepanyol.
WASHINGTON - Sebanyak 50 lukisan yang terdapat di dalam 11
buah gua di Sepanyol dipercayai sebagai lukisan yang paling tua pernah ditemui
di Eropah.
Hasil ujian terhadap lukisan itu menunjukkan ia dihasilkan
manusia primitif Neanderthal lebih 40,000 tahun dahulu.
Sebelum ini, tiada bukti menunjukkan bahawa manusia
Neanderthal telah menghasilkan lukisan di dinding gua.
"Justeru, adalah satu kejutan jika Neanderthal merupakan
pelukis gua pertama di Eropah," kata penulis bersama penemuan tersebut
dalam jurnal Science, Joao Zilhao yang merupakan seorang profesor
penyelidikan daripada Universiti Barcelona, Sepanyol.
Antara lukisan yang ditemui itu ialah bentuk tapak tangan di
dalam gua El Castillo.
Lukisan kuda dan ikan turut ditemui di dalam gua tersebut.
Manusia primitif Neanderthal hidup sebelum kewujudan manusia
moden di Eropah dan Asia Tengah. - Agensi
No comments:
Post a Comment