Jumaat, Disember 29, 2023

TANAMAN SYURGA

 An-Nur Ayat 36

فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللَّهُ أَنْ تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ

36. Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang,

Allah SWT berfirman dalam ayat tersebut:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا، وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.”[5]

An-Nur Ayat 41

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ ۖ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ

41. Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan

Surat An-Nur Ayat 37

رِجَالٌ لَا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ

37. laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang

Ketika Nabi s.a.w. bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s. pada malam Mi’raj, Nabi Ibrahim berkata:

يا محمد، مر أمتك يكثرؤا من غراس الجنة، فإن تريتها طيبة، وأرضها واسعة. قال محمد صلى الله عليه وسلم. وما غراس الجنة؟ قال: لاحول ولا قوة إلا بالله.

Maksudnya: “Wahai Muhammad! Suruhlah umatmu memperbanyakkan tanaman syurga. Kerana tanahnya baik dan buminya luas”. Nabi s.a.w bertanya: “Apa itu tanaman syurga?”. Jawab Nabi Ibrahim: “(Ucapan)

 لا حول ولا قوة إلا بالله “. 

(Hadith riwayat Ahmad, Ibnu Hibbaan, at-Thabaraani dan Baihaqi di dalam “Syu’abul Iman)”.

Daripada Ibnu Mas'ud r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Aku bertemu dengan Nabi Ibrahim pada malam aku diangkat ke langit, Ibrahim berkata kepadaku, ya Muhammad sampaikanlah Salamku kepada umatmu dan beritahukan kepada mereka sesungguhnya Syurga itu tanahnya bagus, buminya subur, airnya jernih dan sesungguhnya ia adalah tanah datar yang luas dan tanamannya ialah Subhanallah Walhamdulillah Wala Ilaha Illallah Wallahu Akbar".

Riwayat Tirmidzi, status hadis - Hasan (baik)

Al-Hafiz Ibn Abi al-Dunya menriwayatkan daripada Hakim al-Ahmasi:-

“Aku mendengar bahawa syurga dibangunkan dengan zikir. Apabila zikir itu terhenti, maka berhenti juga malaikat yang bekerja membangunkannya. 

Apabila mereka ditanyakan:-

‘Mengapa kamu berhenti bekerja?’

Mereka menjawab:-

‘Kami sedang menunggu bahan-bahannya.’”

Pada saat ini, semua para pekerja binaan itu sedang giat bekerja. Apabila telah selesai semua yang hendak disiapkan, pemilik rumah pun dijemput untuk mendiaminya.

Ibn Rajab al-Hambali bercerita, suatu hari seseorang yang soleh berjumpa malaikat dalam mimpinya. 

Malaikat itu berkata:-

 “Kami diperintahkan untuk menyelesaikan rumahmu di syurga. Rumah itu diberi nama ‘Villa Kebahagiaan’ (Dar al-Surur). Kami telah membina dan menghiasinya dengan sangat indah. Khabar gembira untukmu, setelah tujuh hari nanti rumah itu akan sempurna dibina.”

Tujuh hari kemudian, orang yang soleh itu meninggal dunia.

Zikir Dan Pohon Syurga

Hadith ini dan beberapa hadith yang lain mengatakan bahawa pokok-pokok yang menghiasi taman-taman syurga dibuat daripada zikir-zikir yang dibaca oleh manusia. 

At-Tirmidzi dan an-Nasa'i meriwayatkan daripada Jabir, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-

 “Sesiapa yang membaca ‘سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ’, maka akan ditanamkan baginya pokok kurma di syurga.”

Begitu juga riwayat Ibn Majah daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-

 “Sesiapa yang membaca 

‘سُبْحَانَ اللّهِ 

، والْحَمْدُللّهِ ، وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ، وَ اللّهُ اَكْبَرُ’ 

akan ditanamkan baginya sebatang pokok di syurga.”

Menurut ramai ulama', makna zikir di sini bukanlah terbatas pada aktiviti lisan sahaja. Namun ia meliputi pelbagai ibadah yang dilakukan manusia termasuk aktiviti menuntut ilmu.

Berkata Said bin Jubair, seorang pakar tafsir dalam kalangan tabi'in di Makkah:-

 “Zikir adalah dengan mentaati segala perintah Allah. Sesiapa yang tidak taat kepada Allah, maka ia tidak dikira berzikir meskipun ia memperbanyak tasbih, tahlil dan bacaan al-Quran.”

Tokoh tabi'in yang lain, bernama 'Ata' bin Abi Rabahberkata:-

 “Majlis zikir ialah majlis halal dan haram, bagaimana berjual beli, solat, puasa, kahwin, cerai, haji dan yang seumpamanya.”

Wangian Daripada Pelbagai Minyak Wangi

Abu Hazim Salah bin Dinar berkata:-

 “Barang-barang akhirat pada saat ini sedang murah. Pada suatu hari nanti, barang-barang ini akan menjadi sangat mahal dan tidak mampu dibeli.”

Benar ucapan beliau. 

Selama mana nyawa masih dikandung badan, sungguh mudah membangunkan rumah idaman anda di syurga. Ia tidak memerlukan pembiayaan yang banyak. Dengan hanya mengucap tasbih dan tahlil. Kita telah menanam pokok di taman-taman syurga abadi.

Oleh sebab itu, orang yang berakal tidak akan melepaskan kesempatan yang sangat besar ini. Mereka akan berusaha untuk membangunkan kediaman mereka di syurga dengan seindah-indahnya. 

Yakni, dengan memperbanyak melakukan ibadah sunnah dan zikir setiap masa.

Salah seorang tokoh tabi'in yang memiliki kisah yang sangat indah dengan zikir ialah Abdullah bin Ghalib di Kufah. Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab al-Zuhd bahawa Abdullah tidak pernah berhenti menyebut nama Allah SWT dalam setiap keadaan.

Walaupun sedang dalam perbincangan dengan seseorang, beliau tetap tidak menghentikan zikirnya.

Said bin Zaid berkata:-

 Ketika Abdullah bin Ghalib terbunuh, kami meletakkannya di dalam kubur lalu menanamnya. Tiba-tiba keluar dari tanah kuburannya wangian daripada pelbagai minyak wangi.”

Malik bin Dinar berkata:-

 “Aku pergi mengambil sebahagian daripada tanah itu lalu meletakka

nnya di dalam kantung. Aku terus-menerus mencium bau wangi tersebut meskipun selepas beberapa hari



Tiada ulasan: