.

.

Tuesday, July 24, 2018

Himpunan Kebangkitan Ummah: Malaysia Baru Pasca PRU14- ISLAM Melayu Terancam



Jom teman - teman, kita bersama nyatakan sikap kita terhadap isu masa depan ummah ini.

UMMAH PERLUKAN SOLIDARITI ANDA!

UMMAH (Gabungan NGO-NGO Islam) akan mengadakan himpunan rakyat pada  tarikh dan tempat seperti berikut;

"Himpunan Kebangkitan UMMAH: Malaysia Baru Pasca PRU14 - ISLAM Melayu Terancam!"

Tarikh: Sabtu 28hb Julai 2018

Masa: 9.00pagi - 2.00ptg

Tempat: Padang Kelab Sultan Sulaiman Kg. Baru KL.

Pakaian: Putih

Mari kita turun beramai-ramai bersama rakan-rakan seAgama kita yg lain untuk melahirkan rasa kegusaran kita terhadap perkembangan2 terkini yg mengancam Islam dan hak Melayu, anak watan Negara tercinta ini.

Sekian dan terima kasih.

Hj Aminuddin Yahaya
Ketua Sekretariat UMMAH

Friday, June 9, 2017

PEPERANGAN DEMI KEUNTUNGAN SIAPA?


TERJEMAHAN ARTIKEL TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

المصلحة لمن


رجع الشرق الأوسط إلى الصراع الجديد كما وضعه التاريخ قبل قرون وعقود ساحة الصراع بين الدول الكبرى لإيقاد الحروب الإقليمية والعالمية , وإحياء سنة التدافع بين الناس ودولهم وأديانهم ومذاهبهم . فعلينا نحن المسلمين المحاسبة على ميزان الهداية , ولا ميزان الجباية الذي وضعتها أصحاب لعبة الشطرنج من أهالي العروش والأموال , وتجار الأسلحة وشركات البترول .

Rantau Timur Tengah kembali bergolak dalam peperangan siri baru seperti mana yang berlaku dalam sejarah beberapa kurun sebelum ini. Medan pertempuran terancang antara negara-negara besar ini bertujuan untuk mencetuskan permusuhan peringkat nasional dan antarabangsa; dan menghidupkan konflik di antara manusia, antara negara, antara agama dan juga antara mazhab. Maka kita selaku kaum muslimin perlu bermuhasabah dengan neraca hidayah, bukan berpandukan neraca kepentingan material yang ditawarkan oleh pencatur yang terdiri dari kaum pemodal, pelobi-pelobi mahupun taukeh-taukeh senjata dan syarikat-syarikat minyak.

فالسبب الأساسي ليس اختلاف المذاهب بين المسلمين , السنة والشيعة وصراع القوميات بين العرب والفرس والأكراد , فإنها حاضرة منذ قرون 

Faktor utama pertembungan yang berlaku hari ini bukanlah berpunca dari perbezaan mazhab antara kaum muslimin. Bukan antara Sunni dan Syiah; bukan juga perbalahan antara bangsa iaitu antara Arab, Parsi dan Kurdish. Ini kerana, perbalahan dengan sebab semua ini telah berlaku sejak sekian lama.

فخير القرون الأولى فترة تمسك الأمة بالإسلام واعتصامها بحبل الله المتين مهما كانت شدة اختلافها وتفرقها ولكنها صنعت الفتوحات الواسعة التي حملت عدل الإسلام ورحمة الرسالة إلى العالم من أدناه إلى أقصاه وأنجزت سياسة التعارف بين الناس في داخل المجتمع المتعدد , فسميت الفتوحات لأنها حررت الأوطان المكبدة بظلم الحكام وجور الأديان , ففتحت أراضى البلاد وقلوب العباد . بخلاف الاستعمار الذي استعبد الناس وغصب الموارد والأموال لتكون دولة بين الملوك والأغنياء , فحينما دخلوا أفسدوها وجعلوا أعزة أهلها أذلة وكذلك يفعلون

Era awal Islam yang dikenali sebagai era terbaik, era umat kuat berpegang dengan Islam dan berpaut dengan prinsip agama (tali Allah) yang kukuh. Biarpun berlaku perbalahan dan perselisihan yang sengit sesama sendiri. Namun era tersebut telah berjaya membuka pelbagai kota dan berlaku perluasan wilayah Islam. Mereka membawa keadilan Islam dan rahmat risalah dakwah ini ke seluruh pelusok dunia. Perluasan ini telah menjayakan misi perkenalan antara manusia dalam masyarakat yang mempunyai kepelbagaian.
Oleh kerana itu, penaklukan Islam dinamakan dengan “Pembukaan Kota” kerana ia membebaskan anak watan yang dibelenggu kezaliman pemerintah dan penyelewengan agama. Dengan itu, ia bukan sahaja memerdekakan negara tetapi turut menawan hati-hati manusia. Berbeza sekali dengan “Penjajahan Barat” yang telah memperhambakan manusia, merampas hasil mahsul dan kekayaan negara yang akhirnya kekayaan itu berlegar di kalangan pembesar negara dan orang kaya sahaja. Bila mana mereka menjajah negara, mereka menjarah bumi taklukan mereka, mengubah kemuliaan rakyat asal menjadi hina dina. Itulah kerja mereka.

فلابد من قراءة الأحداث المعاصرة بالرشد , لا بالتعصب المذهبي أو القومي أو كليهما . أليس منكم رجل رشيد ؟ . فأولا مشروع وضع الخريطة الجديدة للشرق الأوسط التي أعلنوها قبل سنوات, وبالتالي فتوى التجديد في سياسة الشرق الأوسط لتكون على منهج حرية الديموقراطية الغربية بعد فشل الدفاع عن الديكتاتورية بعد وضعها على حسب معاهدة سأيكس بيكو لمنع رجوع الخلافة الإسلامية من جديد ووضع دولة إسرائيل مركزا للحراسة مع تطبيق مشروع الماسونية والصهيونية العالميتين .

Oleh yang demikian, kita sewajarnya membaca situasi politik dan peristiwa yang berlaku mutakhir ini dengan matang. Bukan dengan fanatik mazhab dan emosi perkauman atau kedua-duanya. Bukankah dalam kalangan kalian masih ada orang yang bernas buah fikirannya?
Taktik terbaharu mereka adalah merencana projek peta baru Asia Barat yang telah mereka nyatakan beberapa tahun yang lalu. Seterusnya “fatwa baru” dalam menstrukturkan semula politik Asia Barat agar berubah mengikut sistem demokrasi Barat setelah gagal mempertahankan sistem diktator hasil persepakatan Perjanjian Sykes-Picot. Ke semua perancangan ini bertujuan untuk menyekat kebangkitan semula Khilafah Islam sekaligus menjadikan negara haram Israel sebagai pusat kawalan di samping melaksanakan agenda Freemason dan Zionis Yahudi antarabangsa.

وليست القومية والمذهبية إلا فتيلتان لإشعال الحروب بالوكالة لتطبيق تلك المخططات المرسومة . لأنهم لا يرون كما يرى السفهاء من الناس المنشغلين بالتعصب حتى وصلوا إلى مستوى التكفير بين أهل القبلة الواحدة مهما أخطأت في الأمور الفرعية كما نسب إلى الإمام مالك رحمه الله قوله : من صدر عنه ما يحتمل الكفر من تسعة وتسعين وجها، ويحتمل الايمان من وجه، حمل أمره على الايمان “. فهناك الجهل والأمية والسفاهة في الدين المنتشرة داخل الأمة كلها بعد غياب تطبيق الإسلام كافة واتباع خطوات الشيطان الأكبر والأصغر الذي يوسوس في صدور الناس في دينهم والوسوسة لا تصل إلى الكفر وكذلك الجهل . وهناك المتساهلون في الدين والمتشددون الذين لا يفقهون .

Sentimen perkauman dan sektarian mazhab tidak lain hanyalah seperti sumbu pelita yang menyemarakkan lagi api peperangan proksi bagi merealisasikan perancangan mereka. Mereka tidak naif seperti sangkaan sesetengah puak yang jahil dan fanatik mazhab sehingga mengkafirkan sesama kelompok yang berkongsi kiblat yang satu terutamanya apabila ahli kiblat tersilap dalam isu cabang agama seperti kata-kata yang disandarkan kepada Imam Malik RA ;
“Sesiapa yang melakukan satu perkara yang membawa 99 kemungkinan makna kufur dan satu sahaja kemungkinan tanda iman, nilailah urusannya dengan makna iman.”
Hari ini kita melihat kejahilan dan lemahnya pemikiran umat dalam agama kita tersebar luas secara menyeluruh setelah ketiadaan pelaksanaan syariat Islam dan mengikut jejak langkah syaitan besar dan kecil, yang sentiasa menimbulkan syak dan was-was dalam pemikiran manusia berkaitan urusan agama mereka. Was-was dan kejahilan tidak sampai membawa kepada kekufuran. Di sana ada juga golongan yang bermudah-mudah terhadap agama dan juga ada kelompok yang keras pegangan agama mereka tetapi tidak faqih dalam agama.

