بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum wbt.,
Kali ini pihak Shumuri teringin mengulas sedikit tentang program Ihya'(menghidupkan) Ramadhan yg telah dilalui oleh beberapa krew Shumuri beberapa hari lalu sekitar tmpt tinggal penulis bertempat di Masjid Kota Damansara, Kota Damansara.KL.
Alhamdulillah pada 21 September yg lalu(ahad), penulis diberi kesempatan oleh Allah utk turut sama menyertai program yg sgt bermanfaat ini.Ia dinamakan "SELAMATKAN AL-AQSA" di anjurkan oleh pihak Masjid Kota Damansara.Masjid ini baru sahaja berumur tidak sampai pun 2 bulan(siap rite b4 Ramadhan) masih belum lagi punyai namanya yg rasmi tp telah berjaya menganjurkan satu program yg boleh dikatakan sbg 'grand' jugaklah.Mengapa dikatakan Grand??..Baca ulasan seterusnya oleh Shumuri..
"SELAMATKAN AL_AQSA" nama ini sepertinya spt sudah biasa kita dengari di mana2 tempat yg menganjurkan program tentang Palestin bukan? Tapi this one is something different, why??
This is because kami telah di datangi khas oleh Mantan Imam Besar dan Khatib Msjid Al-Aqsa itu sendiri iaitu Sheikh Mohmud Siyam yg merupakan bekas penduduk Palestin yg telah dibuang negeri oleh Rejim Ziyonis ke Negara Yaman.
Beliau telah mengimamkan Solat Maghrib, Isya' dan Tarawikh.Seterusnya beliau sendiri bercerita mengenai kisah sebenar yg berlaku di Palestin yg ramai masih tak tahu.Antara point yg dapat daripada ceramahnya.(beliau mnyampaikan ceramah in Arabic,pahamla jgk sket2 sbb die gune pktaan yg agak senang gakla.,tp ade gk translator yg duk sblh die utk translate,.best2):
- Kerja2 membina terowong sedang giat diadakn di bawah Masjid Al-Aqsa dgn reason arkeologi iaitu mereka nak cari kesan2 sejarah Yahudi di bawah tu padahal niat sebenar adalah utk melemahkan foundation Masjid Al-Aqsa itu sendiri.Supaya nanti ia roboh.
- Remaja2 dan pemuda2 lelaki di sekat dr menunaikan solat Sunat Tarawikh n even Solat Jumaat sekalipun,.akibatnya mereka trpaksa solat di luar di bawah terik mentari,atas2 jalan n tepi2 longkang.
- Masyarakat Arab tak pernah berbuat apa2 utk membantu mereka melainkan duduk diam dan berpeluk tubuh saja trhdap apa yg terjadi.Pernah satu ketika bantuan di minta dr org Arab sendiri tetapi mereka meletakkan beberapa syarat, iaitu;
-Hentikan segera tentangan trhadap Israel
-Taat dan patuh arahan dari kerajaan zionis itu
Tiba2 ada seorang jemaah bertanyakan tentang Hamas dan Fatah yg saling bertelingkah antara satu sama lain.Beliau menjawab.
FATAH- Golongan Islam liberal yg mengiktiraf kewujudan Israel.Mengamalkan Islam liberal.Golongan yg tak memperjuangkan Al-Aqsa.Menolak kewujudan negara Islam Palestin.Pro Barat.Sudah berptus dalam mmeperjuangkan kepentingan Ummat Islam.
HAMAS- Golongan yg tak pernah berputus asa dan tetap mempertahankan Al-Aqsa walau apa pun tentangan dr Israel.Sanggup berjuang utk pertahankan Al-Aqsa.Motto hidup mereka adalah "Kemenangan atau Syahid mempertahankan Al-Aqsa".Motto ini diterapkan kepada anak2 mereka sejak kecil lagi.
Sampai time berbuka pulak para ibu sengaja membiarkan juadah itu trhidang walaupun kerusi2 di meja makan itu kosong tidak berisi(sepatutnya diisi oleh suami n anak2 lelaki mereka yg telah Syahid) sebagai pembakar semangat kpd anak2 mereka yg masih kecil spy mengimpikan syahid spt abang2 dan ayah mereka..
kita pula di mana sumbangan kita..?
(terharu menonton video yg ditayangkan pd ptg itu, seorang wanita menegaskan bhw mereka sanggup menggadaikan nyawa mrk sbg benteng prtama umat Islam mmpertahankan Al-Aqsa yg kepentingan Ummat Islam keseluruhannya bkn kepentingan Palestin semata2 wpun dunia Islam tak berbuat apa2)
Al-Aqsa kepentingan Ummat Islam sahabat2.........kepentingan Islam......
Mengapa di biar Saudara2 kita di Palestin itu berjuang keseorangan.........Beginikah Ukhwah Islamiah....?? Astaghafirullah.....
p/s: Sempat bersalam dgn tangan Ulama' besar itu..seorang Mujahid di jalan Allah..program adalah dgn kerjasama "MuslimCare" sebuah NGO yg Prihatin dgn Nasib Muslim Seluruh dunia.
1 comment:
cool blog
Post a Comment