expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 29 January 2013

7 tanaman dapat mengubah persekitaran rumah




TANAMAN hiasan bukan sekadar mampu mengindahkan suasana kediaman malah boleh dimanfaatkan bagi mewujudkan persekitaran segar.

Tanaman juga bertindak sebagai penyelamat dan menghindari pencemaran di ruang atau taman anda. 

Kajian United State Environmental Protection Agency (US EPA) mendapati tahap pencemaran udara dalam ruang bumi adalah dua hingga lima kali lebih tinggi berbanding pencemaran udara di luar ruang. 


Hakikatnya pencemar udara seperti formaldehid sukar dikesan kerana terlalu berseni, tidak berwarna dan pengeluarannya berterusan pada tahap rendah, kadang kala mengambil masa bertahun-tahun. 

Antara bahagiantanaman yang menyerap racun adalah daun dan akar. 

Berikut tujuh tanaman yang mampu mengubah persekitaran kediaman anda: 




1. Yellow palm atau chrysalidocarpus lutescens. 

•Tanaman yang mempunyai pelepah panjang dan batang beruas.

•Mempunyai ketinggian antara satu hingga enam meter.

•Perlu berada di tempat lembap supaya tidak mudah terjejas tumbesarannya. 





2. Bamboo Palm


•Memerlukan cahaya terang untuk tumbuh subur.

•Sesuai di kawasan lembap dan tidak perlu kerap disiram.

•Berfungsi menyedut pencemaran.










3. Rubber Plant


•Dikenali sebagai ficus robusta dan menyerap formaldehid serta menghasilkan oksigen. 


•Sesuaiberada di kawasan yang redup tetapi mempunyaicahayamatahari. 










4. Rhapisexcelsa atau lady palm


•Antaratanaman yang tahan lasak dan sesuai untukpelbagai jenis cuaca.

•Mudah dijaga tetapipertumbuhannya sedikit perlahan.










5. Dracaena Deremensis 


•Antara tanaman yang mudah dijaga dan memerlukan cahaya terang untuk tumbuh subur.










6. Peace Lily


•Amat sesuai untukmembersihkan udarapersekitaran. 


•Antara tanaman yang mampu menyerap formaldehid.


•Memerlukan kelembapan tinggi untuk hidup subur.











7. Pakis Boston


•Berperanan menyerap formaldehid.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com