ولا يجوز أن يلدغ مؤمن من جحر واحد مرتين فقد يلدغ مرات . أليست سقوط الخلافة من الفتنة الداخلية المذكورة , وأراضينا منقسمة على حسب الخريطة التي وضعوها أعداؤنا . واذكروا دور لورنس البرطاني الذي نسب إلى العرب وليس بعربي . والفريضة إلغاء الخريطة التي وضعتها سأيكس بايكو إلى الوحدة الإسلامية , ولكنكم جعلتم يوم تطبيقها عيدا وطنيا لبلادكم أيها العرب والمسلمون .

Sangat tidak patut bagi seorang mukmin jatuh dua kali dalam jerat yang sama, malahan mereka telah berkali-kali jatuh ke dalamnya. Tidakkah kejatuhan khilafah dahulu berpunca dari fitnah konflik dalaman seperti yang telah disebutkan? Akhirnya, tanah air kita telah dibahagikan mengikut peta yang dicorakkan oleh musuh kita. Ingatlah peranan Lawrence, seorang British yang digelar sebagai seorang Arab sedangkan dia sama sekali bukan orang Arab.
Kewajipan kita hari ini adalah untuk menggagalkan pemetaan baharu ala Sykes-Picot dengan cara menyatukan kembali umat Islam. Tetapi malangnya, kalian orang muslim Arab meraikan hari termeterainya perjanjian itu sebagai hari kemerdekaan kalian.

فإن الحروب التي رجعت في الشرق الأوسط ستكون ضحيتها الشعب العربي المستضعفين وليست الملوك والأمراء والوزراء والأغنياء الذين وقفوا وراءها , فإنهم مستعدون للفرار فرار بن علي من تونس وقبله فرار الملك فاروق من مصر قبل عقود . فأما الذين وضعوا فتنتها ليست إلا لتطبيق الخريطة الجديدة للشرق الأوسط الجديد وتقوية دولة إسرائيل المحرمة والمصالح الإستعمارية والمشروع الماسوني ولصهيوني . وهنا يقومون بتدمير كل قوة تهدد أمنها من الدول في المنطقة والمقاومة لا فرق بين السنة والشيعة والعرب والعجم.

Peperangan yang diatur di rantau Asia Barat sekarang hanya akan memangsakan orang Arab sendiri. Yang pasti korban peperangan adalah di kalangan orang awam yang tidak berdosa. Pembesar negara, menteri-menteri dan orang-orang kaya yang berada di sebalik peperangan ini tidak terjejas pun. Mereka telah bersiap sedia untuk melarikan diri jika berlaku kekacauan nanti, seperti mana Ben Ali melarikan diri di Tunisia. Jauh sebelum itu lagi, Raja Faroq turut melarikan diri dari Mesir. Orang yang menjalankan huru hara ini hanyalah menjalankan sebuah konspirasi demi melakar peta baru di rantau Asia Barat seterusnya mengukuhkan hegemoni regim Israel, kepentingan penjajah baru, menjayakan perancangan Freemason dan zionis. Untuk itu, mereka menghancurkan semua kekuatan yang boleh menggugat keamanan mereka. Tanpa mengira sama ada golongan tersebut sunni, syiah, arab mahupun bukan arab.
ولا ننسى مانشرته موقع الجزيرة قبل سنوات دور المخابرات الغربية والعربية بوضع المتشددين التكفيريين في سوريا واليمن قبل الربيع العربي وبعده ليكون الربيع لا يثمر ثماره الناضجة . ولا ننسى قضية اغتيال العلماء والخبراء الإيرانيين وغياب أحدهم في موسم الحج وظهوره بعد سنوات في أمريكا , ولا ننسى كذلك المعلومات الكاذبة من المخابرات الغربية حول وجود أسلحة كيماوية والدمار لإشعال حروب الخليج , وكذلك نشر جديدا في الموقع بي بي سي البريطانية نباء وجود صواريخ إيران في اليمن لضرب المدن السعودية والخليج بدون أدلة صحيحة وبراهين صادقة .
Kita tidak melupakan pendedahan oleh rangkaian berita Al-Jazeera tentang peranan agen-agen perisik Barat mahupun Arab sejak beberapa tahun lalu, yang mewujudkan kumpulan ekstrim yang suka kafir mengkafir di Syiria dan Yaman sebelum dan selepas tercetusnya Arab Spring untuk memastikan revolusi itu tidak membuahkan hasil yang baik. Kita juga tidak lupa dengan pembunuhan para saintis dan perisik Iran dan kehilangan salan seorang mereka dalam musim haji, dan kemudiannya muncul semula selepas beberapa tahun di Amerika.
Kita juga tidak lupa dengan maklumat palsu dari perisik barat yang mendedahkan kewujudan senjata kimia dan peledak untuk mencetuskan peperangan Teluk. Kemudian tersebar baru-baru ini di BBC, berita kewujudan roket milik Iran di Yaman untuk menyerang Saudi dan negara Teluk tanpa bukti dan dalil yang kukuh.
ونشر خطر الهلال الشيعي بمقدمة فتوى أمريكي وتبعه فتوى علماء المسلمين الرسميين وغير الرسميين .

