Saturday, March 4, 2017

Majlis Perpisahan Pn Habsah Othman

Bismillahirrahmanirrahim.

Pada 27.2.2017, Isnin yang lalu, satu majlis perpisahan untuk Pn. Habsah Othman telah diadakan di Route 69 Cafe, Bandar Perda Bukit Mertajam. 

Majlis telah dipengerusikan oleh Admin, Exec, Pn Yanti. Kehadiran staff Ikram Utara seramai hampir 45 orang bagi meraikan dan menghargai jasa Pn Habsah kepada pihak Ikram Utara. 


Suasana agak sedih dan hiba bila mendengar ucapan dan amanat daripada Pengarah Ikram Utara sendiri.

Pn. Habsah Othman telah berkhidmat dengan Ikram Utara semenjak di awal penubuhan Ikram sendiri. Bermula dari 1997 sehingga 28.2.2017 beliau bersama Ikram Utara. Jatuh bangun bersama-sama. 

Saya selaku wakil daripada warga Ikram Utara, ingin mengucapkan selamat bersara pada Pn. Habsah. Thanks for everything. Halalkan segala ilmu-ilmu, buah fikiran, makan minum selama berada dan bersama di Ikram Utara. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas semua jasa dan pengorbanan Puan Habsah kepada syarikat. All The Best to You











~Admin~

0 comments:

Post a Comment

Anniversary KISBN

Daisypath Happy Birthday tickers
 
;