expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 8 January 2013

Berhajat kepada Allah





UMUM mengetahui bahawa doa adalah salah satu bentuk ibadah. Doa dapat difahami sebagai permohonan atau permintaan yang baik dengan bahasa yang baik kepada Tuhan. Doa yang dipinta adalah memohon kebaikan dengan restu daripada Allah. Ibu bapa wajar mendidik anak-anak supaya sentiasa berdoa dalam kehidupan dengan memohon ke arah kebaikan bukan keburukan.


Pada hakikatnya, kita sebagai manusia sering mengalami pelbagai masalah dan kita semua berhajat kepada Allah untuk menyelesaikan masalah. Kita semua adalah orang-orang fakir akan rahmat Allah. Tidak seorang pun daripada kita di dunia ini yang tidak mempunyai impian yang ingin dicapai. Siapa di antara kita yang tidak pernah berbuat maksiat atau kesalahan dan kemudiannya mengharap Allah mengampunkan semuanya.


Oleh itu, hanya melalui doa iaitu permintaan kepada Allah sahaja yang dapat menyelesaikan segala masalah. Justeru, doa merupakan ubat yang paling bermanfaat. Doa juga penolak penyakit dan musibah. Doa akan menolak, mengatasi, mencegah kedatangan, menghilangkan atau meringankan penyakit jika sudah ditimpa penyakit. Doa adalah senjata seorang mukmin.


Al-Hakim meriwayatkan dalam kitab sahihnya daripada sahabat Ali bin Abu Talib r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Doa adalah senjata seorang mukmin, tiang penyangga agama, serta lentera (lampu) langit dan bumi".



No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com