Sunday, January 22, 2012

November 30, 2010 Azmin Isytiharkan Perang Ke Atas Orang Melayu PETALING JAYA 28 Nov. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin lantang mengisytihar 'perang' menentang ketuanan Melayu apabila Timbalan Presidennya, Azmin Ali pula berikrar menolak konsep tersebut. Azmin berkata, konsep tersebut jika dilaksanakan hanya akan menggalakkan amalan kronisme serta nepotisme dan bukannya memberi manfaat kepada rakyat meskipun ia secara tidak langsung terkandung dalam Perlembagaan. Sambil menegaskan bahawa beliau sanggup dilabelkan sebagai pengkhianat Melayu demi menghapuskan konsep itu, Azmin berkata, PKR akan mengangkat ketuanan rakyat sebagai dasar perjuangan parti jika dipilih untuk mentadbir negara. "Saya tidak akan apologetik dan tidak bimbang dengan apa yang media nak labelkan saya. Saya berikrar kita akan tentang konsep ketuanan Melayu dan angkat ketuanan rakyat," katanya dalam ucapan penggulungan pada Kongres PKR, di sini hari ini. Sumber : Utusan Malaysia Semua orang melayu islam dah mula panas hati dengan lelaki dayus ni. Tak habis habis menghina orang melayu. Dan sekarang nak berperang pula dengan orang melayu. Pantang orang melayu islam menyerah sebelum ajal. Jangan orang melayu ini lemah. Kalau tak percaya, Azmin boleh tanya sendiri pada Lim Kit Siang. Apa dia rasa bila orang melayu melawan balik semasa 13 mei. Dahulu Lim Kit Siang fikir boleh menang lawan orang melayu tapi akhirnya dia kalah juga. So Azmin jangan berangan ler nak menang kalau setakat bergantung pada DAP. Tetapi bab Azmin ni aku boleh terima lagi sebab dia memang jantan simpanan ejen yahudi. Dah memang sikap orang yahudi akan sentiasa mencari jalan nak hancurkan orang islam. Ini si Nazri ni apa kes. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tetap mempertahankan kenyataannya bahawa Wee Meng Chee atau Namewee tidak melakukan kesalahan terhadap kerajaan dan melanggar undang-undang yang membolehkan dia diambil tindakan kerana mendakwa kenyataan itu dibuat setelah mendapat nasihat Pejabat Peguam Negara. Utusan Malaysia Dah menghina negarapun belum dikira melanggar undang undang? Apa punya bodoh undang undang kat Malaysia ni. Sampai benda macam inipun boleh lepas je. Oklah selepas ni aku harap lebih ramai lagi orang akan buat video klip dan hina lah negara ini. Jangan risau korang semua kebal dari undang undang. Korang boleh buat video apa sahaja. Nak carut PM, nak carut agama islam, nak carut sultan suka hati koranglah. Nazri akan cover korang baik punya. Undang undang Malaysia yang bodoh ataupun menteri beserta peguam negara yang bodoh? Korang fikirlah sendiri. Anda mungkin juga meminati: Pertahankan Islam Sehingga Ke Titisan Darah Yang Terakhir! Adam Adli Main Pocong Depan Pejabat PAS Transformers 3 - Dark Of The Moon LinkWithin Posted by YB Raz at 2:56 PM 3 Pendapat Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Links to this post November 29, 2010 Ahli PAS dan PKR Digesa Bertaubat KUALA LUMPUR 28 Nov. - Bekas individu kepercayaan Anwar, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor menyangkal anggapan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah anugerah tuhan. Malah beliau turut meminta Dr. Wan Azizah untuk menilai sama ada Anwar adalah anugerah atau ujian kepadanya serta ahli PKR untuk memilih Allah atau pemimpin yang melampaui batas. Jelas Ezam, memang tidak dinafikan Anwar bukan calang-calang individu kerana mampu memukau orang ramai dengan pidato yang memikat termasuk menggunakan ayat al-Quran dan hadis menyebabkan sukar bagi kebanyakan orang meninggalkannya. "Tetapi dalam masa yang sama, beliau melakukan perbuatan yang melampaui batas seorang manusia beriman. "Tun Dr. Mahathir Mohamad ambil masa lama sebelum bertegas pecat beliau. Saya juga sesudah beberapa lama baru melepasi ujian Allah dan akhirnya saya bersyukur dapat memilih Allah berbanding bos sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Semalam Dr. Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar bagi merasmikan Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh menyifatkan Anwar sebagai 'anugerah Tuhan' bagi memimpin rakyat negara ini. Menurut Dr. Wan Azizah, suaminya yang merupakan Penasihat PKR ialah seorang insan hebat yang bersifat amanah, tegas serta berani dan kewibawaannya terserlah sejak zaman remaja lagi. Ezam menambah, rakyat negara ini juga seharusnya bersyukur kerana Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepada Dr. Mahathir bagi memecat Anwar. "Bayangkan jika Mahathir gagal dalam ujiannya antara memilih Allah dan anak didik kesayangannya (Anwar), tentunya umat ini akan hancur," tegasnya. Dalam pada itu, beliau turut meminta rakyat Malaysia agar mendoakan Allah memberi petunjuk kepada Dr. Wan Azizah bagi membuat pilihan yang betul. "Kita faham kesukaran beliau dalam membuat pilihan yang betul. Kita doakan Allah beri kekuatan kepadanya satu hari nanti," ujarnya. Bekas rakan baik Anwar, Datuk S. Nallakarupan pula meminta Dr. Wan Azizah tidak terus menipu diri sendiri. Katanya, perbuatan Wan Azizah itu tidak lebih daripada perbuatan bodoh kerana membohongi diri sendiri seolah-olah tidak mengetahui siapa Anwar sebenarnya. "Beliau berpendidikan tinggi dan sepatutnya tahu menilai siapa Anwar sebenarnya. Saya anggap semua ini tidak lebih daripada lakonan demi lakonan dilakukan Wan Azizah berdasarkan skrip tulisan Anwar. "Semua ini dilakukan Wan Azizah demi menutup tembelang Anwar. Ramai orang PKR tahu yang mereka perang besar sewaktu Anwar ditangkap dahulu, tetapi kini segalanya dilakukan Wan Azizah demi kelangsungan politik suaminya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Salah seorang pengasas PKR, Ng Lum Yong turut mempersoalkan keikhlasan Dr. Wan Azizah dalam melafazkan perkara berkenaan di hadapan ahli-ahli parti. "Beliau sendiri mengakui ucapan itu disediakan oleh Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr. Muhammad Nur Manuty. Apakah beliau benar-benar mahu membawa maksud yang sama? "Beliau mesti beri penjelasan. Mengapa gunakan nama tuhan? Beliau tidak sepatutnya menggunakan nama tuhan hanya untuk menarik sokongan," ujarnya. Anwar pemimpin anugerah tuhan? Hahahaha dah macam Al Arqam pulak. Selepas ni makcik Jijah boleh ler buat buku "Anwar Ibrahim Pemimpin Anugerah Tuhan Untuk rakyat Malaysia". Anda mungkin juga meminati: Golongan Ruwaibidhah Pemimpin Pembangkang Sudah Expired PAS Nak Hapuskan UMNO Dari Bumi Terengganu ! LinkWithin Posted by YB Raz at 3:20 PM 0 Pendapat Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Links to this post November 26, 2010 Anwar Ibrahim Kata Budak Gamis Perlu Bertaubat Ingat tak sewaktu PRK Galas, ada sekumpulan yang kununnya pelajar yang entah mana asalnya dok sibuk menjaja untuk PAS. Mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai Pengkhianat Pelajar Islam (Gamis) sekarang telah meroyan apabila perbuatan mereka terdedah semalam. Puak Gamis kini mahu mencari duit poket dengan menyaman sesiapa yang membuka mulut mengenai kegiatan mereka (klik sini). Mereka ni bermatian matian menafikan mereka pekerja kepada puak PAS tetapi mereka lupa Allah s.w.t tu Maha Mengetahui. Semua penduduk dan pengundi Dun Galas juga kenal serta tahu kegiatan mereka ketika itu. Apa lagi nak cakap. Nak saman Allah s.w.t dan seluruh pengundi Dun Galas juga ke wahai bebudak Gamis? Sudah sudahlah tu bebudak Gamis oii. Lebih baik bubarkan jelah pertubuhan yang jelas tidak berfaedah. Malah langsung tidak mendatang syafaat di akhirat kelak. Mereka didalam Gamis perlu bertaubat dan kembali kepada ajaran islam yang sebenar. Anda mungkin juga meminati: DS Najib Potong Gaji, Tian Chua Potong Anu Wan Azizah Mengakui Anwar... Suruhanjaya Diraja Untuk Tan Sri Abdul Taib Mahmud? LinkWithin Posted by YB Raz at 3:38 PM 1 Pendapat Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Links