Sunday, February 12, 2012

PRN Sarawak Membuktikan Pas Hamba Kepada DAP Keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak telah pun diketahui. Barisan Nasional masih mengekalkan penguasaan majoriti lebih dua pertiga walaupun pada peringkat awalnya ia seperti satu kerja yang sangat sukar. Terutama sekali dengan gebang awal PKR bahawa 20 kerusi DUN sudah pun berada dalam genggaman. Bertitik tolak daripada mulut manis Anwar Ibrahim dan juak-juaknya dalam PKR, PAS begitu ranggi dan menanam mimpi serta angan-angan untuk menguasai sekurang-kurangnya satu sehingga tiga kerusi daripada lima kerusi yang ditandinginya. Perjalanan kempen pilihanraya sentiasa diperlihatkan berpihak kepada Pakatan kesemua portal dan blog mereka. Setiap perkembangan termasuklah himpunan besar-besaran hadirin yang datang untuk mendengar ceramah digembar-gemburkan sebagai petunjuk jelas jatuhnya Barisan Nasional dan Taib Mahmud di Sarawak. Malangnya, semua gembar-gembur tersebut hanya untuk PKR dan DAP. PAS langsung tidak mendapat tempat dalam Pakatan Rakyat. Kalau ada pun, hanyalah kehadiran Nik Abdul Aziz yang dijemput dan atas tiket DAP untuk meyakinkan golongan Bumiputera Islam agar memilih DAP atau PKR bagi kemenangan mereka. Untuk PAS, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, mahupun Nga Kor Meng langsung tidak singgah sungguhpun di dua DUN yang ditandingi oleh PAS iaitu di Sadong Jaya dan Muara Tuang, jumlah peratusan pengundi Cina dan Iban adalah 50%. Bahkan Anwar Ibrahim dan para pemimpin PKR juga ‘terlupa’ bahawa PAS adalah parti komponen Pakatan Rakyat. 49 kerusi yang ditandingi oleh PKR, menjadikan 5 kerusi yang ditandingi oleh PAS dilihat sangat kecil dan tidak mempunyai sebarang kepentingan. Pun begitu, para penjilat DAP dalam bentuk tubuh badan Melayu PAS, begitu seronok bercerita tentang kehangatan sambutan yang diberikan kepada DAP. Tidak satu blog mereka yang tidak menceritakan tentang belasan ribu manusia membanjiri ceramah DAP tetapi pada masa yang sama, jumlah yang menghadiri ceramah PAS boleh dibilang dengan jari. Itu belum lagi beberapa peristiwa yang memperlihatkan PAS tidak ubah seperti anjing kurap busuk kepala yang dihambat-hambat oleh penduduk tempatan. Bekerja kuat sungguh Melayu-Melayu penjilat DAP untuk memenangkan calon-calon DAP dan PKR. Salah satu sebab ialah, turunnya duit daripada DAP dan PKR untuk pembayaran khidmat mereka. Sedangkan daripada PAS pula, duit hanya turun daripada Husam Musa dan jumlahnya pula sekadar RM30,000 untuk perbelanjaan selama dua minggu. Anehnya, terdapat beberapa laporan yang jelas menunjukkan PAS terpaksa membawa para penyokong mereka dari Semenanjung ke Sarawak untuk meramaikan dan memperkasakan PAS, terutama sekali dalam usaha untuk menawan salah satu kerusi DUN. Kerja-kerja tersebut dilakukan pada saat-saat terakhir. PAS Kelantan telah berkubu di Beting Maro dan Muara Tuang. Gambar-gambar Nik Aziz terpampang di kedua-dua DUN tersebut kerana mereka beranggapan, gambar Nik Aziz ada commercial value yang membolehkan kemenangan pertama berpihak kepada PAS di Sarawak. Malangnya, Nik Aziz sendiri tidak mempunyai banyak kesempatan di kawasan-kawasan yang ditandingi oleh PAS. Nik Aziz terpaksa memenuhi tuntutan dan desakan DAP untuk berceramah di kawasan yang mereka tandingi, terutama di kawasan yang mempunyai pengundi-pengundi Melanau-Islam. Keputusan akhir ialah PAS kalah kesemua kerusi DUN yang ditandinginya. Dan kekalahan PAS bukannya kecil. Sebaliknya taraf PAS dan calon-calon Bebas yang turun bertanding dalam banyak kawasan di Sarawak, hampir sama. Bezanya calon-calon PAS mewakili organisasi, sedangkan calon-calon Bebas pula bertindak atas usaha mereka sendiri. PAS menang sorak di Sarawak. PAS berbangga dengan kemenangan DAP sedangkan mereka sendiri mengalami kekalahan yang sangat memalukan. PAS terpaksa mengakui bahawa Sarawak bukanlah tempat mereka. Bahkan PAS menerusi lidah Nik Abdul Aziz memperakui bahawa politik di Sarawak tidak sama dengan politik Semenanjung. Kaedah yang digunapakai oleh PAS di Semenanjung yang dibawa ke Sarawak, hanyalah kaedah bunuh diri. Barangkali PAS tidak langsung menyedari bahawa mereka sebenarnya mempunyai kekuatan yang lebih berbanding DAP dan PKR. Walaupun sekali imbas, DAP sangat kuat, tetapi kekuatan DAP sekadar di kawasan bandar. DAP gagal sama sekali di luar kawasan yang tidak mempunyai pengundi Cina secara majoriti. Kejayaan DAP menambah tiga lagi kerusi DUN Sarawak adalah bukti jelas bagaimana PAS telah berjaya dihambakan oleh DAP. Pemimpin agung PAS, si Mursyidul Amnya diheret ke sana ke mari dan dipersembahkan kepada orang Cina bahawa DAP telah berjaya menawan dan mengalahkan manusia yang paling tegar pendiriannya dan kejayaan calon DAP seterusnya akan membantu menambahkan lagi kuasa DAP di seluruh negara. Dan Nik Abdul Aziz di atas pentas ceramah DAP sekadar tersenyum dan tersengih tanpa memahami biji butir ceramah kerana ceramah yang mengkeledaikannya dibuat dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris. Nik Abdul Aziz hanya faham Bahasa Urdu dan Arab pasar! 468x60 ad code [Article page - Between comment and article]

No comments:

Post a Comment