Hadis sahih Muslim, daripada Abdullah bin Umar, katanya Umar al-Khattab ayahnya bercerita kepadanya seperti berikut:

Pada suatu hari kami berada di sisi Rasulullah s.a.w., tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang berpakaian sangat putih dan rambutnya hitam pekat. Sama sekali tidak nampak pada dirinya tanda-tanda seperti orang yang datang dari jauh. Tetapi tidak seorangpun daripada kami yang mengenali lelaki terebut. Dia duduk dekat dengan Nabi s.a..w. Dia menyandarkan kedua lututnya kepada kedua lutut Rasulullah. Dia juga meletakkan kedua tapak tangannya di atas kedua pahanya sendiri.

Dia berkata,"Wahai Muhammad beritahu kepadaku mengenai Islam."

Rasulullah s.a.w. bersabda,"Islam itu hendaklah kamu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawasanya Muhammad adalah utusan Allah. Hendaklah kamu mendirikan solat, membayar zakat, mengerjakan puasa Ramadhan dan menunaikan ibadah haji jika mampu dalam perjalanan."

Lelaki itu berkata, "Kamu berkata benar."

Umar berkata: Tentu saja kami merasa hairan kepada orang itu, sebab dia yang bertanya dan dia sendiri yang membenarkan (jawapan Rasulullah s.a.w).

Lelaki itu berkata lagi, "Beritahu kepadaku mengenai iman".

Rasulullah menjawab,"Hendaklah kamu beriman kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, beriman kepada hari akhir dan juga kepada qadarNya yang baik dan yang buruk."

Lelaki itu berkata, "Kamu telah berkata benar." Kemudian beliau menyambung, "Beritahuku kepada diriku mengenai ehsan."


Rasulullah s.a.w. bersabda,"Hendaknya kamu menyembah Allah seakan-akan kamu melihatNya. Jika kamu berasa melihatNya maka hendaklah kamu merasa dilihat olehNya."

Lelaki itu berkata lagi,"Beritahuku kepadaku tentang hari kiamat."

Rasulullah menjawab, "Tidaklah orang yang ditanya lebih mengetahui dibandingkan dengan yang bertanya."

Lelaki itu berkata,"Kalau begitu beritahukan tentang tanda-tandanya sahaja."

Rasulullah bersabda,"Kalau sudah ada budak perempuan melahirkan tuannya; kalau kamu telah menyaksikan orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian dari kalangan orang-orang melarat pengembala kambing saling berlumba-lumba mendirikan bangunan yang tinggi."

Umar berkata: Kemudian lelaki itu pun pergi. setelah berlalu beberapa hari akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepadaku,"Wahai Umar, tahukah kamu siapakah lelaki yang (beberapa hari lalu) mengajukan pertanyaan:" Aku menjawab: Hanya Allah dan RasulNya saja yang mengetahui. Rasulullah bersabda,"Sesungguhnya dia adalah Jibrail. Dia datang kepada kalian untuk mengajarkan agama kepada kalian semua."

Bookmark and Share
Hit: 22 Laman Asal