ثم إن الحرب أعلنت في واشطن بعيد زيارة غير رسمية من بنيامين نيتانياهو الإسرائيلي في أميريكا . ثم عقد مؤتمر كامب ديبيد الجديد بحضورأمراء العرب وأمريكا لضمان دور أمريكا للدفاع عن دول الخليج لرد العدوان –وطبعا- إلا من العدوان الإسرائيلي.

Kemudian tersebar pula berita bermotif panik, kononnya wujud bahaya Bulan Sabit Syiah (al-Hilal al-Syi’i). Spekulasi itu dimulakan dengan fatwa tuduhan dari Amerika dan dikuti dengan fatwa para Ulama Islam yang rasmi dan bukan rasmi.
Kemudian perang diisytiharkan di Washington selepas lawatan tidak rasmi Benjamin Nentayahu ke Amerika. Seterusnya, diadakan ala persidangan Camp David baharu dengan kehadiran pemimpin Arab dan Amerika untuk menjamin peranan Amerika dalam mempertahankan negara Teluk dari sebarang musuh melainkan musuh dari Israel.

أليس منكم رجل رشيد ؟. فاسمحوا لي كتابة هذه السطور ولست بعربي ولكني مسلم أحب العرب والمسلمين وأعوذ بالله من تدميرعزتنا وقوتنا بأيدينا وأموالنا وأنفسنا بأسلحة أعدائنا على حسب تسعيرهم , ويا للأسف لوكانت لربح تجار الأسلحة وشركات البترول والدفاع عن العروش الطاغية وأمن إسرائيل .

Tiadakah di kalangan kalian, masih ada orang yang matang rasional? Izinkan saya menulis catatan ini walaupun saya bukan orang Arab. Akan tetapi saya adalah seorang muslim. Saya cintakan Arab dan kaum muslimin. Saya berlindung dengan Allah dari hancurnya kemuliaan dan kekuatan kita yang dilakukan oleh tangan-tangan kita sendiri, harta kita, diri kita menggunakan senjata musuh yang ditentukan harganya oleh mereka. Alangkah malangnya jika semua krisis ini hanya menguntungkan taukeh senjata dan syarikat minyak; dan mempertahankan kuasa besar yang jahat dan keamanan Israel.

لماذا لا تجتمع أموال العرب وعلماء وخبراء إيران وتركيا والأيادي الكثيرة من أفريقيا إلى باكستان وأفغانستان وإندونيسيا وماليزيا وغيرها يدا واحدة وصفا واحدا لإصلاح العالم من جديد بإسلامنا لتحرير العالم من الحلول الطاغية الفاشلة برحمة ديننا . فأين وضعنا قول ربنا :

Mengapakah aset dan harta orang Arab, para saintis dan pakar dari Iran dan Turki serta dari pelbagai pihak; dari Afrika hingga Pakistan, Afghanistan, Indonesia, Malaysia dan lain-lain, tidak dikumpulkan dalam satu ketumbukan dan satu saf untuk membaiki semula dunia ini dengan Islam. Ia bertujuan untuk membebaskan dunia dari cengkaman taughut yang gagal. Di mana kita meletakkan firman Allah:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ (103) آل عمران .