to this post PAS Bukan Perjuangkan Islam Dakwah Islamiyah sering diselewengkan oleh umat Islam kerana kebanyakan daripada penceramah agama lebih menumpukan perhatian kepada perjuangan politik melebihi kepentingan agama dan umat. Apabila suasana begini wujud maka usaha untuk mendidik masyarakat menjadi orang Islam beriman akan gagal kerana intisari dalam ceramah lebih mirip kepada kutukan dan ejekan. Sikap mengutuk dan mempersendakan individu-individu dan golongan tertentu menjadi lumrah kepada kebanyakan penceramah agama di dunia Islam masa kini. "Seseorang meminta Rasulullah SAW supaya baginda mendoakan orang musyrik mendapat bala bencana. Baginda menjawab, "Aku bukan diutus menjadi tukang laknat tetapi untuk menjadi rahmat." Sabda baginda ini sepatutnya dijadikan panduan kepada pendakwah Islam. (Isu Doa Pecah Perut) Pergerakan Jamaah Islamiyah di Mesir yang dikenali oleh media sebagai Tanzim al-Jihad menggunakan Syeikh Omar Abdul Rahman, seorang ulama buta mengeluarkan fatwa yang mengejutkan masyarakat Mesir. Ahli-ahli pergerakan tersebut menggambarkan kepada beliau betapa jahilnya masyarakat Islam Mesir sehingga beliau mengeluarkan fatwa bahawa masyarakat Mesir adalah 'beruk' atau 'monyet'. Fatwa Umar Abdul Rahman ini bukan sahaja diamalkan oleh Pergerakan Tanzim al-Jihad malah ia juga menjadi fatwa kepada penceramah radikal di Malaysia. Pendakwah sepatutnya memahami realiti kehidupan masyarakat di sekeliling mereka dan menggunakan akal yang rasional dalam merancang program dan pendekatan dakwah kepada masyarakat. Jika masyarakat jahil tentang agama Islam pendakwah sepatutnya menumpukan perhatian kepada aspek yang boleh memperkukuhkan akidah Islam dan mengajar serta menggalakkan mereka mengamalkan perkara-perkara berkaitan dengan fardu ain terlebih dahulu daripada membicarakan perkara-perkara yang menyukarkan akal fikiran masyarakat dan menyebabkan mereka merasai betapa sukarnya menjadi umat Islam. Sikap gemar mengejek dan merendahkan keperibadian orang lain bukan merupakan ciri-ciri pendakwah yang berwibawa. Rasulullah SAW menyeru pendakwah Islam supaya memahami kecapaian akal fikiran manusia ketika berdakwah. Sikap radikal dan 'ujub (merasai diri terlalu warak dan beriman) bukan merupakan sifat pendakwah Islam. Kuliah subuh sepatutnya digunakan untuk menerapkan ilmu wahyu dalam hati nurani masyarakat bukan menghemburkan cacian dan cercaan kepada orang yang tidak bersefahaman dengan ideologi politik. Pendakwah Islam sepatutnya menjadi orang yang paling sabar menghadapi kerenah masyarakat kerana peranan mereka ialah mendorong masyarakat ke arah syurga. Jika hati nurani pendakwah dilatih menjadi orang yang sabar dan mempunyai azam yang kuat untuk mendorong masyarakat ke arah kebahagiaan hakiki iaitu memasuki syurga, mereka tidak akan menghina dan mempersendakan orang yang jahil agama. Sikap gemar mengejek dan merendahkan keperibadian orang lain bukan merupakan ciri-ciri pendakwah yang berwibawa. Realiti yang wujud masa kini ialah terdapat pendakwah Islam kurang perihatin terhadap akhlak Islam dalam penyampaian ilmu wahyu. Sentimen politik lebih mempengaruhi pemikiran mereka ketika menyampaikan ilmu wahyu. Sepatutnya penceramah memahami bahawa orang yang hadir dalam majlis ilmu wahyu ialah orang yang mengharapkan panduan dan didikan agama bukan kutukan dan cercaan. Sedangkan mencerca orang musyrik pun dilarang oleh Rasulullah SAW. Perkara ini dijelaskan oleh Abu Hurairah r.a. dengan katanya, "Seseorang meminta Rasulullah SAW supaya baginda mendoakan orang musyrik mendapat bala bencana. Baginda menjawab, "Aku bukan diutus menjadi tukang laknat tetapi untuk menjadi rahmat." Sabda baginda ini sepatutnya dijadikan panduan kepada pendakwah Islam. Sumber: Utusan malaysia Anda mungkin juga meminati: Seperti Yang Kujangka Terjadi Bila SKMM Nak Bertindak Lagi Bukti BERSHIT Agenda Musuh Islam

No comments:

Post a Comment