??? ???? ?????? ??????


Assalamulaikum.

Tazkirah petang tadi disampaikan oleh saudara Yahya. Yahya telah mengulang tazkirah yang disampaikan subuh tadi kerana ada permintaan dari jemaah.

Yahya telah menerangkan ayat Al Quran yang dilihat disekolah lamanya.



?َ?َ?َّ ??ْ?َ?َ??ِ?َ ?ِ?َّ?ِ ?َ?َ? ?َ?ْ?ُ?? ?َ?َ ???َّ?ِ ?َ?َ??ً

"Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.


Ayat nie menerangkan bahawa janganlah kita bercakap tentang hal keduniaan didalam masjid ataupun surau.



Yahya pernah terbaca article pasal bercakap dalam masjid ketika form2. tapi kesahihan article tu tak dapat dikenal pasti. Article tu mengatakan bahawa sesiapa bercakap pasal keduniaan dalam masjid amalannya tidak akan diterima 40 hari. Kedua, pahalanya terhapus seperti lembu memagut rumput. Wallahu’alam.

Contohnya, kita bercakap tentang keputusan perlawanan bola pd malam tadi. Yahya bertanya kepada fitri, sape yang menang. Fitri menjawab Manchester, sebab Terry terlepas sepakan penalty. Maka bermulalah analisis demi analisis….terjerumuslah kepada perkara yang lagha. janganlah bercakap pasal duniawi iaitu benda2 lalai dan lagha.

Kat masjid As-saad, kebiasaanya selalu bising antara waktu azan dan iqamat. Patutnya, kita perlu perlahankan suara bagi menghormati orang yang sedang sembahyang. Sedangkan membaca Al-Quran pun perlu kita perlahankan suara.

Yahya mencadangkan MUSCOM meletakkan papan tanda seperti RC .



So, besama2lah kita muhasabah dan kurangkan perbualan dalam rumah Allah.


P/S : ADE JUGA YANG MENGATAKAN CARA PENYAMPAIAN DARIPADA SAUDARA YAHYA KURANG BERHIKMAH.
PADA PANDANGAN SHAHRIDWAN, YAHYA MENYAMPAIKAN TAZKIRAH INI DENGAN SUNGGUH BIJAKSANA, DAN MEREKA YANG CEPAT MELATAH KETIKA DITEGUR MEMPUNYAI SIFAT EGO YANG PERLU DIBUANG.(KPD MUSLIMIN & MUSLIMAT)

Wallahu’alam.


Hit: 27 Laman Asal