“Dan berpegang teguhlah kalian dengan tali Allah dan janganlah kalian berpecah belah. Dan ingatlah nikmat Allah ke atas kalian ketika kalian saling bermusuhan lalu Dia menyatukan hati-hati kalian maka dengan nikmat tersebut kalian menjadi saling bersaudara. Dan kalian berada di jurang api neraka lalu Dia menyelamatkan kalian darinya. Demikian itulah Dia menerangkan kepada kalian ayat-ayatNya agar kalian beroleh hidayah.” (Surah Ali Imran, ayat 103)

وقد ذكر محمد بن إسحاق بن يَسار وغيره: أن هذه الآية نزلت في شأن الأوس والخزرج، وذلك أن رجلا من اليهود مَرَّ بملأ من الأوس والخزرج، فساءه ما هُمْ عليه من الاتفاق والألْفَة، فبعث رجلا معه وأمره أن يجلس بينهم ويذكرهم ما كان من حروبهم يوم بُعَاث وتلك الحروب، ففعل، فلم يزل ذلك دأبُه حتى حميت نفوس القوم وغضب بعضهم على بعض، وتثاوروا، ونادوا بشعارهم وطلبوا أسلحتهم، وتواعدوا إلى الحرة، فبلغ ذلك النبي صلى الله عليه وسلم فأتاهم فجعل يُسكِّنهم ويقول: “أبِدَعْوَى الجَاهِلِيَّةِ وأَنَا بَيْنَ أظْهُرِكُمْ؟” وتلا عليهم هذه الآية، فندموا على ما كان منهم، واصطلحوا وتعانقوا، وألقوا السلاح، رضي الله عنهم .

Muhammad Ibnu Ishaq Ibnu Yasar dan lain-lainnya menceritakan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan peristiwa yang dialami oleh kabilah Aus dan Khazraj. Ketika itu berlaku peristiwa seorang lelaki Yahudi melewati di hadapan sejumlah orang terhormat dari kalangan kabilah Aus dan kabilah Khazraj. Maka si Yahudi itu merasa tidak senang dengan kesatuan dan kerukunan yang ada di antara mereka. Lalu dia mengutuskan seorang lelaki kepercayaannya dan mengarahkan kepadanya duduk bersama mereka bagi mengingatkan mereka kepada peristiwa-peristiwa dendam masa lalu yang pernah terjadi di antara mereka. Iaitu peperangan Bu’ats dan peperangan lain yang terjadi di antara mereka. Lelaki utusan si Yahudi itu meneruskan tugasan itu sehingga terjadi suasana menjadi panas kembali dan mereka saling marah dan membenci serta berbalas kata-kata, mengungkapkan kembali slogan mereka yang terdahulu, mempersiapkan senjata dan mengajak untuk berperang. Berita tersebut sampai kepada Nabi SAW, maka baginda berjumpa dengan mereka, lalu baginda meredakan dan melerai mereka serta bersabda:

«أَبِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّةِ وَأَنَا بَيْنَ أَظْهُرِكُمْ؟»

“Apakah kalian menghidupkan seruan Jahiliah, sedangkan aku berada di antara kalian?”
Kemudian Rasulullah SAW membacakan ayat ini kepada mereka. Akhirnya mereka menyesali perbuatan mereka. Lalu mereka berdamai, saling berpelukan, dan semua senjata mereka lemparkan. Semoga Allah meredhai mereka.
Ibrah diambil dari lafaznya yang umum, bukan dengan sebab yang khusus.
Ya Allah, Sesungguhnya aku benar-benar telah sampaikan, ya Allah saksikanlah.
ABDUL HADI AWANG
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
2015
Diterjemahkan oleh:
Abdul Mu’izz Muhammad
Sofia Alwani Ali

Monday, October 31, 2016

Penghakiman Paling 'Aneh' Di Dunia Pernah Terjadi Dalam Sejarah



Samarkand jatuh ke tangan Tentera Islam, paderi besar negeri itu mengutus surat kepada Khalifah Islam, Amirul-Mu’minin Umar bin Abdul Aziz. Di dalam surat tersebut dia mendakwa panglima Tentera Islam, Qutaibah serta angkatan tenteranya telah memasuki Samarkand tanpa amaran dan tanpa seruan dakwah kepada Islam.

Umar mengarahkan hakim yang dilantik untuk bertugas di Samarkand bernama Jumay’ supaya membicarakan kes yang didakwa oleh padri besar tersebut. 
Hakim memanggil kedua-dua pihak, pendakwa [paderi besar Samarkand] dan yang didakwa [Qutaibah, panglima angkatan Tentera Islam]. Qutaibah dipanggil oleh petugas mahkamah atas nama peribadinya, tanpa dikaitkan dengan sebarang gelaran. Datanglah Qutaibah ke mahkamah. Dia duduk bersebelahan paderi besar Samarkand di hadapan hakim Samarkand yang muslim. 

Hakim memulakan perbicaraannya dengan mengajukan soalan kepada paderi besar Samarkand; 
Hakim: Apakah dakwaan kamu wahai orang Samarkand? 
Paderi: Qutaibah dan tenteranya telah memasuki dan menakluki negeri kami tanpa menyeru kami kepada Islam terlebih dahulu dan memberi tempoh kepada kami untuk kami membuat keputusan mengenai pendirian kami! 
Hakim berpaling kepada Qutaibah seraya bertanya; Apa jawapan kamu terhadap dakwaan ini wahai Qutaibah? 
Qutaibah: Peperangan adalah tipu muslihat. Samarkand merupakan negeri yang besar. Semua negeri-negeri di sekitarnya melawan kami. Mereka tidak menerima Islam dan tidak mahu membayar jizyah. 
Hakim: Wahai Qutaibah! Adakah kamu telah menyeru mereka [penduduk Samarkand] kepada Islam atau membayar jizyah atau perang? 
Qutaibah: Tidak! Sebaliknya kami terus serang mereka secara mengejut dengan alasan yang telah saya sebutkan tadi. 
Hakim: Aku mendapati kamu telah mengaku. Dan apabila pihak yang didakwa mengaku, selesailah perbicaraan. Wahai Qutaibah! Allah tidak menolong umat ini melainkan dengan [berpegang kepada] agama, menjauhi tipu daya dan menegakkan keadilan.

Kemudian hakim mengisytiharkan keputusan penghakimannya: Hakim: Kami memutuskan supaya semua orang Islam dikeluarkan dari bumi Samarkand, merangkumi pemerintah, tentera, orang-orang lelaki, kanak-kanak dan wanita. Mereka hendaklah mengosongkan kedai-kedai dan rumah-rumah mereka. Jangan ada seorangpun orang Islam yang tinggal di Samarkand! Paderi besar terpinga-pinga, tidak percaya dengan apa yang dilihat dan didengarnya. Tanpa bukti, tanpa saksi, perbicaraan selesai dalam masa beberapa minit sahaja.
Paderi besar dan orang-orang Samarkand yang turut hadir dalam mahkamah ketika itu, tidak menyedari bahawa perbicaraan telahpun selesai kecuali setelah melihat hakim, Qutaibah dan para petugas bangun dan beredar.

Hanya beberapa saat saja selepas itu, penduduk Samarkand mendengar deringan suara loceng memenuhi angkasa, debu-debu berterbangan memenuhi setiap ruang dan bendera-bendera kelihatan berkibaran di sebalik debu-debu yang bertiupan. Mereka tertanya-tanya kehairanan, apa yang telah terjadi? Lalu diberitahu kepada mereka bahawa pemerintahan Islam telah ditamatkan dan angkatan tenteranya telah ditarik keluar. Satu pemandangan yang sungguh menakjubkan dan menggemparkan. Dan terbenam sahaja matahari pada hari itu, anjing-anjing berkeliaran di jalan-jalan yang sunyi, suara-suara tangisan bersahutan dari setiap rumah menangisi pemergian satu umat yang adil lagi penyayang dari negeri mereka. Lantas paderi besar dan seluruh penduduk Samarkand tidak dapat menahan diri lebih lama lagi.

Mereka keluar berarak beramai-ramai dikepalai paderi besar menuju ke arah angkatan tentera Islam sambil melaungkan syahadah bahawa TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN MUHAMMAD PESURUH ALLAH. # Betapa hebatnya kisah ini. Betapa gemilangnya lembaran sejarah Islam yang agung. Pernahkah anda dengar satu angkatan tentera menakluk sebuah kota, kemudian penduduk kota itu membuat dakwaan ke atas tentera yang menakluk, dan akhirnya tentera yang menakluk itu kalah dalam perbicaraan dan diperintahkan keluar dari kota yang telah ditakluknya? Demi Allah! Kita tidak akan temui kisah serupa ini dalam sejarah mana-mana umat di dunia ini selain dari umat Islam!
........ Dipetik dari buku ‘Qasas min at-Tarikh’ oleh Syaikh Ali at-Tantawi.
Kredit tranungkite